Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Penat Yang Tidak Berpenghujung

Bila isteri tiba2 tak bercakap, itu tanda dia "PENAT"...

Penat terhadap perangai suami, penat terhadap apa yg selalu dia buat, penat dgn karenah anak2, penat dgn keje2 rumah, penat dgn apa yg dia lalui hari demi hari...

Penat ni bukannya penat jenis yg kena rehat pastu hilang...

Tapi penat yg nak ditolong...penat yg nak perhatian...penat yg nak didengar luahan...penat yg ada benda utk diceritakan...penat yg nak belaian...penat yg nak bantuan...

Tolong ubah perangai ke arah yg lebih baik, tolong ringankan bebanan dia, tolong uruskan anak2, tolong bantu buat keje2 rumah...

Kita anggap dia moody, kita pkir dia terlalu mengikut perasaan...tapi sebenarnya, tak bercakap tu tandanya isteri dah kehabisan kata2 yg bersesuaian dgn situasi dan keadaan yg dia alami tu...dah bercakap byk kali benda yg sama, tapi tak berhasil...

"Abg, tolong jgn asyik mengadap HP...Abg, tolong ajarkan anak2 keje sekolah...Abg, tolong buang sampah...Abg, tolong solat..."

Itu yg kadang2 dia memilih utk tidak bercakap, utk berdiam diri supaya dia boleh kembali bersabar dan bertabah dgn apa yg dia alami...

Dia tgh pujuk diri sendiri...

Keesokan harinya, dia tetap continue dgn apa yg kebiasaannya dia buat walaupun sebenarnya dia "PENAT"...

Nota Kaki : Badan penat, boleh rehat...tapi perasaan penat? Tdo seminggu tak bgun pun belum tentu boleh hilang "penat" tu...✌️

.
Kredit : Firdaus Shakirin


4 ulasan

  1. bila isteri dah suara kan penat maksudnya dia memang penat betul la tu. kena semak semula jadual dan kena dapatkan sokongan yang betul

    BalasPadam
  2. Memang penat... dan lebih parah semuanya terbuku di dada, ditelan tak boleh, diluah tak mampu. Akhirnya diam memendam, lama-lama takut pula jadi dendam.

    BalasPadam
  3. Betul tu. Kalau tak boleh tolong pun, bagi pujian atas usaha isteri pun dah cukup. Rasa dihargai

    BalasPadam
  4. Sebenarnya kebanyakan kerja yang dilakukan oleh para isteri tu bukannya tugas hakiki seorang isteri.
    Para suami kena faham dan empati kerana isteri mereka sanggup membantu tanpa merungut.

    BalasPadam