Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Rindu Memaksaku Menyayangimu

Andai engkau mengerti
Perasaan di hati ini
Pasti engkau menyedari
Betapa hatiku merinduimu

Bukan mudahnya aku
Untuk melafazkan cinta
Sekali ku melafazkan
Sampai bila pun ku menyintamu

Rindu memaksaku menyayangimu
Tak daya ku menahan
Segala perasaan aku
Yang makin gelora
Setelah engkau menyedari
Sambutlah cintaku

Sepi mengajar aku
Tentang perlunya cinta
Walau pedih walau perit
Terpaksa aku
menghadapi

Tiada apa yang engkau pinta
Sekadar kesetiaan
Selagi rindumu masih dihati
Cintamu terus bersemi

Rindu memaksaku menyayangimu
Tak daya ku menahan
Segala perasaan aku
Yang makin gelora
Setelah engkau menyedari
Sambutlah cintaku

Sepi mengajar aku
Tentang perlunya cinta
Walau pedih.. walau perit..
Terpaksa aku menghadapi




Take Note : Rindu.. tiba tiba rindu bertamu dihati untuk tika dan saat ini. Terbayang diruangan mata gelagat dan telatah dia. Alahaiii rindu! Rindu pada dia yang telah jauh pergi meninggalkan aku. Doa aku untuk kau tak pernah putus. Semoga bahagia sentiasa milik kau. Terima kasih untuk segala yang terukir diantara kita Doakan kebahagiaan aku jua - ien 

Aku Tenang Di Hutan

“Kadang kadang apa yang kita impikan, tak semua jadi kenyataan “

“Hiduplah dalam kebenaran, kenyataan akan lebih jujur dari penantian.”

Bukit Melati, Nilai

Take note :  Bukan aku menyerah. Bukan aku mengalah. Tapi sebenarnya aku terlalu penat. Penat dengan permainan manusia. Penat mengikut rentak manusia. Aku juga manusia. Aku ada hati. Aku ada perasaan. Aku ada keinginan dan aku ada cita cita! Jangan pernah halang aku untuk menggapai apa yang aku impikan.

Selagi mana impian aku itu ke arah yang lebih baik, tolong sokong aku. Tolong hulurkan cebisan kata kata semangat kepada aku. Jangan pernah kau lunturkan semangat aku. Jangan pernah kau pertikaikan keinginan aku. Tolong.. tolong belajar hormat dan fahami kehendak aku. Tak banyak yang aku pinta, hanya itu sahaja. - Aku Tenang Di Hutan. 

Bagaimana Cara Turunkan Berat Badan


Kurus.
Sejujurnya aku memang ada niat nak kurus. Alaaa setakat niat je pun. Hahaa azam setiap tahu pun nak kurus. Tapi usahanya langsung takde. Nak kurus sekadar dimulut bukan betul betul dihati. Tengok orang lain kurus, slim macam best je tapi aku okay je. Takde pun rasa rendah diri.

Kenapa?
Mungkin sebab aku selesa berada di zone tersebut tika dan saat itu. Nak kata aku ni gemuk gedempol tu takde lah. Sebab aku takde lah pendek sangat. Jadi  nampak saiz agak besar. Tapi takpe. Aku happy waktu tu. Hahaaa tiap kali aku mengurakan niat nak diet tu mesti member member tibai aku. Buat apa nak kurus? Tak perlulah kurus? Dah okay lah macam ni. Tak payah lah seksa perut. Halahhh halahhhh.. nampak tak member member aku jenis macam mana?? Heheee sebab diaorang ni suka lepak. Bila lepak mesti akan makan dan aku pun terlibat sama. Dah laaa lepaknya lewat malam. Ditibai plak roti canai laaaa, nasi goreng laaa, bla bla blaaaa laaaaa.. pastu mereput! Oichhh nampak tak kat situ pemakanan dan gaya hidup yang tak sihat.

Macam mana terlintas tekad nak kurus?
Kerana seketul hati dikecewakan. Hurmmm.. Sebenarnya nak kata keceea tu takde lah sangat. Tapi frust jugak lah. Terkilan pun ada. Sedih pun ada. Entahhhh! aku pun tak tahu nak story macam mana. Tapi yang pasti, dari situ aku betul betul tekad nak dapatkan bmi yang stabil. Bukan nak kurus sangat pun, cukuplah bmi aku stabil. Maka gigihlah aku jogging petang petang. Aku kawal pemakanan, aku amalkan pemakanan yang betul. Bab gaya hidup tu aku masih tak mampu nak ubah. Heheee lepak tu masih ada tapi tak sekerap dululah. Yang paling payah aku nak buat adalah part tidur. Susah lah nak tidur awal. Golek golek pun terlajak lewat jugak jadinya. Tapi takpe aku masih usah lagi.

