Rindu Yang Tiada Penghujung

"Rindu. Ya, aku rindu mu. Rindu sangat sangat wehh. Rindu nak sembang dengan mu. Rindu nak gurau dengan mu. Rindu nok gosip dengan mu. Rindu nak buat semua benda dengan mu. Ya Allah, aku rindu dia. Aku rindu sahabat aku. Dulu, walaupun kita jarang jarang jumpa tapi contact jugak melalui wasap, facebook dan insta. Sekarang, hanya doa yang dapat aku titipkan buatmu. Aku rindu mu, wahai sahabat"



Hari ni aku skroll mesaj mesaj dalam wasap. Aku mulai dari bawah. Wasap cstmr yang dah lama sangat tak aktif aku buang. Aku perhati satu persatu. Banyak yang aku buang. Tetiba nampak satu nama.

Lili Rawai. Nama yang dah lama tak muncul dalam wasap aku. Berderu rasa darah. Aku buka wasap tu. Aku skroll dari bawah ke atas. Lepas tu skroll dari atas ke bawah pulak. Aku baca satu perrsatu masej masej dalam tu.

Ya Allah, sebaknya rasa hati. Sayunya rasa jiwa. Sakit dada aku tahan tangisan yang akhirnya pecah jua. Airmata aku mengalir tak dapat ditahan. Aku cuba kawal tangisan sebaliknya semakin kuat. Sungguh aku rindu dia. Terbayan tingkah laku dia di ruangan mata aku. Terngiang ngiang suara dia di telinga aku. Ya Allah, sebak aku tak terkata.

Aku wasap no tu. Saja wasap, nak tahu masih aktif ke tidak. Nak tahu ada yang guna ke no tu atau pun no tu sudah jadi no recycle. Ada respon. Wasap aku berbalas. Ouhhh, Iqmal, adik arwah yang pakai no tu sekarang. Aku bertanya khabar sepatah dua. Tanya khabar family arwah. Bertanya tentang mak dan tok wank dia. Bertanya juga tentang Iqmal.  Aku doakan semoga mak arwah kuat untuk terus jalan ni kehidupan ini.



3 ulasan