Pengalaman Dua Minggu Pertama Bekerja

Assalamualaikum,

Dalam tak sedar, dah 2minggu mulakan kerja. Alhamdulillah, rutin pagi dan petang dah mula teratur, tak ada kelam kelibut seperti minggu pertama mulakan kerja haritu. Hahaaaaa,  perit betul bila diingat kembali.

Sepanjang 2minggu kerja, banyak benda yang aku belajar. Walaupun ada sesetengah darinya merupakan pengalaman yang betul betul baru untuk aku. Takpe, itu cabaran dan bonus sebab dapat belajar sesuatu luar dari bidang aku. Antara benda baru yang aku belajar adalah key in segala data yang berkenaan dalam komputer. Yess, sesuatu yang baru sebab sebelum ni aku banyak mengadap machine. Tapi sekarang banyak mengadap komputer tapi perlu jugak tahu berkenaan machine. Omouteh kata perlu multitasking. Hah gitchu! 



Ini juga salah satu cabaran dan pengalaman baru yang aku belajar. Tempat tu masih lagi menggunakan pendawaian lama. Aksesorinya juga sangatlah lama, sampaikan ada sesetengah spare part tu aku pertama kali melihat didepan mata. Sebelum ni tengok dalam gambar je. Pendawaian lama dengan cable berselirat. Rasa geram je nak buat wiring baru, yang kemas, helok, tersusun rapi sikit. Tapi itulah, ada cabarannya. Rumit dan makan modal! 


Petang tadi team maintenance kemas kemas dan  test run machine yang agak lama tak digunakan. Hurmm... sekali trip dan bau hangit menusuk hidup. Lah, burn sudah. Adehhh..

Alhamdulillah, rasa senang dan sangat menyenangkan disini. Walaupun ada beberapa perkara yang tak menyenangkan. Bagi aku itu semua boleh tolak tepi sebab aku ada team yang sangat supportive. Itulah yang paling utama untuk aku. Bila selesa dengan team maka semestinya akan rasa selesa untuk buat segala kerja yang diberikan.

Semoga terus bersemangat dan terus diberi kekuatan yang kuat untuk aku fokus dan terus kerja tanpa give up. Aamin. 

Pengalaman Setelah 2 Hari Dah Masuk Kerja

 


Assalamualaikum.

Rezeki tak salah alamat. Rezeki akan datang bila tiba waktunya. Allah dah susun cantik cantik jalan hidup kita. Yakin dan percaya tapi jangan sesekali berhenti usaha.


Alhamdulillah. Aku merasai semua tu. Nak diterangkan apa yang aku rasa, aku sendiri tak tahu. Tapi bila aku fikirkan semua, seakan tak percaya pun iya jugak. Namun, inilah hakikatnya.


Setelah 2tahun lebih aku berhenti bekerja. Aku duduk rumah jaga anak. Akhirnya kini aku kembali bekerja. Bekerja dalam bidang dan kepakaran aku. Paling best, sepanjang berhenti kerja aku langsung tak bukak toolbox. Hahaaa kini kembali aku buka setiap hari setiap masa sepanjang bekerja. Oichhh my toys. Rindu betul aku dengan uoll. Hehehee..


Alhamdulillah. Dah 2hari aku masuk kerja. Suasana kerja sedikit berbeza dengan kerja aku sebelum ni. Dulu department aku dalam ekon. Skrg department aku open. Panas, berdebu, habuk itu normal. Alhamdulillah, aku dapat team yang baik. Engginer aku pun baik. So aku takde lah rasa janggal dan terpinggir sangat sebab aku sorng je perempuan disitu. Orang office pun baik. Ada sorng aunty office selalu tegur aku. Ramah mesra betul aunty tu. Alhamdulillah, aku dikelilingi circle yg positif, circle yang baik.


Walaupun persekitaran kerja yang agak panas tapi aku okey. Yang penting dapat team yang okey. Tu dah boleh buat aku tarik nafas lega. Sebab apa? Sebab bila team positif, aku akan rasa seronok untuk bekerja, mudah nak berurusan, bila tanya itu ini mudah diaorang nak kongsi ilmu. Akan jadi sebaliknya kalau dapat team yg negatif. Faham, kan?


