Kesan Buruk Fitnah Yang Tersebar

Kisah seorang yang suka memfitnah.
Lalu dia menyesal dan bertemu dengan orang tersebut dan ingin memohon maaf.
Lalu orang itu berkata, akan memaafkan tapi dengan syarat.
Nanti bila kamu datang kepadaku ini bawalah penyapu bulu ayam.
Dalam perjalanan kamu cabutlah bulu-bulu ayam itu sampai habis.

Dia merasa pelik untuk apa perbuatan itu.
Tapi tetap melakukannya kerana niat ingin memohon maaf.
Lalu dia melakukannya hingga sampai dia berjumpa dengan orang tersebut.

Wahai sahabat, aku telah buat seperti yang engkau suruh.
Hanya tinggal rotan saja.
Bulu-bulu ayam itu aku cabut dan buang sepanjang perjalanan ke sini tadi.
Apakah engkau telah memaafkan ku.

Orang itu berkata, nanti bila kamu balik,
kutip kembali bulu-bulu ayam yang kamu buang tadi dan bawa pada ku esok.
Orang itu bertambah pelik.
Tadi suruh buang dan ini suruh ambil kembali.

Tapi kerana ingin memohon maaf lalu dia melakukannya.
Keesokan hari, dia berjumpa dengan sahabat itu.
Sahabat, aku hanya mampu kutip 2..3 helai saja daripada banyak yang aku buang.
Semua telah di terbang angin entah ke mana.

Lalu orang itu berkata.
begitulah dengan fitnah yang kamu lakukan pada ku.
Orang yang mendengar akan menyebarkan hingga ia entah kemana.
Jika kamu ingin menarik kembali kamu tidak akan berdaya kerna ia telah tersebar.
Terus tersebar.

Aku maafkan kamu.
Bertaubatlah, lakukanlah apa yang harus kamu lakukan.
Nah, itulah dosa yang jaariah.
Dosa fitnah terus berjalan disaat ia tersebar dan tersebar.

Hingga tunggulah bala dunia atau azab akhirat yang akan menimpa pada si pelaku.
Usahalah temui orang-orang yang kau sebarkan fitnah
Untuk membetulkan kembali maruah orang yang difitnah.
Berhati²lah....



4 ulasan

  1. Semoga kita semua terhindar daripada fitnah. aamin.


    6 cara merawat slip disc dengan berkesan

    Awas! 4 punca utama masalah sakit pinggang yang anda perlu tahu.
    sakit lutut ? jom flexphysiotheraphy bantu anda kurangkan sakit anda.
    Antara 6 rawatan sakit sendi

    BalasPadam