Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Rotan kerana sayang


kalau cikgu tak rotan aku dulu, sebab
hisap rokok, sebab ponteng kelas, aku
mungkin tak insaf, masih tersalah jalan.
Mungkin aku tak berjaya seperti hari
ini. terima kasih cikgu sebab rotan aku.

Sebab dulu takut guru Al-Quran akan
rotan bila salah baca atau
termengantuk, tak fokus masa mengaji
pasti hari ini aku tak pandai-pandai baca
Al-Quran lagi.

Dulu, masa sekolah, aku malas sangat.
Buat hal macam-macam. Natijahnya, ayah
rotan dua tiga das. Tak solat, kena rotan
lagi. Balik lewat, kena rotan. Menipu, kena
rotan. tapi, sikit pun aku tak dendam
pada ayah. Bila ayah dah tak ada, semua ini
jadi kenangan manis. Ayah nak aku jadi
anak yang soleh dan berguna. Ayah tak
silap. yang salahnya adalah aku. Bukan ayah
tak pernah berlembut. Bukan tak pernah
memujuk. Dia buat begitu kerana sayang.
teramat sayang. Sayang ayah selamanya.



Take Note : Rindu mak. Rindu ayah. Rindu keluarga. Rindu mereka semua. Rindu pada mak, ayah dan adik-adik tak pernah terpadam bahkan semakin menggebu. Jarak yang jauh memisahkan aku dari mereka namun telefon mendekatkan kam. Mak, hari ni hari ibu. Selamat Hari Ibu, mak. Angah sayang mak. Huhuuu walaupun dah wish dalam telefon dua tiga kali hari ni tapi angah tetap juga nak wish lagi sekali dekat sini. Angah sayang mak. Angah sayang ayah. Angah sayang adik-adik. Angah sayang family kita. Angah doakan mak, ayah dan adik-adik bahagia sentiasa. Semoga keluarga kita kekal bahagia dan dirahmatiNya. Sesungguhnya tanpa mak, ayah dan adik-adik, siapalah angah. iLOVEu mak, iLOVEu ayah, iLOVEu adik-adik, iLOVEu family. iMISSu so muuuuahhhh!

18 ulasan

  1. singgah dari GA sama . goodluck :)

    http://www.blogparihh.com/2015/04/simple-anniversary-blog-giveaway-by.html

    BalasPadam
  2. saya juga pernah kena rotan oleh guru besar dan guru kelas..memang sakit tapi menginsafkan

    BalasPadam
  3. Ziarah malam salam ukhuwah dari INDONESIA.

    BalasPadam
  4. Rasanya sebab kena rotan dululah sekarang membesar jadi orang. kalau tak kena rotan, spoil brat kut jadinya :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Huhuuu samalah kita kak sha.. Rotan tu sebagai pengajaran bukannya penderaan

      Padam
  5. klu x rotan, xde lah membesar jd manusia yg berguna skg ni....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sokong sis. Roton tue sekadar untuk mengajar bukannya mendera..

      Padam
  6. dulu di sekolah merotan boleh bentuk pelajar jadi berguna...tapi kini nak merotan pun jadi masalah.sampai masuk court...

    sudi-sudilah lawat blog saya
    http://85mutiarabeauty.blogspot.com

    BalasPadam
  7. Silap rotan,org yg merotan msuk jail...alahaii....

    BalasPadam