Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Kita Adalah Apa Yang Kita Fikirkan

 Anda Adalah Apa Yang Fikiran anda Fikirkan..


 “Keyakinan anda menjadi pemikiran anda, 
Fikiran anda menjadi kata-kata anda, 
Kata-kata anda menjadi tindakan anda, 
Tindakan Anda menjadi kebiasaan Anda, 
Kebiasaan anda menjadi nilai anda, 
Nilai anda menjadi takdir anda. “

― Mahatma Gandhi

Kata-kata bijak yang memang ada benarnya.

Ini antara sikap-sikap yang kerap kali memainkan emosi.

Cuba ubah sikap-sikap begini :

1. Berhenti berpura-pura tidak memiliki masalah. Hadapi masalah bukan lari dari masalah. Semakin anda lari, masalah yang muncul akan semakin banyak dan semakin rumit.

2. Berhenti menggantungkan kebahagiaan atau kepuasan hidup di tangan orang lain.

3. Berhenti berpura-pura anda tidak pernah melakukan kesalahan. Belajar dari kesalahan-kesalahan, maka anda akan berusaha untuk memperbaiki diri anda dan tidak mengulang kesalahan yang sama di masa depan .

4. Berhenti mengatakan kepada diri sendiri bahwa anda tidak boleh melakukan sesuatu tanpa bantuan.

5. Berhenti mengabaikan hal-hal yang penting bagi anda.

6. Berhenti meletakkan keperluan orang lain melebihi keperluan anda. Jaga dan sayangi diri anda. Cintai diri anda. Jadikanlah diri sendiri sebagai sahabat terbaik.

7. Berhenti berusaha menjadi orang lain. Berusahalah jadi yang terbaik.

8. Berhenti menunggu bahagia,sebaliknya cubalah berusaha mencipta bahagia.

9. Berhenti menghabiskan waktu dengan orang-orang yang memberi impak negatif bagi hidup anda.

10. Berhenti bertanya pandangan orang tentang diri anda.Yakinlah dengan diri anda.

11. Berhenti bekerja untuk mimpi orang lain. Tetapkan tujuan anda sendiri. Buat diri anda bermakna.

12. Berhenti iri pada orang lain.  Syukurilah kehidupan yang anda miliki saat ini, tanpa harus iri terhadap kelebihan dan kebahagiaan orang lain.

13. Berhenti percaya bahwa anda tidak dapat mengubah hidup. Anda pasti boleh.

14. Berhenti berharap pada pujian orang, takut pada kritikan orang. Sebaliknya berterima kasih pada kritikan kerana ia akan membantu anda untuk jadi lebih baik.

15. Berhenti berfokus untuk menghindari apa yang tidak anda inginkan. Sebagai gantinya, fokuskan untuk mengejar apa yang anda inginkan.

16. Berhenti terlalu takut untuk membuat kesalahan atau mengambil suatu tindakan.

17. Berhenti membandingkan diri anda dengan orang lain. Anda bukan orang lain. Anda adalah diri anda sendiri!

18. Stop buang-buang tenaga untuk merungsingkan hal-hal yang tidak dapat anda ubah.

19. Berhenti terlalu percaya pada pendapat orang lain daripada pendapat anda sendiri.

20. Berhenti berpura-pura anda tidak punya waktu untuk melakukan hal yang anda sukai. Anda mampu meluangkan waktu untuk apa pun yang anda rasa penting bagi hidup anda.

21. Berhenti terlalu berharap pada sesuatu yang tak pasti.

22. Berhenti menyalahkan diri atas kesalahan dan ketidak sempurnaan.  Anda hanyalah manusia biasa.

23. Berhenti mengikuti arus. Jika tidak sesuai dengan nilai dan hati nurani anda, maka lebih baik tinggalkanlah.

24. Berhenti menyalahkan orang lain atas kemalangan dan ketidak bahagiaan anda.

25. Berhenti meminta banyak waktu orang-orang yang anda cintai untuk menemani anda.

26. Stop buang-buang energi pada penyesalan untuk kesalahan masa lalu anda, kerana masa lalu tidak dapat diubah.

27. Berhenti membiarkan rasa malu anda untuk meminta maaf, mengakui anda telah terluka, atau melakukan apa pun yang membuat anda sembuh dari sakit hati dan bergerak majulah.

28. Berhenti mengharapkan kesempurnaan diri anda, orang yang anda cintai, dan rakan kerja anda.

29. Berhenti merasa bersalah saat Anda menghabiskan waktu luang atau jenis lain untuk diri sendiri.

30. Berhenti menyibukkan diri dengan hal-hal yang tidak penting buat anda.

31. Berhenti terlalu serius dalam kehidupan. Belajarlah untuk menikmati kehidupan anda saat ini.


Take Note : Buanglah segala fikiran negative yang ada di dalam fikiran anda untuk memperoleh kehidupan yang lebih ceria dan bahagia. Fikirkan yang baik-baik dan yang positif. InsyaAllah semuanya akan jadi baik.

    Apa yg kita fikirkan itulah apa yg cuba kita lakukan...
    Jadi isikanlah fikiran kita dgn pekara yg positif.
    Supaya kita sentiasa positif...

1 ulasan