Alhamdulillah jugak sebab pengasuh anak aku baik sangat. Anak anak dia punn baik sangat. Sebelum ni selalu jumpa kat taman. Anak aku pun kenal diaorang so kat situ dah memudahkan kerja aku. Alhamdulillah. Walaupun kekdang anak solehah aku aada menangis juga kat rumah pengasuhnya. Menangis mungkin teringatkan ibu dia lettuw. Hahaaa.. Terima kasih acik dan kakak tolong jagakan Aira. Semoga Aira tak meragam teruklah ye.


Alhamdulillah untuk semuanya. Memang sangat memudahkan dan dilancarkan segala urusan aku dan anakku. Semoga aku terus kuat bersemangat dalam bekerja dan semoga anak solehah aku sentiasa faham ke apa setiap hari kena berjauhan seketika dgn ibunya.


Semoga anak solehah ibu sentiasa dalam lindunganNya walau dimana saha anak solelah ibu berada. Aamin. 

Segmen | Apa ChatGPT kata tentang blog saya

 



Blog “Blog Babyshambles” (https://akukaudansesuatu.blogspot.com) adalah ruang perkongsian bersifat peribadi dan reflektif, merangkumi topik motivasi, keibubapaan, kesihatan, tips gaya hidup, dan renungan agama.

 Penulisnya, Nor Ain (Aien) Rusli dari Seremban, telah aktif menulis sejak Januari 2010, menghasilkan entri menyentuh emosi seperti luahan kerinduan (‘Genap Setahun Ayah Pergi’, Ogos 2024), peringatan kesihatan (‘HFMD Yang Semakin Meningkat’, Mei 2025), dan nasihat diri (‘Fokus Pada Kehidupan Sendiri’, Mei 2025)  .

 Gaya penulisannya jujur, bersahaja, dan meraih interaksi pembaca melalui komen. Aien juga menyertakan elemen kerohanian serta lagu/cerpen, menjadikan blog ini satu platform berbentuk campuran perkongsian, inspirasi dan luahan jiwa.


Alhamdulillah Untuk Segala Nikmat DariNya

 Assalamualaikum..

Dikeheningan malam ni, jari jemari aku kembali menari diruangan ini. Sungguh, setiap taipan aku diiringi dengan satu perasaan yang tak dapat aku ungkap.

Dikala aku dah menyerah dan hanya berserah, disaat aku dah tetapkan satu titik lain untuk aku fokus, rezeki yang aku harapkan berkunjung tiba juga. Alhamdulillah.

Untuk korang yang rajin singgah ke ruangan aku ni rasanya dah tahu kot, bertapa usahanya aku cari kerja untuk tahun ni. Dah pelbagai cara aku buat tapi hasilnya langsung tiada. Sampai satu tahap, aku penat berharap. Aku putus asa. Dah malas nak pegi temuduga setiap kali ada temuduga terbuka. Frust wehhh.. penat aku print resume. Penat aku buat itu ini. Bukan sekali dua tau tapi berkali kali. Lalu akhirnya aku taked untuk berhenti berharap.

Seminggu sebelum Hari Raya Korban hari tu, aku skroll tiktok. Aku jumpa ilmu bermanfaat dan aku tekad untuk jadikan platform tu sebagai cara untuk aku dapat side income. Hampir sebulan dah perjuangan aku. Alhamdulillah, nampak hasilnya. Aku cuba untuk lebih serius dengan cara join program mentor mentee. Dikala usaha dan semangat aku sedang membuak buak ni, tetiba aku dapat sekeping mesaj bertan


ya adakah aku berminat untuk datang temuduga. Aku macam.... bila masa plak aku apply kerja dekat company ni. Rasanya tak pernah kot sebab agak jauh dari rumah aku. Tapi takpe, aku terima pelawaan tersebut.

Untuk kali ni aku tak bersungguh sangat sebab dah penat nak berharap kot. Punyalah tak bersungguh, resume pun aku tak update. Pakai jelah resume lama yang dah print, segala sijil bagai lupa aku nak photocopy.


Waktu hari temuduga rasa gementar aku pun dah hilang. Segala yang ditanya, aku jawab seadanya. Berkenaan kerja kerja aku sebelum ni pun dah banyak aku lupa. Maklumlah aku tak study oun sebelum hadiri temuduga kali ni. Aku jujur je terus mana yang tahu dan mana yang tak tahu. Alhamdulillah, dipermudahkan urusan aku.

