Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Perkahwinan Sebuah Perlumbaan

Seorang kawan baru mendirikan rumah tangga. Dia bertemu dengan seorang ustaz.

"Selamat pengantin baru. Macam mana perkahwinan kamu?"

"Alhamdulillah ustaz. Isteri saya seorang yang taat . Baik sangat. Isteri idaman. Semua dia buat di ruamh. Makan minum, pakaian, rumah semuanya terurus. Semuanya cantik. Dia jaga saya baik-baik. Saya tak sempat buat apa-apa. Dia rajin sangat. Untung tak saya ustaz?"

"Sebenarnya isteri kamu yang untung. Dia bakal ahli syurga. Dia hebat. Dia tunaikan semua hak kamu. Kamu rugi sebab tak beri khidmat kepada isteri kamu. Sepatutnya sama-sama berlumba untuk berkhidmat. Berlumba siapkan sahur. Berlumba bangun tahajud. Berlumba buat baik."

Senyuman lelaki itu berubah pudar. Baru dia sedar di mana kelemahannya di sebalik kelebihan isterinya.

Perkahwinan ialah berlumba memberi. Bersama-sama buat semua perkara. saling bertolak ansur. Berlumba beri nasihat. Berlumba kata saya salah. Berlumba kata I Love You. Berlumba gembirakan pasangan kerana Allah.

Jika asyik orang berkhidmat pada kita. Periksalah mungkin kita semakin jauh dari kebaikan. Jika kita sibuk berkhidmat itulah cara Nabi SAW dan sahabat.


1 ulasan