Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

- mekdi -

Assalamualaikum

Hahaa ini set yang ditapau kan untuk aku. Katanya nanti boleh buat makan malam dekat asrama.

Cakkk! tapaw mekdi! sampai ke KLIA 2 kami pergi semata-mata nak cari mekdi punya pasal. Hahaaa

Alhamdulillah, akhirnya tercapai jugak hajat aku nak makan mekdi. Syukur.

Take Nota : Mekdi! mekdi! mekdiiii! Hahahaaaa, akhirnya dapat jugak kunyah mekdi. Alkesahnya, sebenarnya dari minggu lepas lagi aku teringin nak makan mekdi tapi tak ada kesempatan. Dari hari sehari aku merungut. Nak mekdi! teringin nak makan mekdi! bestnya kalau dapat makan mekdi! mekdi! mekdi! dan mekdi memanjang yang aku sebut! Hahaaa nak dijadikan cerita, kebetulan kawan aku masa zaman study Kuantan dulu memang dah plan nak datang melawat aku dekat asrama so aku pun dengan muka tak bersalah minta dia tapaukan mekdi. Hahaaa mekdi! mekdi! mula-mula tu dia tergelak dengan permintaan aku. Yelah, dulu aku ni bukannya hantu mekdi. Aku tak suka makan mekdi dulu sebab dalam burger mekdi ada mayonis. Aku nie memang anti sikit dengan si mayonis. Aku tak makan mayonislah senang cerita. Tapi disebabkan satu insident, akhirnya sampai ke hari ni, mekdi dah jadi salah satu juadah yang aku suka. Hahaaaa mekdi! mekdi! Alkesah, sebenarnya petang tadi Eqa dan Ain plan nak datang ke asrama aku lebih kurang jam 3pm. Tapi disebabkan masalah yang tak dijangka maka lebih kurang pukul 6lebih baru diaorang sampai. Huhuuu mula-mula tu, aku macam frust lah juga bila Eqa whatssAp aku "Aen, org rasa macam tak jadilah datang jumpa awk". Deep! macam frust giler kowt. Hahaa lagipun aku memang dah lama tak jumpa Eqa so memang nak sangatlah jumpa dia. Dia cakap macam dah tak ada mood nak datang jumpa aku, gara-gara kawan Ain buat hal. So tak pasal-pasal dia dan Ain pulak yang gaduh. Dia pun adalah jugak mengadu dekat aku apa yang terjadi. Aku pun macam terkejut dengan apa yang dia luahkan. Sebenarnya aku tak sangka, kawan Ain tu berperangai macam tu. Oichhh, sakit pulak hati aku! Hahaaa ok stop pasal tu. Bila masalah tu dah settle tadi, Ain pun ajaklah Eqa bersiap-siap dan datang jumpa aku. Tapi Eqa macam dah malas plus merajuk. Hahaaa berpenat lelah Ain memujuk akhirnya berjaya juga. Itu pun si Eqa bersiap sambil meleter sorang-sorang. Kuikuikuiiii. Lebih kurang pukul 6lebih, dioorang sampai dekat depan asrama aku. Bincang punya bincang akhirnya, mereka buat keputusan untuk cari mekdi semata-mata nak lepaskan hajat aku. Heheeee. Thanks Eqa dan Ain. Even tadi kesuntukan masa dan sampai sesat-sesat, akhirnya sampai juga hajat orang nak makan mekdi. Thanks sekali lagi sebab belanja orang. Tadi disebabkan kesuntukan maka, kami siap-siap makan, terus diaorang hantar aku balik asrama. Adatlah, duduk asrama pasti ada peraturan dan peraturan dekat sini, pelajar diminta balik ke asrama sebelum pukul 9pm. Apa pun sempat juga aku dan Eqa bergambar sekeping. Sekeping pun jadilah dari tak ada pape, kan.

- kawan -

Assalamualaikum..