 Penemuduga tu baik sangat. Banyak dia tolong aku. Sebelum selesai sesi temuduga, aku dibawa masuk site. Okey, panas, habuk, berdebu. Bagi aku normal persekitaran sebegitu. Penemuduga juga seakan yakin dgn ketahanan lasak aku. Dalam hati aku doa semoga ada rezeki aku untuk position ni.


Keesokan harinya, HR whatsApp aku untuk datang temuduga kali kedua. Waktu ni barulah aku tak senang duduk. Barulah rasa sedikit yakin. Barulah rasa ada sedikit sinar untuk aku kembali bekerja dalam bidang teknikal. Waktu ni barulah aku ulangkaji sikit apa yang patut. Tak senang duduk aku selagi tak selesai temuduga kali ni. Menghitung hari aku menanti temuduga kali ni. Takut, gementar, teruja, sedih dan gembira bersilih ganti beb.


Hari yang ditunggu telah tiba. Awal betul aku datang. Penemuduga kali ni orang lain pula. Kalau sebelum ni hampir 3jam aku ditemuduga, agaknya kali ni berapa lama lah erk?

Soalan yang ditanya agak killer untuk aku. Soalan random pun mematikan akalan aku seketika. Alhamdulillah, penemuduga kali ni jugak baik orangnya. Banyak soalan ditanya, disuruhnya bercerita itu ini dan sebagainya. Perasaan gementar aku memang tak terkawal sampaikan suara pun hampir bergetar. Percakapan hanya senafas, mungkin lupa seketika cara untuk bernafas kot. Hahahaa! punyalah nervous aku ketika itu. 


Alhamdulillah, dipenghujung sesi tenuduga aku dapat khabar gembira. Aku lulus dan diterima. Tak tergambar perasaan gembira aku ketika itu. Aku gembira tapi terselit juga risau. Risau nak berjauhan dengan anak kesayangan aku. Hurmnn... masalah pulak erkk..


Alhamdulillah. Semuanya dipermudahkan. Aku dapat kerja. Aku jumpa pengasuh anak aku. Semoga anak aku okeylah dengan pengasuhnya nanti. Semoga aku kuat untuk lalui cabaran ditempat kerja baru nanti.


Sahabatku, doakan semoga dipermudahkan segala urusan aku dan anakku ye.





Oh My Blog Berhabukkk!!

 


Oh my bloggg! Oh my blogg!! 

Sudah banyak hari tak buka blog semestinya hampir naik sawang labah labah ni. Adehhh! Bulan lepas baru je berazam nak mula blogging. Nak update entri setiap hari tanpa gagal. Tapi itulah, gagal juga akhirnya. Lahaiiii bloggg.. ni pun den terbuka blog sebab ada hamba Allah email bertanyakan tentang cara cara nak buat blog. Terus den buka blog tauuu. Buka pastu rasa bersalah sebab dah lama tak update. Huhuuu... perangai sangat erk!


Sebenarnya hujung bulan Mei haritu, den tak berapa sihat. Batuk, selsema, demam, datang sekali full package. Hampir seminggu jugaklah badan tak larat. Tapi tetap gagahkan diri juga uruskan hal hal dirumah. Bila den hampir sihat, anak solehah pulak demam selsema. Hurmmm... berjangkit dari ibu dialah ni. Sian kat anak, tidur malam tak lena. Hidung tersumbat lepas tu batuk batuk. Boleh dikatakan sepanjang anak tak sihat, den memang tak tidur lena dimalam hari. Bimbangkan anak tu satu, lepas tu anak memanjang nak tidur atas riba. Fuhhh.. rasa nak patah pinggang ibu nak. Demimu ibu relakan juga.


Dah sihat demam, raya pula. Raya Haji tahun ni balik Kuala Pilah. Tidur 2malam di kampung Kuala Pilah. Banyak aktiviti yang dibuat sampaikan tak cukup tidur. Bertabahlah, bukan selalukan rasai suasana sebegitu.


Dah habis rasa, keadaan pun dah reda tapi mood blogging masih tak datang. Itu yang sampai ke sudah tak buka dan update blog. Kalau blog buka, laptop pun semestinya lah tidak terbuka. Lahaiii.. berhabuk sudah laptopku gamaknya. Okeylah.. jap lagi den blogwalking di blog kawan kawan ye. 

Jadilah Bagian Hidupku | Bersama Kita Berjuang

 


"Hiduplah selayaknya. Kalau penat, beristirahatlah. Lakukan apa yang kamu suka tanpa perlu menjadikan orang lain sebagai rumahmu."