Untuk pengetahuaan korang, aku amalkan minum kopi Klubna Laleh. Minum setiap pagi sebelum sarapan dan setiap malam sebelum tidur. Setiap pagi aku akan minum Klubna. Klubna sangat membantu untuk kenyangkan perut aku. Sebelum masuk kerja aku akan makan sebiji epal hijau. Sebelum jam 1 tengah hari aku akan pastikan 2liter air kosong habis diminum. Waktu tengah hari, aku akan makan sebiji epal hijau. Dan sebelum jam 6 petang, aku akan pastikan 2liter air kosong lagi habis diminum. Lepas maghrib, aku akan minum Laleh. Malam kebiasaannya aku tak makan. Lapar? Kalau rasa lapar aku akan makan epal hijau. Bukan setiap hari menu aku macam ni tau. Kadang kadang, tengah hari aku makan nasi campur. Tapi part epal tu memang menjadi rutin harian aku setiap hari.

Tak lapar ke?
Aku dah set dalam kepala. Bila air dalam badan kita cukup, perut kita takkan rasa lapar. Kekadang aku rasa nak mengunyah so aku kunyahlah epal hijau.

Berapa lama keazaman aku mampu bertahan?
Entah! Aku pun tak pasti. Yang penting aku cuba dan terus mencuba. Ya, berat badan aku skrg macam yoyo. Kejap turun kejap naik. Azam dan tekad aku pun macam yoyo juga. Hahaaaa kekadang bukan main lagi aku jaga makan dan kekadang tu aku cheat day sampai tak sedar diri. Hancus terus bab pemakanan. Tapi aku cover balik dengan senaman dan minum air kosong secukupnya. Waktu mula mula aritu, aku berjaya turunkan 10kg. Eh, betul ke beb? Ye! Korang nak percaya ke tidak, lantaklah. Waktu tu aku happy giler. Hahaaa lepas tu terus tak jaga makan sampailah naik kembali 2kg. Oichhh sedih!! Aku pun gigihlah kembali berusaha dan 2kg tu pun hilang.

Alhamdulilah, sekarang berat aku mantain macam ni. Aku masih dala. Proses nak turunkan lagi. Semoga azam dan tekad aku tidak kelaut. Aku yakin aku mampu. Aku yakin aku boleh. Aku yakin aku akan dapat hasilnya nanti. Ye, bukan mudah aku nak lakukan semua ni. Semangat aku haruslah kuat. Tekad aku haruslah kuat. Aku haruslah kuat. Kadang kala aku kecundang juga. Olalalalaaaa...


Doakan misi dan target aku tercapai ye. Semoga aku terus kuat dalam cabaran kali ini. Yeyehhhh aku mampu!



Secebis Kesabaran Bersamaan Segunung Kekuatan

Kita merancang,
Allah juga merancang.

Jangan kecewa,
Kerana perancangan Allah itu lebih baik.

Bersabarlah,
Kerana kesabaran menjadikan kita untuk terus kuat. 💪😀


Hiking | Bukit Baginda, Kuala Pilah

Bukit Baginda, Kuala Pilah
17/02/2019


Alhamdulillah. Aktiviti hiking untuk setiap hujung minggu masih berjaya diteruskan setakat ni. Trip hujung minggu ni hanya aku dengan kawan (bangjang) sahaja. Kami berdua je. Kalau ada yang nak join sekaki, kami on je. Kalau ada yang tak dapat nak join, kami okay je. On trek berdua pun boleh. Tak kisahlah, janji aktiviti kami sihat dan menyihatkan. Heheeee...

Kami gerak dari Senawang ke Kuala Pilah seawal jam 5pagi. Pagi pagi jalan raya takde sibuk sangat so santai santai je. Lebih kurang pukul 6lebih kami ke sana. Kami plan nak naik awal pagi sebenarnya tapi plan kami tergendala. Kenapa? Sebab waktu sampai tu, takde satu kereta pun disitu. Huhuuu.. tak de orang pun. Jadi kami compius... betul ke tak jalan ni.. betul ke ini jalan masuknya.. tapi kenapa takde orang.. pelikk.. sudahlah laluan masuk tu ada signboard tanah perkuburan islam.

Kami pun tunggu seketika dalam kereta. Mungkin kejap lagi ada yang datang. Boleh jugak kami join hiking sama sama. Heheee... Tunggu punya tunggu, jam menunjukkan pukul 7am. Fuhhh alam dah cerah. Matahari dah mula muncul. Tapi mana orangnya?? Dalam hati dah memikir, wehhh macam nak tukar port je. Huhuu.. 

Jam 7.15am, muncul sorang abang yang jaga permit dan bayaran utk jkkk. Oichhh ye, bayaran masuk RM8 untuk sekepala ye. RM3 untuk permit dan selebihnya tu bayaran untuk jkkk. 

