Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Perkara Mesti ‘Check’ Sebelum Beli Ubat & Produk Kesihatan

" Ramai pulak kawan-kawan yang rekomen aku dengan produk ni. Kalau tengok secara fizikal, memang ada nampak perubahan pada diorang sendiri. Takkan diorang nak tipu kawan pulak kan.”

Sejak pasaran online makin mudah ditembusi, makin ramai juga peniaga dan usahawan yang telah membawa masuk pelbagai produk untuk dijual. Sungguhpun ia menampakkan persaingan sihat dan positif, keadaan ini juga memerlukan kita sebagai pengguna untuk lebih berhati-hati sebelum membeli dan menggunakan apa-apa produk, terutamanya yang dimakan.

Berikut adalah 5 perkara penting yang perlu disemak sebelum membeli sebarang produk kesihatan.

5 PERKARA MESTI SEMAK SEBELUM BELI UBAT & PRODUK KESIHATAN

1. Kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia

Menurut portal rasmi Bahagian Perkhidmatan Farmasi KKM, semua produk farmaseutikal di Malaysia, termasuklah suplemen kesihatan dan persediaan tradisional perlu didaftarkan dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) sebelum dipasarkan.

Terdapat 2 ciri utama yang membuktikan sesebuah produk telah diluluskan oleh KKM iaitu


Nombor pendaftaran – dimulai dengan ‘MAL’, diikuti dengan 8 nombor dan diakhiri dengan huruf
Pelekat hologram Meditag yang tulen
Jadi, pastikan 2 perkara ini disemak pada label produk dengan jelas.




2. Kesahihan Pendaftaran Produk

Bila dah nampak ada nombor yang tertera dan pelekat hologram pada produk, jangan pula terus percaya.

Seeloknya, fahami kategori pendaftaran produk tersebut:

A – Ubat mengandungi racun terkawal

X – Ubat yang tidak mengandungi racun terkawal / OTC

T – Ubat tradisional

N – Suplemen kesihatan

Seterusnya, semak pula kesahihan nombor tersebut di laman web rasmi KKM (Bahagian Perkhidmatan Farmasi) di www.pharmacy.gov.my atau Biro Farmaseutikal Kebangsaan di www.bpfk.gov.my.



3. Sijil Pengiktirafaran Halal Oleh JAKIM

Bagi pengguna Muslim, anda boleh menyemak status halal sesebuah produk dengan melayari terus laman web Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di www.halal.goy.my.

Untuk memudahkan pengguna, JAKIM juga telah melancarkan aplikasi ‘Verify Halal’ yang boleh dimuat turun secara percuma menggunakan Android dan iOS dengan mengimbas kod bar, menaip maklumat produk atau melakukan pencarian mengikut produk, jenama, syarikat, dan negara.

Jika sesuatu produk mengatakan bahawa mereka sedang dalam proses mendapatkan sijil ini, anda tidak perlulah terburu-buru mendapatkannya kerana status sebenarnya masih samar dan tidak diketahui.



4. Kelulusan Lembaga Iklan Ubat (LIU)

Menurut AKTA UBAT (IKLAN & PENJUALAN) 1956, adalah menjadi kesalahan jika produk dan perkhidmatan perubatan diiklankan tanpa kelulusan Lembaga Iklan Ubat (LIU).

LIU bertindak menyaring dan memastikan produk-produk perubatan tidak disalaherti dan disalahguna oleh penjual mahupun pengguna. Untuk menyemak kelulusan ini, cari kod seperti ini pada label

Contoh – KKLIU 1234/2005/ABC


5. Iklan 20 Jenis Penyakit Yang Dilarang

Tahukah anda, sebenarnya produk-produk dilarang mengiklankan sebarang dakwaan bahawa ia dapat menyembuhkan penyakit tertentu, terutamanya penyakit kronik yang perlu mendapat pemantauan doktor secara khusus.

20 jenis penyakit yang tidak boleh diiklankan di bawah AKTA UBAT (IKLAN & PENJUALAN) 1956 adalah:

Penyakit buah pinggang
Penyakit jantung
Kencing manis
Sawan
Lumpuh
Batuk kering
Asma / lelah
Kusta
Barah
Pekak
Ketagihan dadah
Hernia
Penyakit mata
Tekanan darah tinggi
Sakit mental
Kemandulan
Frigidity
Lemah fungsi seks
Penyakit venerus
Kelemahan urat saraf atau aduan kelemahan lain yang timbul berkaitan hubungan seksual

MEMANG ADA PRODUK YANG BAGUS, TAPI…

…pertimbangkan sebaiknya sebelum membuat keputusan mengamalkan mana-mana produk kesihatan. Tak salah kita berikhtiar dengan produk-produk kesihatan yang berada di pasaran, namun sebagai pengguna pastikan kita melengkapkan pengetahuan kita dengan maklumat yang penting ini.