Take note : Kawan, dalam berkawan jangan sesekali abaikan kawan. Seandainya kita bertiga jangan abaikan salah seorang dari mereka. Percayalah pasti ada hati yang akan terluka. Belajarlah berlaku jujur dan adil dalam berkawan.

- matahari -

matahari tidak terlalu indah untuk pagi ini
kesuraman cahayanya seakan memahami rasa hati ini
aku keresahan memikirkan malam nanti
mungkinkah malam akan kelam
mungkinkah malam akan sepi
bumi yang selama ini indah dengan cinta
kini punah meranapkan kebahagiaan diantara kita
bintang seakan menumpang kedukaan bersama
bulan memerhatikan kita dengan wajah kesayuan
meratapi nasib dalam kesenduan yang nyata
kenapa mesti hari ini?
matahari bangunlah
indahkan kembali hari kami
engkau perlu hidupkan semula cinta kamu
lupakan kau kisah yang telah berlaku
kami mengharapkan sinar darimu
matahari bangunlah
indahkan kembali hidup kamu
izinkan kami terus melayari kebahagiaan bersama
matahari bangkitlah
indahkan hari hari kami
kami mengharapkan sinar suci kebahagiaan
darimu buat kami semua
matahari..


- usai minggu paradigma IKTBN -

Assalamualaikum...

Rasanya dah lama jugak aku tak blogging, kan? Okay, untuk malam nie aku punyai kesempatan untuk blogging. Untuk pengetahuaan korang, aku sekarang dah pun selamat memegang tittle pelajar IKTBN Sepang dalam jurusan Chargeman A1. InsyaAllah, andai tiada halangan, aku akan tamat pengajian dalam masa 30bulan dari sekarang. oichhh 30bulan, rasa macam lama giler, kan. Hahaaa 30bulan bersamaan 2tahun setengah.Untuk sekarang nie, aku berblogging sementara menunggu meggi aku kembang dan sedia untuk dimakan. *meggi dan student memang tak dapat dipisahkan, kan?*

Alhamdulillah, minggu paradigma telah pun berakhir. Kata orang minggu suai kenal adalah satu kemestian yang akan ditempuhi oleh para pelajar baru termasuklah aku. Hohohooo seminggu yang agak perit untuk diingatkan balik. Paradigma, aku pun tak tahu apa yang dimaksudkan dengan paradigma. tapi yang aku tahu dalam minggu paradigma, ketahanan fizikal dan ketabahan mentel teramatlah diperlukan. Ya, fizikal dan mentel haruslah kuat.

Kedatangan kami disambut dengan banner yang terpampang di
hadapan pintu masuk dewan tempat pendaftaran.
SELAMAT DATANG PELAJAR BARU
IKTBN SEPANG

Ni sebahagian diantara Wakil Perwakilan Pelajar (MPP) yang terlibat sama
dalam sesi pendaftaran kami, para pelajar baru.
si kecik molek yang bertudung tue adalah pendahari MPP,
yang kat sebelah pulak exco agama kalau tak silap aku,
yang berdiri sebelah kiri dibelakang tue pulak exco kebajakan
yang berasal nun jauh dari Sabahan dan yang berdiri sebelah kanan tu
adalah ketua MPP.

Nampak tak banner tue? Jabatan Mekanikal Senggaraan.
Hehee nie laa jabatan aku. Kami dekat sini mempunyai banyak
jabatan dan dalam setiap jabatan dipecah-pecahkan pula kepada beberapa
couse. Contohnya macam aku, aku dari Jabatan Mekanikal Senggaraan dalam
couse Chargeman A1. Pendaftaran untuk couse aku adalah seramai 19orang termasuk aku.
btw 18orang lelaki dan seorang perumpuan. Aku lettuw.. :')

Inilah hari first kami dalam minggu paradigma. Beratur, berbaris, berkawad, habes semua
kami lakukan even dalam tidak kerelaan. Disini perkara yang paling ditekankan adalah agama dan disiplin,
Dilam minggu paradigma nie, kami dilatih untuk menonjolkan diri dan diberi peluang untuk kenal
dengan lebih rapat lagi diantara satu sama lain. Walaupun kami dari latar belakang dan negeri yang berbeza,
alhamdulillah kampi menjadi kawan disini.