Settle bayaran semua, kami teruskan misi. Waktu ni masih tak nampak lagi para pendaki. Katanya abang perhutanan tu, bbukit Baginda biasanya didaki dalam jam 8pagi macam tu. Sebab di puncak takde view pun. Tarikannya hanyalah batu beralun tu sahaja. Oichhh okay. Takpe lah, kami pun mulakan perjalanan.

Dari parking kereta ke check point 1, permandangan kiri kanan hanyalah pokok getah. Laluan masih okay.. mendatar, menurun sikit, menaik sikit pastu mendarar lagi.. dalam 5minute - 10minute perjalanan, akan jumpa check point 1. 

Cantikkk! Akan nampak satu batu besar. Pastu ada air yang mengalir dari batu tersebut. Okay, bermula dari situ cabaran akan muncul. Trek mendaki dan mendaki. Tapi hati hati gais, sebab akar poko berselirat dan trek agak licin dgn tanah dan berpasir. Daun daun kering pun banyak. Tapi jangan risau, ada disediakan tapi di beberapa laluan. Jumlah check point kesemuanya ada lapan. Check poit yang ke lamapan tu korang akan nampak bendera Malaysia terbentang indah. Oichhhh membara semangat kenegaraan!

Okay, jom layan gambar yang sempat kami rakamkan. Thanks bangjang, gigih layan den posing! Hahahaaaa ada muka excited, ada muka penat, ada muka separuh menyerah kalah, ada muka yang tekad penuh keazaman.

Pistttt.. setiap kali hiking, bila penat dan pewai, aku akan selitkan kata kata ni dalam hati. 

'Aku boleh. Aku mampu. Aku okay walaupun aku tak okay. Teruskan perjalanan walaupun tak tahu mana penghujungnya. Penat mana pun rasa badan, teruskan. Kemanisan menanti di penghujung sana.'











































Bukit Baginda, Batu Kikir.. (Wave Rock)
Tarikh: 17 Feb 2019
Masa: 7am (start hiking)

Info: Bukit Baginda di Kuala Pilah telah banyak menerima kunjungan daripada pendaki setelah video “Wave Rock” yang luar biasa tular di media sosial.

Sejak dibuka kepada orang ramai pada 6 Oktober, kira-kira 1,000 pendaki telah menjejakkan kaki ke puncak bukit yang berukuran 40m lebar x 20m dengan bukit menegak berketinggian 450m dari pangkalan Bukit Baginda di Kampung Majau.

Seorang guru kampung dan guru pendidikan jasmani, Ramlan Ruspan, 52, berkata mereka yang ingin memanjat bukit mesti mempunyai stamina yang baik.

“Batu luar biasa itu telah lama wujud tetapi telah ditularkan melalui media sosial oleh rakan saya, Abdul Razak Hashim, 45.

“Sepanjang pengetahuan saya, batu yang sama tidak terdapat di tempat lain di negeri ini. Ia juga agak pelik kerana bahagian sisinya sedikit condong. Ketinggian batu ini dianggarkan mencecah 20 meter,” katanya kepada Bernama.

Ramlan, yang mengajar di Sekolah Kebangsaan St Aidan, Bahau, berkata bahawa sebaik sahaja laluan Bukit Baginda dibuka kepada orang ramai, beliau dan sekumpulan rakan-rakan menawarkan perkhidmatan sebagai pemandu arah.

“Mereka yang mendaki datang dari Perancis, Jepun, United Kingdom, Vietnam dan Filipina. Mereka memuji keindahan hutan dan Wave Rock,” katanya.

Selain Wave Rock, terdapat juga empat gua yang belum diterokai. Jadi gua terbabit tidak dibenarkan masuk.

“Baru-baru ini sekumpulan penyelidik dari Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) dan UniversitiTeknologi MARA (UiTM) Shah Alam, Selangor, datang untuk meninjau gua.

“Saya harap kerajaan negeri akan mengutamakan hutan sebagai kawasan pelancongan dan penyelidikan,” kata Ramlan.

Bayaran kemasukan adalah RM11, diturunkan kepada RM5 untuk permit hutan dari Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan dan RM6 untuk Majlis Pembangunan Masyarakat Kampung (MPKK). Terdapat juga bayaran letak kereta sebanyak RM5.

“Pada hari Sabtu dan Ahad, yuran permit boleh dibayar kepada pengawal di tapak, tetapi pada hari kerja, yuran permit mesti dibayar di Pejabat Perhutanan Kuala Pilah,” kata Ramlan.

Di Semenanjung Malaysia, menhir (batu hidup) merupakan salah satu daripada peninggalan megalitik yang hanya terdapat di Negeri Sembilan dan Melaka.

Daerah Kuala Pilah dikenali sebagai tapak megalitik. Daripada 300 megalitik di Negeri Sembilan, 70 daripanya boleh ditemui di Kuala Pilah.