Seperkara lagi, jangan lupa maklumkan doktor jika anda sedang mengambil ubat-ubatan yang dipreskripsikan bagi penyakit tertentu. Kadangkala kita tak tahu jika kandungannya memberi reaksi terhadap ubat yang sedang diambil. Takut-takut nanti, lain pula jadinya.

Sumber : Info

Tanda Kolestrol Dalam Badan Terlalu Tinggi


“KUAT BERDEBAR” TANDA KOLESTROL TINGGI

Selalu berdebar menunjukkan Tuan Puan mempunyai kolestrol tinggi!
.
.
.
TAHU TAK KENAPA
.
Kerɑnɑ kolestrol telah menyempitkan salur darah! Ia menyebabkan jɑntung perlu bekerjɑ mengepɑm dɑrɑh lebih kuat ɑgɑr darah mengɑlir secɑrɑ normɑl.
.
Kesɑn sɑmpingɑn yɑng dirɑsɑkɑn oleh pesɑkit ɑdɑlɑh rɑsɑ sɑkit di jɑntung dan berdebar seperti orang panik! Klik gambar untuk tahu lebih…
.
.
3 KESAN PALING bɑnyɑk merɑgut nyɑwɑ rɑkyɑt di Mɑlɑysiɑ kerana “KOLESTROL TlNGGI”:
.
 Serɑngɑn Jɑntung
 Kerosɑkɑn Saraf Otɑk
 Kerosakan Salur Darah Kecil Pada Mata (Buta)
.
.
PENJELASAN
.
Kolesterol tinggi menyebɑbkɑn “Atherosclerosis” iɑitu pengumpulɑn @ timbunɑn kolesterol dɑn bɑhɑn buɑngɑn lɑin pɑdɑ dinding sɑlurɑn dɑrɑh.
.
Ini ɑkɑn menyebɑbkɑn terjɑdinyɑ plɑk di dinding sɑlurɑn dɑrɑh hinggɑ menyempitkɑn lɑluɑn dɑrɑh dɑn menyebɑbkɑn pelbɑgɑi komplikɑsi kronik & boleh membɑwɑ mɑut!
.
Kolestrol perlu dikɑwɑl dɑri usiɑ mudɑ sebelum diɑ menjɑdi “RAJA” didɑlɑm bɑdɑn kitɑ.


kredit to fb Malaysia Sihat Bersama


6 Cara Mencegah Bayi Kuning. Bila Baru Lahir, Tiada Jaundice.

Seringkali kita terdengar bayi yang baru lahir menghidap jaundice atau demam kuning. Kadangkala kasihan melihat bayi yang baru lahir terpaksa berulang-alik ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Ditambah pula dengan keadaan ibu yang masih belum sihat sepenuhnya. Lebih teruk apabila ibu dan bayi terpaksa di tahan di hospital kerana harus menjalani rawatan fototerapi. Jaundice terjadi pada bayi yang sihat apabila darahnya mengandungi bilirubin yang berlebihan.

Bilirubin ialah satu bahan kimia yang dihasilkan semasa penguraian normal sel darah merah. Bayi yang baru lahir cenderung mempunyai tahap bilirubin yang lebih tinggi kerana mereka mempunyai sel darah merah tambahan yang mengangkut oksigen dan didapati kadangkala ginjal mereka yang masih baru tidak boleh memetabolismekan bilirubin yang berlebihan itu.

Jaundice tidak merbahaya kepada bayi tetapi akan menjadi bahaya jika tidak dikawal lebih awal. Mungkin petua dan amalan yang akan dikongsikan ini dapat membantu para ibu untuk mngelak dan mengubati jaundice.

Antara amalan ibu mengandung yang boleh mengelakkan jaundice :



1. Makan 3 sudu madu tanpa air atau meminum air madu 5 sudu setiap hari.pastikan ia madu lebah asli.




2. Mengamalkan minum susu kambing 2 cawan sehari. Seelok-eloknya semasa sarapan dan sebelum tidur.



3. Mengamalkan minum pati delima paling kurang 500ml sehari.Pati delima juga terdapat dalam bentuk yang sudah diproses




4. Mengamalkan makan buah kurma sebagai sarapan.3 biji buah kurma dapat mengeyangkan perut sehingga waktu tengahari


5. Amalkan minum air kelapa muda setiap hari ketika hampir bersalin. Di samping baik untuk bayi, air kelapa juga dapat mengelakkan jaundice.air kelapa lebih mujarab jika tidak letak gula.