Latihan Dalam Kumpulan (LDK). Kami dibahagikan kepada 5kumpulan. dan setiap kumpulan diminta
memberikan nama kepada kumpulan dan bentangkan. Setiap apa aktiviti dan permainan yang diaturkan oleh
para MPP, semuanya diambil kira matanya. Means dipenghujung minggu paradigma, kumpulan
yang mengumpul mata yang terbanyak dikira pemenang. Hohohooo kumpulan aku, kumpulan TSSKN berjaya menyandang tempat ketika. Untuk pengetahuaan korang, TSSKN bermaksud Terengganu, Sabah, Selangor, Kelantan dan Negeri Sembilan. Itu adalah negeri-negeri kami, para ahli kumpulan.

Ini pulak aktiviti petang. Games pertama yang kami mainkan adalah memancing botol. Hahaaa, lawak! untuk
games tersebut, kumpulan aku hanya mampu mendapat tempat kedua. Dan untuk games memenuhkan baldi
pula kumpulan aku tidak mampu mempertahankan angka dua tersebut. Apapun kami enjoy! Ouh ye lupa nak cakap, untuk kumpulan yang kalah, ada denda yang menanti. Kumpulan yang kalah diminta menyanyi lagu Ali Baba dengan gayanya sekali ataupun Joget Inul sekali dengan gimik muka. Hahahaa enjoy!

Nampak peta nie? Okay, untuk hari ke empat kami telah membuat explorece sejauh 10KM.
Oichhh 10KM beb berjalan tengah panas, redah semak samun semata-mata untuk dapatkan cheak point dan
ke peringkat seterusnya. Untuk pengetahuaan korang, di cheak point pertama, kami diminta membersihkan kawasan surau yang terlibah dalam explorace ini dan mencipta sebuah lagu patriotik. Selain itu kami juga diberi kata laluan yang perlu diingati tanpa ditulis di mana-mana kertas atau buku.

''Maafkanku ustaz, saja nak bergurau, lama dah tak bergurau, rindu kisah lalu, teringat kenangan waktu dekat Ulu Yam dulu. Kami mintak maaf. Jangan marah ye, nanti kami belanja minum. Dari kami, taiko Kg Dusun"

Ini tugasan di cheak point kedua. First sekali kami diminta menyayikan lagu Belia, then lagu Anak Itik Tok Wi.
Setelah itu kali disuruh memilih salah seorang akhi kumpulan untuk dijadikan pengantin. Si pengantin akan menampal
lumpur yang telah dicampur dengan gandum di muka setiap ahli yang lain. Setelah itu, si pengantin akan diangkat dan
diarak sehingga ke cheak point ketiga. Kaki pengantin tidak dibenarkan menyentuh tanah. Dipertengahan jalan, syarat yang dikenakan ialah menghumban pengantin ke dalam lumpur untuk membolehkan di menjejak tanah kembali dan berjalan seperti biasa ataupun ahli kumpulan teruskan perjalanan sambil mengusung si pengantin. Hahaa semestinya si pengantin dihumban, kan? mana larat kowt nak mengusung si pengantin yang gedabak berat tue ke cheak point ke tiga. Sudahlah laluan ke cheak point ketiga berliku liku,

Ini situasi di cheak point ke empat. Hahaa tugasan pertama, kami diminta mencari sepuluh barang yang dibuang
oleh manusia di dalam ladang kelapa sawit tersebut. Susah weh! maka kami tidak berjaya dan dendanya ialah, kami
terpaksa memakan bawang putih. Oichhh bawang putih. Tugasan terakhir ialah kami diminta mendirikan sebuah tugu. Maka gambar diatas adalah hasilnya. Hahaa btw, inilah kumpulan aku. Kumpulan TSSKN.