Megalitik atau didefinisikan sebagai batu besar yang didirikan di atas tanah merupakan salah satu khazanah peninggalan bersejarah yang merujuk kepada perkembangan tradisi dan budaya masyarakat terdahulu.


Semangat Yang Hilang

Dalam minggu ni banyak sangat perkara yang terjadi dalam hidup aku. Ada kisah suka dan ada kisah duka. Kisah suka biarlah jadi kenangan terindah aku. Tapi kisah duka yang membuatkan aku masih tak dapat nak move on. Hurmmmm... hilang hilang terus mood. Terbang terus semangat aku.

Kawan kawan cakap, aku sekarang ni tengah tertekan, kemurungan, sedih, bermasalah. Eh, betul ke? Macam melampau plak diaorang punya tanggapan tu. Tapi rasanya ada betulnya kata kata mereka tu. Entahlah...

Mana pergi semangat aku??
Minggu ni dah beberapa hari aku buat perangai tak semengah. Datang kerja separuh hari lepastu cauuuuu. Halfday. Masuk kerja lambat lepas tu loading time nak buat kerja. Ada juga yang aku mc dan ada juga yang aku tak datang terus tapi aku ada infom pada leader tau.

Entahlah! Bila difikirkna balik, sampai bila aku nak down macam ni. Sampai bila aku nak terkontang kanting macam ni. Sampai bila aku nak bersedih macam ni. Sampai bila semua ni nak berterusan...

Aku tak ada jawapan untuk itu. Aku cuba. Aku usaha tapi aku tak mampu. Kekuatan aku hampir luntur. Semangat aku dah terlalu banyak hilang. Aku tak berdaya. Hah gitu!

Aku plan, biarlah semuanya berakhir dalam minggu ni. Bermula minggu depan aku nak mulakan dengan nafas baru. Nak kembali jadi yang dulu. Mampu ke? Entah! Tapi aku usaha. Aku taknak cuba sebaliknya aku nak lakukan. Ya, izinkan aku hidup dalam dunia kesedihan ni untuk minggu ni. Minggu depan, insyaAllah aku akan kembali dengan semangat dan azam taked yang baru. Yang sentiasa gah dan positif. InsyaAllah.

Tapi boleh ke aku lakukan semua tu?
Aku tak pasti. Yang penting aku akan usaha dan terus usaha untuk tidak melayan lagi segala aura negatif ni. Aku nak kembali positive macam sebelum ni. Nak kembali ceria macam sebelum ni. Nak kembali kuat macam sebelum ni. Nak positive!! Positive!! Positive!!

Doakan semoga segala masalah aku dapat settle secepat mungkin. Doakan semoga aku kembali dengan azam dan semangat yang baru. Doakan semoga aku kembali positive dengan tekad yang takkan lunturkan semangat juang aku. Doakan ye. Terima kasih

Allah itu Maha Adil

Allah itu Maha Adil.
Dia mendengar setiap permintaan kita. Setiap pengharapan. Setiap bait-bait doa.
Walaupun kita seorang pendosa, Allah masih tetap memakbulkan soa-doa kita. Tanpa sebarang perasaan benci.

Tapi jika begitu, kenapa Allah masih tidak memakbulkan apa yang kita mohon itu?
Kenapa Allah biarkan hati kita berduka atas kebahagiaan yang hanya tinggal angan-angan?
Kenapa Allah biarkan kita bersedih andai benar Dia sayangkan kita?
Kita terlupa siapa diri kita. Siapa kita yang sebenarnya. Apa hak kita untuk mempertikaikan setiap aturan Sang Pencipta?

Allah tak kejam. Tak pernah sekalipun Dia kejam pada hambaNya.
Kita hanya tahu menunding jari. Hanya tahu menyalahkan setiap takdir yang ditetapkan bila mana keinginan dan kemahuan kita tidak dipenuhi.
Tanpa kita sedar Allah pegang semua permintaan kita itu kemas-kemas.
Allah tak tunaikan semuanya kerana Dia lebih tahu apa yang terbaik buat diri kita.
Dia telah aturkan perjalanan yang jauh lebih indah dari apa yang kita rancang.
Percaya saja. Tuhan menggenggam semua doa. Lalu dilepaskanNya satu persatu di saat yang paling tepat.

Sabar.
Allah takkan biarkan hambaNya berduka selamanya.
Dia hanya mahu kita kembali ke jalanNya. Ke jalan yang sepatutnya.
Dia berikan perpisahan agar kita sedar itu bukan yang terbaik buat kita. Bukan bermakna Allah tak sayangkan kita.

Kadang, tanda cinta Allah terhadap seseorang itu Allah akan biarkan hati dia hancur berkali-kali sampai dia rasa tak ada lagi harapan di dunia ini.
Dan itu akan membuat dia punya harapan hanya untuk allah saja.