6. Suami digalakkan mengusap perut isteri sambil berselawat sebanyak mungkin.Mengusap perut isteri oleh suami amat digalakkan


Sumber : petua hamil

Bahaya Tidur Lewat Kepada Kesihatan

Empat Penyakit Yang Boleh Membunuh Akibat Daripada Suka Tidur Lewat


Diantara kebiasaan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam adalah, dia tidak suka tidur lewat. Jika tidak ada urusan penting baik tentang dakwah ataupun jihad maka ia menyegerakan tidur setelah sholat Isya ‘kemudian bangun di tengah malam atau sepertiga malam untuk shalat tahajjud atau qiyamullail.

Selain memudahkan tahajjud, terbukti kebiasaan tidak tidur lewat malam juga memiliki banyak manfaat perubatan yang baru diketahui di zaman modern ini. Sebaliknya, orang yang tidur lewat malam terancam bahaya kesihatan seperti berikut:

1. Sistem Imun Melemah (anti body melemah)
Tidur lewat malam terbukti mempengaruhi rosaknya sel-sel darah putih. Akibatnya kekebalan tubuh menjadi lemah dan mudah diserang pelbagai penyakit.

2. Kencing Manis atau Diabetes
Tidur lewat malam juga merosak hormon di tubuh. Akibatnya tubuh tidak toleransi terhadap glukosa kerana jumlah insulin menurun. Orang yang tidur lewat malam menjadi lebih mudah mendapat penyakit Diabetes.

3. Sakit Kepala Hingga Kerosakan Otak
Tidur lewat malam membuat tubuh tidak sempat berehat dengan baik. Meskipun waktu tidurnya sama, katakanlah lima jam, orang yang tidur sebelum tengah malam dan bangun sepertiga malam terakhir akan merasakan keadaan tubuh fizikal yang lebih baik. Sebaliknya, tidur lewat malam membuatkan istirehat tidak efektif. Ketika bangun kepala terasa berat, itulah tanda gegar otak kecil sedang menyerang. Jika dibiasakan, terus menerus dalam waktu berpanjangan, kerosakan otak boleh mengancam.

4. Kanser Hati
Diantara penyakit berbahaya akibat tidur lewat malam adalah kanser hati. Melalui penelitian para doktor di National Taiwan Hospital menemukan bahawa tidur lewat malam dan bangun terlalu siang merupakan penyebab utama kerosakan hati.

Subhanallah… demikianlah hikmah perubatan dari salah satu kebiasaan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam.

Aisyah radhiyallahu ‘anha menjelaskan kebiasaan beliau ini:

مَا نَامَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَبْلَ الْعِشَاءِ وَلَا سَهِرَ بَعْدَهَا

Rasulullah shallaallahu ‘alaihi wa sallam tidak pernah tidur sebelum waktu isya’ dan tidak pernah begadang setelahnya. (HR. Ahmad; shahih)

Ibnu Qayyim Al Jauziyah menjelaskan dalam Zadul Ma’ad: “Termasuk kebiasaan beliau adalah tidur di awal malam dan bangun di bahagian akhirnya. Terkadang ia begadang di awal malam untuk mengurusi berbagai kepentingan orang-orang miskin. ”

Semoga kita dimudahkan untuk meneladani beliau, dan mendapatkan banyak manfaat dan hikmah berkat meneladani beliau. [Ibnu K / bersamadakwah]

Sumber: khalifahmedia.com

Testimoni Medina Desire

WOW !!! MEREKA DAH CUBA DAN MEREKA BERJAYA. ANDA BILA LAGI??? JANGAN MENYESAL TAK NAK CUBA !
.
Jom amalkan SET KURUS LETOPS by MEDINA DESIRE jom..
.
Ada Kaki Cantiq Tea, Slimming Detox Tea & Lotion Maryam. TERBUKTI BERKESAN!!!! kesan dapat dilihat dari 14 hari.
.
Boleh tengok feedback cust yang dh mencuba
.
➡SLIMMING DETOX TEA: Kempiskan perut, rawat keputihan, & buang toksin berlebihan dalam badan
➡KAKI CANTIQ TEA: Kecilkan peha,lengan, & buang air berlebihan dlm badan
➡LOTION MARYAM: Membakar lemak dari luar, sejuk berangin, tak melekit,berbau wangi & muka v-shape
.
.
🐇www.wasap.my/0136462960
🐰www.facebook.com/detoxteamedinadesire1/
🐣www.instagram.com/medinadesire.ain/







Cara Kempiskan Perut Secara Semulajadi.