Oh aku ingin kau tahu

Cintaku ini sungguh tulus untukmu

Tak peduli dunia berkata

Ku kan buktikan cinta ini....

Jadilah bagian hidupku

Dan jadilah pelengkap kisah hidupku

Kau adalah alasan

Untukku selalu berjuang.

Gundah | Tetaplah Kuat Demi Mereka Yang Disayangi

 


"Kerna aku adalah dunia untuk anakku, ragaku harus sihat, jiwaku harus kuat, hatiku harus bahagia, tetap sabar dan waras dalam keadaan apapun. Boleh lelah tapi tidak untuk menyerah. Anakku adalah penyemangat dan penguatku untuk tetap hidup dan bahagia"


Biar rasa ini membunuhku

Biar rindu ini menghukumku

Apa jua namun dia tahu

Cintaku utuh bila di sampingmu

Simpan segalanya, biar pudar semua

Agar jiwa ini tiada rasa

Telah ku gagah bertahan

Namun rapuhnya

Tapi ku rela jiwaku bersamamu

Kenangannya Masih Disini | Simpan Memori

 


"Ketika lelah kita hanya perlu berehat sejenaksambil menikmati secawan kopi bukan berhenti, apalagi berputus asa"

Kenangannya masih di sini

Walau dia kini telah pergi

Kenangannya masih di sini

Ceritanya tersusun rapih

Walau dia kini telah pergi

Ceritanya masih di sini

Kenangannya masih di sini

Di sini..

Kisah Anak Dan Beban Amarah Ibubapa

 

Anak itu bukan diciptakan untuk menanggung beban amarah kita.

Mereka datang ke dunia membawa hati yang bersih, belum kenal benci, belum kenal takut, belum kenal apa itu “aku tak cukup baik”.

Tapi bagaimana mereka akhirnya melihat diri sendiri, banyak bergantung kepada bagaimana kita sebagai ibu ayah melihat dan melayan mereka.

Kadang kita marah kerana penat.

Kadang kita menjerit kerana tak tahu cara lain.

Kadang kita kasar kerana itulah cara kita dulu dibesarkan.

Tapi hakikatnya, tiada satu pun anak yang akan membesar dengan tenang jika setiap hari disiram dengan suara tinggi, wajah bengis, teguran sinis dan ugutan yang menyakitkan.


Kita mahu anak yang jujur, tapi kita marah bila mereka bercakap benar.

Kita mahu anak yang berani, tapi kita herdik bila mereka bertanya.

Kita mahu anak yang baik, tapi kita lupa kebaikan itu tidak boleh dipaksa, ia perlu dicontohkan.


Anak yang sentiasa ditekan, dibentak, dan dihukum, dia belajar untuk diam, bukan kerana faham… tapi kerana takut.

Dia belajar untuk menipu, bukan kerana nakal… tapi kerana nak selamat.

Dia belajar untuk berpura-pura baik, bukan kerana jujur… tapi kerana takut kehilangan kasih.


Dan tanpa kita sedar, kita telah membentuk satu generasi yang penuh luka dalam diam.


Yang senyum di depan, menangis di dalam.

Yang nampak patuh, tapi memberontak dalam hati.

Yang akhirnya membesar menjadi penakut, pendendam, penipu, bahkan mungkin munafik.


Bukan kerana mereka mahu jadi begitu. 

Tapi kerana mereka tidak pernah merasa cukup selamat untuk menjadi diri sendiri.


Wahai ibu dan ayah,

Anak tidak perlukan ibu bapa yang sempurna.

Mereka hanya perlukan ibu bapa yang boleh menerima mereka dengan sabar, membimbing mereka dengan kasih, dan memeluk mereka ketika mereka paling lemah.


Kerana pada akhirnya, anak-anak ini akan meniru bukan apa yang kita katakan

Tapi bagaimana mereka rasa ketika bersama kita.

Fokus Pada Kehidupan Sendiri


 Just be yourself je, tak perlu try hard sangat nak impress orang. Susah nanti nak keep up if hidup penuh kepura-puraan


Assalamualaikum.. selamat pagi..

Hidup ni mudah jadi tak perlu dirumitkan. Nak hidup tenang, jangan buang masa jaga tepi kain orang. Jangan sibuk fikirkan hidup orang dan paling penting jangan pernah menipu diri sendiri. Okey? 

