Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

- Gerhana Senja - PART 1



Alya Natasha melihat jam yang melilit di pergelangan tangannya. Lagi setengah jam loceng akan berbunyi. Dia mendengus. Penerangan Cikgu Sama tentang factor-faktor perkembangan Bandar di Tanah Melayu tidak dihiraukannya. Memang dia bosan dengan mata peajaran Sejarah tetapu yang lebih membosankannya ialah guru yang mengajar subjel tersebut yang juga merangkap guru disiplin pelajar perempuan. Sudah beberapa kali guru tersebut memalukannya kerana melakukan pelbagai salah laku. Dia benci! Guru muda itu juga telah mengugut akan memberitau ibunya sekiranya dia mengulangi kesalahan yang sama.
            Ahhh!” mengingatkan peristiwa dua hari lepas, hatinya jadi sakit.
            “Alya, sudah berapa kali awak tengok jam? Kenapa? Dah tak sabar nak jumpa boyfriend awak?”
Dia tersentak.
Cikgu Sama merapati mejanya.
            “Tengok! Ini nota sejarah awak?” Cikgu Salma mengambil keratan gambar Lee Hongki yang baru dikoyakkannya daripada surat khabar perpustakaan rehat tadi.
Alya Natasha menuntukkan kepalanya, berpura-pura takut. Dalam hati dia menyumpah Darwish yang telah melihat gambar tersebut dan meletakkannya di dalam buku mota Sejarahnya. Lebih menyakitkan hatinya bila Cikgu Salma merenyuk-renyuk gambar artis pujaannya itu dan melemparkan ke mukanya.
Hati Alya Natasha semakin sakit!
Dia mengangkat muka melihat kawan-kawan sekelasnya. Matanya berhenti pada Kiera. Pandangan tajam Kiera seolah-olah mengejak dan mentertawakannya. Di sebelah Kiera duduk pula Dami, pengawas yang selalu mengadu masalah dan kesalahan peajar-pelajar perempuan kepada Cikgu Salma. Suriati cukup menyampah melihat kedua-dua manusia itu. Tetapi dia mengurut dada lega bila mendengar loceng waktu balik berbunyi.
            “Okay kelas, balik siapkan tugasan yang cikgu berikan tadi dan tolong hantar tugasan pada pagi besok.”
            “Bangun! Terima kasih cikgu.” Suara Fadir, Ketua Tingkatan 5C disambut gembira oeh pelajar lain.
            “Alya! Ikut saya ke bilik guru!” arah Cikgu Salma tegas.
Serta-merta air muka Alya Natasha berubah. Rancangannya untuk melepak dengan Zack di pusat membeli belah terpaksa dibatakan saja.
            “Alya! Apa lagi yang awak khayalkan? Cepat siapkan kerja-kerja ni!”
Hampir terpeanting pen yang sedang digigit hujungnya. Serta-merta seluruh ingatannya terbang. Dia meneruskan kerja-kerja latihan Sejarah yang tidak disiapkan sebelum ini. Dia menyeak buku di depannya., membilang-biang jumpal muka surat latihan yang terpaksa disiapkan pada petang itu.
“Mak! Datuk! Lagi sepuluh helai.” Perutnya mendidih pedih. Tadi waktu rehat dia tidal makan di kantin. Wanng beanja pemberian ibunya pagi tadi dan pagi semalam disimpan untuk membelanja di pusat membei belah nanti.
            “Alya, minta nombor teefon rumah awak. Saya nakberitahu keluarga awak kenapa awak balik lewat hari ni. Nanti risau pula mereka.”
            “Rumah saya tak ada telefon, cikgu.” Sengaja dia berbohong. Bimbang tembeangnya akan pecah. Malam tadi sesudah dia menelefon Zack, dia memberitahu ibunya yang dia akan balik lewat kerana ada keas tambahan Sains.
            “Kalau begitu, mungkin awak ada nombor telefon jiran terdekat.”
Guru itu dirasakan masih sengaja mahu menyakiti hatinya.
            “Ibu saya tak ada di rumah, cikgu. Pukul 6 nanti baru puang.”
            “Ayah?”
            “Ayah dan Ibu saya dah dah bercerai.”
Cikgu Salma merenung Alya Natasha. Tidak disangkanya gadis selincah Alya Natasha mempunyai perjalanan hidup yang tidak sesempurna gadis-gadis remaja lain.
Alya Natasha meneruskan kerja. Dari ekor matanya, dia dapat merasakan yang Cikgu Salma sedang memerhatikannya.
            “Awak selalu berjumpa ayah awak.?”
