Penyakit Yang Bakal Menyerang Jika Anda Jarang Berpeluh


Peluh adalah mekanisme semula jadi badan untuk mengeluarkan sisa berupa cecair di dalam tubuh.

Ramai yang tidak tahu, berpeluh sebenarnya beri banyak manfaat pada tubuh. Cara nak berpeluh adalah dengan bersukan dll


Apa akan terjadi jika anda jarang berpeluh? Anda akan diancam dengan penyakit-penyakit berikut jika anda jarang berpeluh!

Peluh adalah mekanisme semula jadi badan untuk mengeluarkan sisa berupa cecair dalam tubuh.

Ramai yang tidak tahu, berpeluh sebenarnya beri banyak manfaat pada tubuh. Cara nak berpeluh adalah dengan bersukan membuat kerja rumah dan sebagainya.

Apa akan terjadi jika anda jarang berpeluh? Anda akan diancam dengan penyakit-penyakit berikut jika anda jarang berpeluh.

1) Luka lambat sembuh

Kelenjar peluh ekrin akan aktif apabila kamu berpeluh. Kelenjar ini mampu menyejukkan tubuh dan juga mengaktifkan sel untuk menyembuhkan luka.

2) Penyakit berbahaya

Berpeluh membantu tubuh membuang racun tidak sihat seperti garam berlebihan atau kolesterol. Apabila anda tidak berpeluh, tubuh akan dipenuhi racun yang boleh membahayakan kesihatan.

3) Jerawat

Berpeluh akan menghilangkan racun, termasuk yang terperangkap di liang-liang kulit. Disebabkan itu kulit mudah berjerawat dan ruam.

4) Sistem imunisasi lemah

Berpeluh membantu untuk menyebarkan antibiotik ke seluruh tubuh. Tapi, jika anda tidak berpeluh, maka sistem pertahanan bdn akn menurun dan mdh jth sakit


5) Stress

Apabila bersukan dan berpeluh, tubuh akan menghasilkan hormon endorfin. Hormon tersebut buatkan anda lebih tenang dan gembira. Tapi, jika jarang berpeluh, memang stres je la sepanjang masa.

6) Penyakit buah pinggang

Peluh mengeluarkan racun dari tubuh. Tapi jika anda tidak berpeluh, racun yang terkumpul akan menyebabkan terbentuknya batu buah pinggang.

7) Penuaan & kulit berkedut

Berpeluh membuatkan kulit lebih anjal dan aliran darah meningkat. Tidak hairanlah atlet semua nampak lebih muda dari usia kerana selalu berpeluh. Tapi jika anda jarang berpeluh, kulit akan jadi kusam dan mudah berkedut.



Pengalaman Tukar Clutch Motosikal






Pengalaman hari ni.. pergi bengkel motor seorang diri lepastu repair motor. Sejujurnya, sepanjang gunapakai motorsikal sebelum ni tak pernah lagi pergi bengkel motor sorang diri untuk tukar 'organ dalaman' motor. Hari ni, pertama kali dalam sejarah hidup.. aku pergi bengkel motor tu sorang diri.. cakap dekat pomen tu nak tukar Clutch. Niat asalnya memng nak tukar Clutch sahaja.. sekali melarat larat tukar satu persatu. Fuhhhh.. larikkk budjet wehhh.. Hahahaaaa..

Bermula dari Clutch.. aku suruh pomen tu tegangkan sedikit rantai motor.. katanya rantai kendur so perlu dipotong.. okies potong dan tegangkan.. lepas tu aku suruh pomen tukarkan sekali plug.. sebab katanya adik aku, dah lama tak tukar plug motor tu... lepas tu aku tanya pomen tu.. minyak hitam motor tu ok lagi ke tidak.. dah kotor ke minyak hitam tu.. katanya minyak hitam tu dah tak cukup.. dah kurang dari takat yang sepatutnya.. okiess fikir punya fikir.. aku pun suruh dia tukarkan yang baru terus... hehee alang alang dah tukar kan.. lepas tu pomen tu cakap.. penutup minyak hitam tu ada crap sedikit.. katanya masih boleh dipakai tapi takut lama-lama nanti minyak hitam bocor.. keluar tanpa disedari tiba tiba kering.. alamakkkk aku kaget kejap.. ok tukar baru terus.. lepas tu pomen tu tanya.. brake belakang tu jarang ke guna.. eh, pelik plak soalan dia.. aku pun cakap selalu je guna tapi tak berapa makam.. tak berapa pick up.. pomen tu pun cakap lining brake dah habis.. okay, yang ni sememangnya aku tahu.. memang aku dah tahu lining tu habis cuma takde masa sahaja nak pergi tukar.. lalu aku pun suruh pomen tu tukar baru terus.. tengah leka memerhati baru aku teringat, salah satu skru raga motor hilang.. so aku pun suruh dia tambah skru seketul.. maka kesimpulannya daripada nak tukar satu benda maka berkaitlah dengan banyak benda.. hahahaaaa.. pistttt insyaAllah lepas ni aku tukar kipas radiator plak.. lepas tu tukar absorber plak.. lepas tu tukarlah lagi mana yang patut ditukar.. insyaAllah kalau rezeki lebih baru nak tukar blok motor plak.. doakan motor kesayangan den sihat sejahtera selalu ye. :)

Apa itu Clutch dan apa fungsi Clutch ?
- Clutch atau  kopling digunakan untuk mengawal hantaran kuasa enjin kepada roda belakang motosikal, Ia diperlukan untuk memutuskan kuasa enjin semasa penukaran transmisi berlaku. Kepentingan clutch pada motosikal ialah untuk meningkatkan kelancaran enjin. Kompenon Clutch terdiri dari plate geseran,plate besi,perumah dalam,perumah luar serta spring,penolak atau pencangkuk. Ia biasanya berada didalam enjin sebelah kanan bagi motosikal keluaran Japan seperti Honda,Yamaha,Suzuki dan Kawasaki.

Hasil pelaburan untuk kesayangan hari ni.