Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Adab Melakukan Persetubuhan | Adab Berjimak

Gambar ihsan Uncle Google :-)

Adab Melakukan Persetubuhan | Adab Berjimak

1. Membersihkan gigi.

2. Sunat berwuduk terlebih dahulu.

3. Memakai bau-bauan.

4. Memohon ampun kepada Allah.

5. Bercumbu-cumbuan bagi menaikan nafsu isteri terlebih dahulu.

6. Bila kedua-dua pihak sudah bersedia hendak lah baca doa berikut :
"DENGAN NAMA ALLAH,YA ALLAH, JAUHKANLAH SYAITAN DARI KAMI DAN JAUHKANLAH SYAITAN DARI APA YANG ENGKAU KURNIAKAN KEPADA KAMI(ANAK)" agar dapat dilindungi daripada syaitan.

7. Apabila suami telah keluar mani terlebih dahulu sedangkan isterinya belum hendaklah suami jangan lekas-lekas menarik zakarnya sebelum isterinya mencapai kepuasan (keluar air mani).

8. Sunat bersetubuh, pada malam Jumaat dan Isnin.

9. Setelah selesai melakukan persetubuhan jangan tergesa-gesa berdiri sebaiknya berbaringlah sebentar untuk menormalkan denyutan jantung.

10. Selepas melakukan persetubuhan hendaklah membasuh kemaluan masing-masing, kemudian berwuduk sebelum tidur.

11. Suami isteri hendaklah jangan saling melihat kemaluan antara satu sama lain.

12. Elakkan daripada bertelanjang. Suami isteri disyorkan menanggal semua pakaian masing2, tetapi keduanya mestilah menutup diri dengan sehelai selimut.

13. Ketika melakukan persetubuhan, kedua suami isteri haram membayangkan pasangan orang lain (bukan isteri atau suaminya).

14. Jangan melakukan AZL(onani) tanpa kebenaran isteri. AZL ialah suami mengeluarkan air mani di luar kemaluan isteri.

15. Disunatkan bagi suami berwuduk terlebih dahulu jika malu mengulangi persetubuhanya.

16. Diharamkan melakukan persetubuhan melalui dubur (lubang najis) isterinya atau ketika isteri sedang didatangi haid atau nifas.

*Larangan Jangan Main Terjah Terus*
*Amal Cara Islam, Dapat Ilmu Dapat Pahala* 

Tiada ulasan