Perkara Yang Tak Patut Dilakukan Ketika Marah Anak



Marah macam mana pun dengan anak, jangan buat benda ni:

1. Pukul sampai berbekas

2. Kurung dalam bilik

3. Ugut tinggal luar/tepi jalan/bagi kat orang lain

4. Banding dengan kawan baik dia

5. Silent treatment tanpa explain/closure

6. Ugut sayang anak lain sahaja

7. Tinggal di tempat gelap

8. Rekod anak menangis dan malukan dia

9. Kata anak ni "menyusahkan"

10. Menyumpah/keluar kata-kata kesat

Semua ini impak dia besar, dalam dan lama pada kehidupan anak. 



Sarapan | Nasi Goreng Ikan Untuk Anak Solehah Ibu

 

Assalamualaikum.. selamat pagi.. 

Pagi ni anak solehah ibu bangun awal. Wah.. muka ada senyum ye.. tidur lena malam tadi.. cukup tidur.. mood cantiklah tu. Alhandulillah.


Pagi ni ibu mikir nak masak apa untuk anak ibu. Plan malam tadi, untuk sarapan pagi nak beli nasi lemak je tapi cuaca tak mengizinkan untuk kelur. Pagi ni cuaca mendung, guruh dan hujan renyai renyai. Jadi ibu batalkan saja plan malam tadi ye.


Fikir punya fikir, teringat ada sekor lagi lebihan ikan goreng malam tadi.. tengok nasi semalam ada lagi sikit.. okey dapat idea masak nasi goreng ikan untuk anak ibu.. Sedap ni. Dah lama tak masak nasi goreng ikan. 

Bahan untuk nasi goreng ikan sangatlah simple.. bawang putih, bawang besar dan halia tu cincang halus. Ibu cincang sebab anak solehah ibu ni tak suka bawang. Jadi untuk elakkan si kecik ni buang bawang dalam masakan, ibu cincanglah.. Halia tu ibu suka guna untuk kurangkan bau ikan..  lagi satu, anak solehah ibu suka makan halia. Lagi lagi kalau halia yang dipotong panjang panjang dalam sup.


Bahan tu tumis bersama cili kisar sikit.. agak agak cili tu dah masak bolehlh masukkan ikan. Gaul gaul sekejap dan masukkan nasi putih. Kacau kacau sampai sebati dan siap. Garam dan perasa tambahan jangan lupa plak, kang tawar rasanya nanti. Hah gitchuuu. 


Alhamdulillah.. anak solehah ibu makan siap bertambah ye. Suka betul ibu tengok anak solehah ibu ni berselera makan. Sambil dia makan, sambil disuapnya kat ibu. So sweetlah baby girl ibu ni. Selalu kongsi makanan dia dengan ibu. Semoga anak solehah ibu membesar dengan sihat sentiasa. Aamin. 


Anak Tak Perlukan Ibu Ayah Yang Sempurna.



Tak ada mak ayah yang suka marah anak tapi bila penat dan serabut, kita mudah meletup. Tak dapat nak kawal emosi. Lepas marah, kita akan rasa menyesal. Hurm... tapi kalau tak kawal dari dalam, esok lusa kita akan ulangi semula. Anak perlukan bimbingan bukan luahan marah kita yang tak selesai.
TERKADANG YANG PALING SUSAH BUKAN NAK JAGA ANAK
TAPI NAK JAGA EMOSI SENDIRI SEBAGAI IBU AYAH

Emosi yang tak sembuh akhirnya anak yang rasa.
Kita nak anak tenang tapi kita sendiri belum tenang
Anak belajar dari cara kita melayan mereka

Penat + Stress = Mudah meletup
Bila badan letih, kerja bertimbun, anak sikit sikit buat silap terus kita nak suara. Hurm.. padahal anak tak tahu apa apa pun.

Marah anak atas benda kecil
Anak tumpahkan air terus kita bebel macam anak buat jenayah besar. Hakikatnya kita yang sebenarnya sedang serabut dan penat.

Rasa bersalah lepas marah. Lepas marah kita menangis diam diam.
Hurm... tapi esok lusa kita ulangi lagi.

Kita tahu salah tapi tetap buat
Sebab kita tak sempat 'pause', Tak semat tarik nafas. Tak sempat 'jaga diri sendiri'.