            “Sejak mereka bercerai. Saya tak pernah jumpa dia lagi.”
            “Ayah awak tinggal di mana?”
            “Tak tahulah, cikgu. Ibu saya akan marah bila saya bertanya tentang ayah. Ata mak, ayah sudah mati.”
            “Ibu awak ada beritahu sebab yang mereka bercerai?”
            “Tidak, cikgu. Tapi saya masih ingat, ketika itu saya dalam darjah dua.”
            “Ibu awak kerja apa sekarang?”
“Kerja Ofis.”
“Adik-beradik awak berapa orang?”
‘Ahhh! Banyak tanya pula orang tua ni. Bukannya apa, sengaja nak cari modal untuk diceritakan pada guru-guru lain.’ Alya Natasha mengerutu di dalam hati.
Dua orang.”
“Adik awak berapa tahun?”
“Dua belas tahun.”
“Ibu awak kahwin lain?”
“Tidak.” Jawapan yang tidak sempurna itu cukup untuk menunjukkan yang Alya Natasha tidak suka kisah hidupnya diketahui oeh orang lain.
Cikgu Salma menulis sesuatu didalam buku rekod pelajarannya. Dia tifak dapat menumpukan perhatian. Ada sesuatu yang mengocak jiwa wanitanya. Dia ingin bertanya Alya Natasha lebih lanjut tentang latar belakang hidup pelajarnya itu tetapi melihatkan Alya Natasha seolah-olah tiada mood, dipendamkan sahaja niatnya itu. Lagipun dia tidak mahu mengganggu ketekunan Alya Natasha yang cuba menghabiskan kerjanya itu. Walaupun dia seorang  guru disiplin yang selalu memarahi pelajar-pelajarnya tetapi dia menganggap pelajar-pelajarnya seperti anak-anaknya juga. Dalam diam dia menyimpan azam untuk memulihkan pelajar yang selalu melanggar peraturan sekolah itu.
            “dah siap?” Cikgu Salma bertanya setelah melihat Alya Natasha menggeliat kepenatan.
Dia mengangguk lemah. Jarum jam di bilik guru menunjukkan hampir pukul tiga setengah petang.
Cikgu Salma meneliti kerja Alya Natasha. Dia tersenyum melihat tulisan Alya Natasha yang senget sekejap ke kiri dan sekejap ke kana sebelum mengangguk tanda puas hati.
            “Lain kali jangan main-main dalam kelas lagi.” Cikgu Salma masih mahu memberti nasihat.
            “Terima kash, cikgu,” ucap penghargaan kerana terpaksa dari Alya Natasha.
            “Jom cikgu hantar kamu balik.”
            “Tak payahlah, cikgu. Saya boleh balik dengan bas nanti.
‘Ahh! Lebih baik naik bas. Boleh juga aku ronda-ronda di Bandar nanti.’ Alya Natasha memujuk hatinya.
Niatnya untuk meronda terpaksa dibatalkan. Perutnya memulas sakit. Dia menekan perut sambil berjalan ke perhentian bas berhampiran. Peluh dingin mula merenik di mukanya. Air matanya sudah tidak dapat ditahan lagi. dia menahan sebuah teksi.
            “Hantarkan saya ke rumah nombor Lot 2141, Taman Aman Desa.”
Dia tiada pilihan lagi. Jika naik bas, dia terpaksa berjalan setengah kilometer ke rumahnya dari perhatian bas. Perutnya sakit bagai hendak pecah.
Tiba di rumah, ibunya terperanjat melihat wajah Alya Natasha yang pucat lesu.
            “Kenapa Sha? Tak sihat. Ya?”
Alya Natasha menyembamkan mukanya ke bahu ibunya.
            “Tadi Cikgu Salma meneruskan kelas sehingga pukul tiga setengah. Siapa pun tak boleh keuar makan.” Dalam esak Alya Natasha masih sempat mendustai ibunya.
            “Teruknya cikgu Shat u. Esok Ibu akan jumpa pengetua.”
Alya Natasha tidak menjawab. Dia mengikut sahaja ibunya ke biik. Puan Ramlah mengurut perut Alya Natasha dengan minyak angin. Perut yang merening kembung itu beransur-ansur kempis sedikit.
Selepas makan malam, Alya Natasha terus berehat di daam biliknya sehingga tertidur.

------- BERSAMBUNG----


Nota Hati : Ketika jemari lincah bertaip, telinga aku disajikan dengan halwa alunan lagu Senandung Malam by Erin. Hati sedikit terusik menghayati bait-bait lagu sambil memerah idea yang bersimpang siur dalam kepala. Bagi aku mendalam maksud yang tersirat dalam lagu ni. Okbya ! Assalamualaikum..

2 ulasan