Resepi Bubur Kacang Hijau Musim Covid 19

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari ni memasuki hari ke 14. Sepatutnya hari ni merupakan hari terakhir PKP, tapi disebabkan keadaan masih lagi tidak pulih sepenuhnya, pihak yang berkenaan terpaksa tambah lagi 14hari. Fuhhhh bertambah lagi wehhhh!!

Bermula dari 18 March sehingga 31 March 2020, rasanya hampir separuh kewarasan akal aku tidak berfungsi. Heheee bukan setiap hari macam tu, ada hari hari tertentu je. Bosan siakkkk! Mati akal berkurung dalam rumah. Bercakap dengan dinding sorang sorang. Dugaan..

Okay, abaikan segala apa yang aku merapu ni. Meh sini dengar sis nak kabo. Hari ni sis masak bubur kacang hijauuuuuuu. Sedap wehh! Tak tipu, mmg sedap. Heheheee..

Aku masak agak banyak, hampir seperiuk besar. Niat dihati nak makan sikit lepas tu nak jadikan bubur kacang hijau tu sebagai aiskrim 1Malayisa. Nanti bila dah beku, aku nak bagi pada jiran jiran dekat sini. Saja je.. nak bersedekah sambil eratkan hubungan kejiranan gitchu 😁

Tadaaaa.. Ni lah hasil setelah aku bersilat dekat dapur. Penat wehhh tapi aku puas hati. Aku suka.. aku suka.. 

Resepi Bubur Kacang Hijau versi CikAin
🌸 Kacang Hijau
🌸 Gula Melaka a.k.a nesam
🌸 Santan
🌸 Daun Pandan
🌸 Sedikit gula & garam

Cara masak Bubur Kacang Hijau Versi CikAin
🌸 Kacang hijau tu rendam dulu dalam 3-4 jam supaya lembut. Wehh lama sangat nak rendam, so aku guna rice cooker. Rebus kacang hijau dalam rice cooker sampai lembut.
🌸Gula melaka tu kau ricik bagi kecil. Nanti mudah dan cepat sikit larut.
🌸 Daun pandan tu kau simpul buat simpulan kasih sayang. Heheheee...
🌸 Okay, masukkan santan, daun pandan dan gula melaka ke dalam periuk. Pastu kacau sampai sebati. Pastikan gula melaka tu larut sebetul betulnya tauuu. Kasi dyorng berkawan leklok dlm kuali tu. Hehehee..
🌸 Agak agak dah sebati, mendidih dan pekat, terus masukkan kacang hijau yang dah direbus menggunakan rice cooker tadi. 
🌸 Kacau jangan tak kacau. Kacau sampai pekat sikit dan sebati.
🌸 Garam dan gula tu korang boeh masukkan sikit supaya bubur kacang hijau tu rasa lemak lemak manis.
🌸 Siap!





4 ulasan

  1. saya plak tak sempat nak boring duduk rumah sebab siang hari keje macam biasa..walaupun masa kerja dipendekkan tapi at least jumpa jugak dunia luar time pegi balik keje.. apapuneveryone take xtra care!

    BalasPadam
  2. Aiskrim kacang hijau... yummmm sedappp...

    BalasPadam
  3. Sedap tu bubur kacang hijau. lama tak makan.

    BalasPadam
  4. aiskrim kacang hijau sedapnya

    BalasPadam