Anak tak perlukan ibu ayah yang sempurna. Cukuplah yang sedang cuba sembuhkan diri dan sabar belajar setiap hari. Peluk anak. Maafkan diri dan mula semula.



Bukan Mengungkit Tapi Membangkit - Siti Nordiana

 


Susah senang biarlah bersama
Jangan ada dengki di antara kita
Usah pandang pohon yang sebatang
Tapi renung hutan yang terbentang
Yang merimbun dan juga menghijau
Ada makna rahsia tersembunyi

Talam dua muka
Kawan atas pagar
Kini aku pula sanggup engkau cabar
Engkau perdagangkan
Kasih sayang ku selama ini

Engkau menggadaikan
Kerinduan demi kedudukan
Bukannya sengaja ku mengungkit
Tapi kau sengaja yang membangkit
Akulah teman di kala susah
Akulah teman pengubat resah

Bukannya sengaja ku mengungkit
Tapi kau sengaja yang membangkit
Akulah tempat engkau mengadu
Dan akulah juga yang tertipu

Usah pandang pohon yang sebatang
Tapi renung hutan yang terbentang
Yang merimbun dan juga menghijau
Ada makna rahsia tersembunyi

Lihat pada rupa
Tak mungkin percaya
Tersusun gerak geri dan bicara
Engkau perdagangkan
Kasih sayang ku selama ini
Engkau menggadaikan
Kerinduan demi kedudukan

Bukannya sengaja ku mengungkit
Tapi kau sengaja yang membangkit
Akulah teman di kala susah
Akulah teman pengubat resah

Bukannya sengaja ku mengungkit
Tapi kau sengaja yang membangkit
Akulah teman engkau mengadu
Dan akulah juga yang tertipu

Untung rugi bukan ku tentukan
Ku menadah tangan dan terus berdoa

Tahu Dan Mengerti - Ical Mosh


 

Kemana nak ku bawakan hatiku

Yang berkecai setelah musnah

Dibunuh rindu


Hari bersilih ganti tak peduli aku

Semangatku yang kian pudar

Untuk hidup


Aku tahu dan mengerti

Kau tak mungkin kembali

Ke pangkuanku

Seperti dulu


Aku tahu dan mengerti

Kau tak mungkin kembali

Ke pangkuanku

Seperti dulu


Kau pergi tanpa tinggalkan pesanan

Yang ada hanya tinggal mimpi

Tak tercapai oleh ku


Kemana lagi harus aku cari ganti

Yag serupa denganmu

Yang serupa denganmu


Aku tahu dan mengerti

Kau tak mungkin kembali

Ke pangkuanku

Seperti dulu


Aku tahu dan mengerti

Kau tak mungkin kembali

Ke pangkuanku

Seperti dulu


Hilang mentari dalam hidupku

Aku bernyanyi dalam nafas syahdu

Gelora di hati, siapa tahu

Dibenak mindaku tak pernah pudar wajahmu

Woahh ohh


Hilang mentari dalam hidupku

Aku bernyanyi dalam nafas syahdu

Gelora di hati, siapa tahu

Dibenak mindaku tak pernah pudar wajahmu...


Aku tahu dan mengerti

Kau tak mungkin kembali

Ke pangkuanku

Seperti dulu


Aku tahu dan mengerti

Kau tak mungkin kembali

Ke pangkuanku

Seperti dulu


Hilang mentari dalam hidupku

Aku bernyanyi dalam nafas syahdu

Gelora di hati, siapa tahu

Dibenak mindaku tak pernah pudar wajahmu

Woahh ohh


Hilang mentari dalam hidupku

Aku bernyanyi dalam nafas syahdu

Gelora di hati, siapa tahu

Dibenak mindaku tak pernah pudar wajahmu..


Sebuah Kehidupan Ada Pasang Surutnya

 


Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yang belayar di lautan yang telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah iman dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.

 

Hidup memerlukan pengorbananan.

Pengorbanan memerlukan perjuangan.

Perjuangan memerlukan ketabahan.

Ketabahan memerlukan keyakinan.

Keyakinan pula menentukan kejayaan.

Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.

