Sepanjang PKP ni memang agak bosan. Sangat bosan siakkkkk!! Tapi dalam kebosanan, sebenarnya banyak benda yang aku belajar. Rasanya banyak benda positif yang hadir dan jadi dalam hidup aku. Yess! negatif pun ada tapi aku malas nak pening kepala memikirkan semua tu. Aku nak jalani hidup ni dengan tenang. Relak brother.. brother relakkkk.. cool wehhh..
Aku ni seorang yang agak susah nak masuk dapur dan masak. Well, bukan bermaksud aku tak pandai masak tapi sebab malas kot. Setakat masak meggi, rebus air tu kacanggg je boss *berlagak!* . Akukan tinggal sonsorang sebab tu malas nak masak sebenarnya. Rasa macam sedis pulak mengenang nasib, masak beria pastu makan sonsorang. Sobbb... sobb.. sob.. sebab tu sebelum ni aku lebih suka tapau kalau rasa nak makan yang beria ria. Sebelum ni pun kalau malas nak keluar tapau, aku akan masak menu yang simple. Selalunya yang aku masak menu yang berasaskan spaghetti, sebab aku suka beli stock spaghetti banyak banyak. Bagi aku, spaghetti mudah dan cepat disediakan.
Sekarang semuanya dah berbeza!!! beza sangat berbeza. Semenjak wujudnya PKP ni, aku macam suka pulak masuk dapur. Masak menu itu ini. Cuba resepi itu ini. Kemas dapur, cuci dapur, blaaa.. blaa.. bla.. Setakat ni antara menu yang aku masak termasuklah ayam goreng sambal hijau, ayam masak halia, ikan goreng sambal, ayam masak cili, nasi goreng sambal hijau, nasi goreng cili api, bubur kacang hijau, sambal ikan bilis masak ubi kentang, dan adalah beberapa menu lagi yang aku tak tahu apa namanya. Heheeee resepi campak campak je beb. Tapi takpe janji aku dapat asah skill memasak yang selama ni aku simpan akibat kemalasan, kan?
Selain tu, aku pun dah rajin blogging sejak PKP ni. Heheeee... dah rajin bukak blog. Tapi itulah, disebabkan dah lama sangat tak blogging kot, aku ingat ingat lupa dengan segala apa ilmu blogging yang pernah aku menuntut satu ketika dulu. Cewahhhh, ayat nak gempakkk je kau ni!! Bwerkkkk
Untuk hari ni aku ada buat edit edit sikit pada blog ni. Tapi itulah.. terkial kial sungguh. Ingat ingat lupa di mana, dekat mana semua tu. Heheee... perkara yang sepatutnya boleh siap sekejap jadi berjam jam pulak dapat dekat aku. Tapi takpe... masa PKP banyak lagi, jadi bolehlah gigihkan diri untuk terus blogging lepas ni.
Okaylah, aku dah penat menaip ni. Sekarang pun, dah masuk tengah hari. Aku stop dulu eh. Nak sediakan barang barang untuk masak pulakkk. Cewahhhh masakkk gaissss ! Tapi aku hari hari mati akal bila part nak masak ni. Tak tahu nak masak menu apa wehhh! Okay bye
Tiada ulasan