12 Mei 2015



Ringkas tapi padat. Itu yang aku perlukan malam ni. Aku pun malas nak berceloteh panjang. Penat. Letih. Tak larat dah. Ikutkan kata hati, banyak perkara yang nak aku luahkan tapi aku tak mampu. Banyak cerita yang nak aku kongsikan tapi aku tak pasti mana penghujung dan mana pangkalnya.

Aku takut nak mengaku aku suka kau. Ya, aku memang tak berani nak mengaku yang aku mula sukakan kau. Sikap kau, cara kau dan kadangkala kata-kata kau mampu membuat aku tak mampu berfikir secara waras.

Takut aky bertepuk sebelah tangan. Saat ni kita berkawan. Aku bimbang kau hanya mengangap aku tidak lebih daripada seorang kawan. Aku takut andainya nanti akan menjejaskan persahabatan kita. Aku tak sangup untuk mengambil risikonya. Bagi aku biarlah kau yang mulakan dulu. Itu pun kau rasa apa yang aku rasa. 

Takut kau tak nak cakap dengan aku dah lepas ni. Ini yang paling aku bimbangkan. Aku takot kau akan menjauhkan diri nanti. Aku risau kau dan aku bermusuh selepas ini. Bagi aku, persahabatan lebih penting. Persahabatan lagi suci dari percintaan. Biarlah aku terus memendam rasa.

Aku takut. Takut aku tanpa sebab bila berdepan dengan kau. Aku bagaikan hilang rentak sendiri. Kau mungkin biasa-biasa saja tapi kenapa mesti aku menjadi luar biasa ya. Entah! mungkin kerana kadangkala kau terlalu bagi perhatian pada aku kowt. Kau membuatkan aku beranggapan kau menganggap aku melebihi seorang kawan padahal sebaliknya yang berlaku. hurmmmm

Auu malas nak berceloteh panjang. Bimbang nanti airmata yang mengalir. Aku doakan kau bahagia. Bahagianya kau disisi aku walaupun sebagai seorang sahabat. Semoga kau temui seseorang yang kau sayangi. Memang aku berharap untuk memiliki kau. tapi aku tahu itu agak mustahil. Tapi tak salah untuk aku terus berharapkan. Apa pun aku doakan yang terbaik buat kita berdoa.

Previous Post
Next Post

post written by:

Kurus dengan mudah dan sihat. 

Agent Sah Medina Desire. 

12 ulasan:

  1. Kalau si dia pon berfifkiran yang sama mcm mana ? Suka kan awk tp takot awk tak suka dya. So, siapa nak mulakan dulu ? hehe

    BalasPadam
  2. mungkin juga si dia berfikiran yg sama. sama2 takut..x terluah
    nanti bg la hint...mana tahu ada feedback
    moga dipermudahkan segalanya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamin. Semoga ada harpan dan harapan itu tercapai

      Padam
  3. klu takut hati terluka , mungkin baik pendam saja . tapi klu nak mencuba , jgn ucap direct kat dia . cukuplah sekadar menunjukkan sikap yg perihatin seperti memberi , membantu , sentiasa ada di sisi bila memerlukan , memahami ... mana tahu hint itu akan sampai dan dia perasan ...

    BalasPadam
  4. teruskan menulis untuk santapan mata ini

    BalasPadam
  5. Salam. Hee kenapa mengharap padi seberang., ;p

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wassalam..
      Padi depan mata namun masih tak mampu untuk digapai...

      Padam
    2. kalau padi katakan padi, tidak aku ternanti-nanti. gittewww hehe

      Padam
    3. kalau cinta katakan cinta, tiadA aku tergila sensorang gitu :p

      Padam