Jika Dia Bukan Untukku - Shandy Pagalla


 
Tuhan aku tahu dia bukan milikku,
Namun hatiku tak bisa mendustakan rindu,
Setiap detik bayangnya menghantuiku,
Dalam doa namanya selalu ku sebutkan,


Tak ada kabar sunyi menghampiri,
Aku tersiksa dalam sepi yang tak bertepi,
Mengapa kau beri rasa yang sedalam ini,
Sedangkan untuk bersamanya begitu sulit,


Atas namamu aku mencintainya,
Walau ku tahu takdir tak berpihak padaku,
Jika dia bukan untuk ku genggam selamanya,
Ajari aku cara melupakannya,


Tuhan apakah ini ujian cinta,
Mengapa kau tanam rindu di dalam dada,
Jika memang harus ku lepas dia,
Berikanlah aku hati yang lebih tegar,


Namun jika dia memang untukku,
Biarkan takdir menuntunku,
Jika cinta ini kau restui,
Satukan hati kami dalam kasihmu

Blogging Awal Lepas Tu Blurr


Malam tadi anak solehah aku tidur awal.. mengantuk sangat lah tu sebab siang tadi tak tidur.. anak tidur awal so awallah sikit aku buka laptop malam td.. macam biasa, buka laptop lepas tu blogging.. perkara pertama yang akan aku buat baca komen dan balas komen... lepas tu aku akan ke blog kawan kawan.. baca entri dan tinggalkan komen yang berkenaan.. dah settle semua aku sambung godek godek blog..

Entah, aku pun tak tahu sebenarnya apa yang digodek.. tapi tulah..aku akan buka satu persatu apa yang ada dekat papan pemuka tu.. lepas tu aku duk fikir apalagi yang nak ditambah dalam blog ni.. dan apa yang patut aku buang dari blog ni.. ishh ishhh complicated betul aku ni! nilah punca kenapa blog aku makin berat..

Disebabkan awal blogging malam ni.. task aku pun siap awal.. dan sekarang aku blur, apa nak dibuat erk.. secawan air coffee aku tak habis lagi tu.. jam pun masih awal lagi.. idea malam ni takde pulak.. 

Ouh ye, aku nak tanyalah.. ada tak sesiapa tahu mana nak dapat tutorial untuk masukkan top komen di sidebar tu.. atau ada sesiapa yang sudi tolong aku.. ajar aku cara nak buat top komen kat sidebar tu.. aku ada google tapi tutorial yang keluar semua yang dah lama.. macam dah expired.. aku try godek kat blog kawan kawan tapi tetap tak jumpa juga... naik poning den memikior.. ishh.. ishh.. 


Pelam Epal Cicah Kicap Dan Gula

Petang tadi husband bawak aku dan anak pusing pusing taman perumahan kami.. aku nampak ada beberapa batang pokok pelam berbuah lebat.. geram je aku nak capai buahnya tapi tinggi.. aku cakap pada husband, best ni kalau pelam ni cicah kicap.. husband pun cakap pondok dekat rumah ada buah pelam kalau nak dia nak tolong ambilkan.. aku pun laju jelah cakap nak. Hehee.. 

Aku ingatkan husband cakap saje je.. tak sangka pula betul. Alhamdulillah ada rezeki untuk aku..
meh aku tunjuk besar mana pelamnya. Sedap weh buat cicah kicap dan gula... husband aku bebel sebab gula tu manis.. Hahahaaa dia tak tahu ni lah kesukaan aku dari kecil lagi.. sesetengah orang akan picit lada dan belacan dalam kicap gula tu tapi aku cukuplah setakat tu.
 
Kecur air lir tengok pelam ni.
Tak sabar nak makan

Kita zoom sikit. Cantik nampak buahnya tapi
dalam tu ada ulat tau. Kena tengok elok elok

Kita potong kecil kecik. Senang nak cicak dan
dan masuk mulut. Banyak tu je dapat untuk
3 bijik pelam. Yang selebihnya kena buang
sebab ada ulat. 2bijik kita simpan untuk esok pulak



Halahhh kecur ayak liuq tengok ni.
Simple tapi sedap. Rasa dia masam masam manis lemak.
Sedap sangat. 

Andai Itu Takdirnya

 


PADA DASARNYA TAKDIR ALLAH ITU BAIK,ALAUPUN PERLU AIRMATA UNTUK MENERIMANYA.


Allah dah susun cantik cantik jalan hidup kita. Jangan pernah sekali kita menidakkannya. Laluilah ia dengan langkah kaki yang kental untuk terus berjuang. Jangan sesekali menyerah. Penat, rehat seketika dan kembali teruskan perjalanan kehidupan.