Ini pulak sebahagiaan diantara staff dan MPP yang terlibat dalam minggu paradigma dan explorace.
Dyorang sporting giler kowt, tapi ada jugak part-part yang tak berapa nak sporting tue. Hahaaa!

Ini pulak hari pertama kami memulakan sesi. Hohohoooo pehimpunan sekali bersama senior dan semua staff staff IKTBN.
Nampak tak barisan yang hujung sekali, dekat dengan dinding? Itulah jabatan aku. Dan yang berbaju tshirt biru tanpa jaket tu adalah clas aku. Hohohoooo..


Take Note: Alhamdulillah minggu paradigma telah pun selesai. Segala pahit manis yang tercipta ketika minggu paradigma akan tetap aku kenang. Perkaya yang paling aku tak mampu nak lupakan adalah ketika kami diminta memakan seulah setiap seorang bawang putih, sebijik seorang telur ayam yang mentah, sekeling roti yang berintikan kacang yang diperam dan dikapit. Selama nie tak pernah aku makan bawang putih, akhirnya gara-gara minggu paradigma, aku terpaksa memakannya juga. Hahaa makan bawang seperti makan ubat. Selama ini tak pernah aku makan telur tanpa dimasak, akhirnya aku makan juga gara-gara minggu paradigma. Oichhh banya perkara yang tak pernah aku lakukan sebelum nie, akhirnya aku lakukan juga ketika dalam minggu paradigma. Inilah pengalaman yang menarik untuk aku. Untuk hari ni adalah hari pertama aku masuk class. Even hari nie sepanjang hari kelas aku tade lecture yang masuk * mybe semua lecture Mc kowt harini* tapi kelas tetap meriah. Meriah dengan suara gurau senda dan sakat menyakat akhli kelas aku. Apa pun aku doakan semuanya dipermudahkan dan berjalan lancar. Semoga aku mampu tamatkan pengajian dalam masa yang telah ditetapkan, Aamin.

- IKTBN Sepang -



Assalamualaikum uall.
Hai hai bya bye. Ok diam!
Esok aku akan mendaftarkan diri di IKTBN Sepang
dalam jurusan Teknologi Elektrik A1.
Pada uall, doakan segalanya berjalan lancar dan dipermudahkan ya.
Jangan lupa tolong doakan juga aku mampu
hadapi segala bagai masalah yang akan dan bakal
wujud sepanjang aku disana nanti. Huhuuu
aku harap aku mampu habiskan dia tahun aku dalam masa yang singkat
tanpa apa-apa masalah.
Dua tahun, bagi aku suatu masa yang lama
tapi harap-harap aku mampu pendekkan menjadi setahun setengah.
Hehee insyaAllah. Apapun aku harap waktu pendaftaran subjen nanti
aku dapat menolok beberapa subjek yang hampir sama
dan pernah aku pelajari ketika di ABMT dulu.
Apapun dua tahun, perjalanan aku masih lagi terlalu panjang.
Semoga semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan, Aamin.
Okbye, Wassalam. :)

- Perasaan melihat mangsa banjir -

Assalamualaikum..

Hai readers. Sihat? Ok, good! Pada yang tak berapa nak sihat tue jangan lupa makan ubat tau. Makan banyak-banyak sikit bagi cepat sembuh tau. Huhuuu tapi jangan sampai overdos sudah. Kebelakangan ini kita disajikan dengan berita-berita yang sangat menyedihkan, kan? Ok, jom selami sedikit sebanyak luahan hati apa yang tak mampu aku luahkan dengan kata-kata.














