Assalamualaikum reader..
Cuaca petang ni mendung seperti hari-hari yang sudah. Namun kemendungan petang ni disertai sekali dengan hati aku yang mendung. Kenapa aku bermendung? Hurmm.. Kerana aku telah kehilangan dua orang saudara dalam masa kurang dari dua minggu.Kehilangan itu menyakitkan dan juga memeritkan, tapi disebalik kehilangan pastinya ada tersembunyi hikmah yang telah Allah aturkan untuk para hamba-hamba yang disayangiNya.
Petang ini, aku berblogging sekadar untuk meluahkan apa yang terbuku dihati. Aku selesa meluahkan disini tanpa sebarang kata-kata kerna andai berkata-kata nanti pasti akan diiringi deraian airmata lagi. Cukup sudah, cukup hanya setakat ini airmata kesedihan yang aku tumpahkan. Sebanyak mana pun aku menangis pastinya insan yang aku kasihi tidak akan dapat kembali juga. Bahkan aku mungkin membuatnya terseksa disana. Subahanallah..
Tanggal Oct19,2014, jam 3.25am, aku kehilangan bapa saudara terdekat. Sungguh kehilangan arwah langsung tidak terjangka oleh kami semua. Hurmmm.. arwah yang tinggal nun jauh di Kuala Lumpur, kali terakhir kami semua berkumpul adalah waktu Raya Haji baru-baru ini. Waktu tu, tiada sebarang tanda bahawa arwah akan tinggalkan kami semua buat selamanya. Ajal, maut, jodoh dan pertemuan ditangan Allah. Ya, Allah telah merancangkan sesuatu yang terbaik buat hamba-hambaNya. Walaupun perit namun kami redha. Kami, anak-beranak dan cucu cicit Haji Embung kehilangan arwah dalam masa yang singkat. Menurut kata isteri arwah *mak saudara aku*, pada malam tu, arwah terjaga dari tidur dan mengadu sakit dada, sesak nafas dan tidak beberapa minit kemudian, arwah telah tiada. Arwah menghembuskan nafas terakhirnya disisi isteri dan anak bongsunya. Menurut kata doctor pula, arwah mengalami serangan jantung secara mengejut dan menyebabkan pembuluh darahnya pecah. Akibat dari itu, muka arwah menjadi biru-kebiruan dan meninggal dunia. Kuasa Allah, tiada siapa yang dapat menghalang. Arwah dibawa ke HKL untuk disahkan meninggal dunia oleh doktor pakar dan setelah segala surat dan sijil kematian dikeluarkan,arwah dimandi dan dikapankan disana sebelum dibawa pulang ke Kuala Terengganu atas permintaan ibu arwah *nenek aku*. Di sini disembahyangkan dan disimpan di Tanah Perkuburan Islam di Bukit Kecil, Kuala Terengganu bersama anak-beranak dan cucu cicit yang telah selamat disemandikan di situ. Arwah pergi dengan meninggalkan seorang isteri dan empat orang anak yang dalam lingkungan sebelah tahun dan tujuh bulan. Semoga arwah tenang dan aman disana, Aamin.
Tanggal Oct27,2014, jam 4:38am aku kehilangan seorang kakak sesupu yang rapat dengan aku. Kehilangan yang aku rasakan bagaikan suatu mimpi. Rasanya baru minggu lepas aku bercakap dengan arwah, waktu di kenduri tahlil pakcik saudara. Ya Allah, sesungguhnya hanya Engkau yang ketahui hikmah disebalik dugaan yang Engkau timpakan kepada kami. Arwah meninggal ketika ingin melahirkan anaknya yang kedua. Akibat daripada pendarahan yang teruk maka arwah pergi meninggalkan kami bersama-sama anak yang dikandungnya itu. Kini petang dah pun beransur malam dan arwah sudah pun selamat di simpan di Tanah Perkuburan Islam di Bukit Kecil, Kuala Terengganu. Hurmmm.. sayunya hati ini tak siapa yang tahu. rasanya bagaikan baru semalam kami bergurau senda, bagaikan baru semalam arwah memanggil-manggil nama aku.. Ya Allah, tempatkanlah arwah dikalangan orang-orang yang beriman. Arwah telah meninggalkan seorang suami, seorang anak perempuan yang berusia dua tahun setengah dan kami semua.
Sedih dihati tak siapa yang tahu. Tatkala aku memandang mata Umi *ibu arwah* yang kemerahan, hati aku dirundum pilu, bila terpandang wajah polos Fatimah Al-Zahra *anak arwah* , hati aku menjadi sayu. Ya Allah, Fatimah kehilangan ibunya dalam usia yang terlalu muda. Si kecil yang tak mengerti apa-apa itu hanya mampu tersenyum setiap kali diagah oleh tangan-tangan yang menyentuhnya. Semoga si kecil itu tabah melalui kehidupan yang mendatang, Aamin,
Hurmmm.. okaylah, aku pun dah tak mampu untuk menaip lagi.. rasa sebak didada kian menyucuk tangkai hati. Untuk malam ni, tahlil arwah akan diadakan di rumah kedua ibubapa arwah *mak saudara dan pakcik saudara aku* di Pak Tijah, Gong Badak, Terengganu. Buat rakan-rakan dan sahabat handai yang terbaca entry ini, aku mohon dengan sepenuh keikhlasan yang korang ada, tolong sedekahkan Al-Fatihah dan titipkan doa untuk kedua-dua arwah saudara aku yang telah pergi menghadap Pencipta itu ya. Semoga doa kalian dapat mempermudahkan lagi perjalanan arwah, Aamin.
Nota Hati : Al-Fatihah
banyakkan beristighfar, sedekahkan Al-Fatihah buat arwah. semoga awak tabah yer :) Allah lebih menyayangi arwah..
BalasPadamTerima kasih @bintang...
PadamTakziah...al fatihah buat arwah...
BalasPadamInnalillahi wainnailaihi rojiun. daripada Allah kita datang, dan kepada Allah jugalah kita kembali.
BalasPadamsalam takziah dari saya buat awak. moga mendung bakal berlalu. yakinlah ada pelangi yang bakal muncul. aiwahhh :D
BalasPadam