Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Tips Untuk Menjadi Wanita Yang Solehah.

1. Jika anda belum berkahwin, belajar untuk taat kepada ibubapa sekalipun mereka menyuruh anda melakukkan sesuatu yg anda tidak suka.

2. Jika anda mempunyai adik² yg masih kecil layanilah mereka. Jika mereka mahu makan sediakanlah makanan buat mereka. Kerja ini bukan kerja ibu kita sahaja, tapi kerja kita juga. Anak sulung perempuan atau anak bongsu perempuan kerja ini tetap kerja kita sebabnya jika kita berkahwin kelak, bukankah kita juga yg akan jaga makan minum suami dan anak².

3. Sentiasa ada masa dengan Allah. Dengan cara ini kita akan menjadi seorang yg hampir dgn Allah. 

4. Tidak bermasam muka ,berfikir negatif ibubapa, abang, kakak, adik dan semua orang.

5. Tidak berhasad dengki, berdendam dan cemburu dengan kebahagiaan org lain.

6. Bersifat hilm (lemah lembut) dan tidak melakukan kerja dgn gopoh-gapah.
*Allah menyukai hambaNYA yg mempunyai kedua² sifat ini. 

7. Sentiasa mengukir senyuman sekalipun dalam keadaan berdukacita. Senyuman adalah sedekah dan ubat kedukaan.

8. Solat diawal waktu. Jika ingin lebih baik,solat sunat dan juga solat ketika org sedang tidur
(taubat, tahajjud dan hajat).

9. Sentiasa menghabiskan 300 zikir pagi dan petang. 

10. Menutup aurat dengan sempurna.


Take note : Kita tidak sempuran. Jadi, berusahalah untuk sempurnakan diri kita. Memang takkan mungkin kita menjadi sempurna, jadi teruskan usaha untuk menyempurna. Jangan pernah berhenti untuk kearah yang lebih baik.


1 ulasan

  1. Kena tanamkan sifat terus belajar sbb kita tak sempurna.. yg penting terus ikut suruhanNYA..

    BalasPadam