Take Note: Allah menguji hambaNya dengan kemampuan kudrat setiap hambaNya. Banjir, bencana alam yang pernah terjadi sekitar tajun 70an akhirnya sekali lagi terjadi di Pulau Tawar, Jerantut, Pahang. Menurut cerita yang aku dengar, sekitar tahun 70an dulu, kampung tersebut pernah mengalami banjir yang hampir sama seperti sekarang ini. Banjir yang memusnahkan hampir kesemua penempatan penduduk yang tinggal di Pulau Tawar. Petang tadi, aku berpeluang melihat sendiri sekitar tempat kejadian. Kebetula ketika aku sampai, pihak ANGKASA sedang membahagi-bahagikan barangan keperluan dan kelengkapan dapur kepada penduduk yang terlibat dengan banjir. Korang mesti pelikkan macam macam aku boleh sampai ke Pulau Tawar tu. Sebenarnya petang tadi aku telah mengikut kak Oyienz dan keluarganya melawat saudara mara mereka yang tinggal di Pulau Tawar dan telah terlibat dalam kejadian banjir berkenaan. Tatkala kereka kami memasuki kampung Pulau Tawar, abah dan mak *ibubapa Kak Oyienz* mula memperkenal dan menyingkap satu persatu kisah yang mereka ketaui berkenaan kampung tersebut. Menurut kata abah, abah dilahir dan dibesarkan di kangpung Pulau Tawar tersebut. Katanya lagi, sekitar tahun 70an, kampung berkenaan pernah mengalami banjir seperti yang dialami sekarang ini. Katanya lagi, ketika saat itu, para penduduk kehilangan rumah, tempat tinggal dan segala harta benda sama seperti sekarang. Menurut abah, tak sangka pulak kejadian 70an lalu kini kembali berulang. Aku mendengar kisah yang abah ceritakan sambil menghayati permandangan yang diranapkan oleh banjir. Sedikit demi sedikit, hati aku mulai sebak. Sebak melihat keadaan sekeliling yang tak pernah aku lihat didepan mata sebelum ini. Tatkala itu hati aku berdetik, bagaimanalah mereka nak menghadapi semua ini? habis hampir kesemua harta benda mereka. Ada rumah yang hampir roboh, ada rumah yang tercaput pintu, ada rumah yang dipenuhi lumpur. Aku memandang kiri dan kanan bagaikan janggal. Lumpur-lumpur penuh di kaki jalan dan sekitar rumah, pakaian dan sampah sarap yang dihanyutkan air bersepah-sepah di merata tempat. Aku melihat wajah anak-anak mangsa banjir. Oich mereka terlalu kecik untuk mengenal erti kesusuhan dan kesedihan. Hurmm.. hati aku sayu. Aku hanya mampu berdiamkan diri sambil mendengar cerita-cerita dari mak, abah dan Kak Oyienz. Ya Allah, sesungguhnya apa yang Engkau limpahkan kepada kami ada rahmat dan hikmahnya. Semoga kami semua tabah dan sabar melalui ujian dariMu ini. Wassalam.

- ChinaTown, Kuala Terengganu -

Assalamualaikum..

Hai reader, sihat? Okay, good! Jom terjah entry yang aku nak share dengan korang nie. Nak dijadikan cerita, baru-baru nie aku sempatlah hang out dengan kawan baik aku ni sempena tahun baru. Hohohooo, biasalah keluar berdua pun jadilah ye. Kami keluar berjimba-jimba katanya. Jemput jamu pose pose yang sempat kami posing ye (:

























Take Note: Sebenarnya nie hari last kami kemuar bersama sebelum berpisah. Hurmm berpisah? Yalah berpisah! lepas ni agak-agak bilalah kami dapat keluar sama-sama lagi ye. Keluar makan-makan, keluar jalan-jalan, keluar tangap-tangkap gambar, keluar cuci mata, keluar lepaskan tekanan dan keluarkan segala macam keluar yang ada. Sayu hati aku sebenarnya, tapi apakan daya demi cita-cita dan impian, aku terpaksa juga pergi jauh. Jauh ke? Hahaaa resanya tade lah jauh sangat kowt setakat Sepang tu. Tapi bagi aku jauhlah jugak. Mahunya keras bontot terkaku berjam-jam kat dalam bas. Kan? Yalah, apapun aku harap persahabatan kami akan kekal. Semoga ukhwan yang terjalin terpatri kukuh.