Ramai di antara kita mempunyai masalah berat badan yang berlebihan dan menurut kajian, Malaysia adalah di antara negara yang mempunyai rakyat yang paling obes.

Tidak dinafikan terdapat banyak cara dan tips untuk menguruskan badan dan telah berjaya melakukannya, tetapi di bahagian perut masih boroi dan menggeleber. Perut menggeleber, tentu sekali tidak seksi bukan?

Mari kita lihat pelbagai cara untuk kempiskan perut secara semulajadi. Tentu sekali sangat mudah. Cepat atau lambat, bergantung kepada tahap istiqamah kita sendiri.

1. MINUM AIR LIMAU

Kaedah yang memang terbukti untuk kempiskan perut secara semulajadi adalah dengan meminum air limau setiap kali anda bangun pagi dan juga selepas makan. Istilah ‘potong lemak’ selepas makan memang selalu dikaitkan dengan air limau.

Ia bertujuan untuk menyahtoksik hati anda kerana hati yang tidak cekap, akan menyebabkan lebihan lemak akan terbentuk di bahagian pinggang anda. Air limau tersebut boleh membantu untuk meningkatkan enzim yang menyahtoksik hati anda supaya ia boleh berfungsi dengan elok. Untuk yang tidak tahu, berpuasa ialah satu kaedah nyahtoksik dan terbukti sebagai salah satu cara kempiskan perut yang sangat berkesan. Utusan Malaysia ada laporannya.


2. MINUM TEH HALIA

Kebiasaannya halia diambil untuk membuang angin dari badan tetapi sebenarnya ia juga berkesan untuk membantu percernaan semulajadi badan dan merupakan ejen termogenik.

Dengan meminum teh halia, ia dapat meningkatkan suhu badan dan seterusnya bertindak untuk membakar lemak dengan lebih efisien, terutamanya di bahagian perut. Halia juga dikatakan menyekat pengeluaran hormon kortisol yang diperlukan untuk menyelaraskan tenaga di dalam badan. Cara kempiskan perut dengan minum teh halia boleh dibuat di rumah. Modal juga rendah.

3. MAKAN IKAN SALMON

Seterusnya anda boleh mengamalkan diet yang mengandungi ikan salmon sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Ikan salmon yang kaya dengan Omega-3 dapat membantu memecahkan lemak dan terbukti dalam mengurangkan penyimpanan lemak di perut anda.

Jika anda tidak makan ikan, anda boleh menggantikannya dengan minyak ikan sebagai ganti Omega-3 tersebut.

Perlu diingat, ikan salmon sangat mahal. Kalau rasa tidak mampu, beli sahaja ikan yang lain! Dengan kata lain, cara kempiskan perut dengan makan salmon adalah untuk orang yang berkemampuan sahaja.

4. KURANGKAN PENGAMBILAN GULA

Selalu kita dengar, “Mamak, teh tarik kurang manis satu!”. Nampak, semua orang tahu keburukan gula. Bukan sahaja tidak elok, ia jugak boleh sebabkan diabetes.

Secara tradisinya, kita sering menambah gula di dalam minuman kita. Jika tidak, kita beli dan minum air berkarbonat yang penuh dengan gula. Salah satu cara kempiskan perut dengan kaedah semulajadi adalah dengan mengurangkan atau tidak mengambil langsung gula.

Tujuannya adalah untuk mengekalkan tahap insulin pada tahap yang rendah pada setiap masa untuk meningkatkan penghasilan glucagon, iaitu sejenis hormon yang dapat mengempiskan perut.

Sumber : Group Facebook.com


Perkhidmatan Pos Laju Kuala Terengganu Mengecewakan


KECEWA ! Itulah satu perkataan yang dapat aku ungkapkan ketika ini. Aku kecewa dengan perkhidmatan pos laju Kuala Terengganu. Sebelum ini pun aku pernah mengalami masalah yang sama dengan pos laju Kuala Terengganu ni. Tapi hati masih boleh sabar. Lagipun barang tu aku bukan nak guna dengan segera.

Tapi yang ini !! Aku memang bengang ! Barang kali ni aku nak guna dengan kadar segera kot! Kata pos laju tapi kenapa services yang diberikan amat lambat! Lembap! Bentap! Yesss.. aku marah. Aku sakit hati. Apa kes dah seminggu lebih tapi barang masih tak dapat? Aku bayar kot! Bukan free okay.

Tadi aku ada buat selidik sikit berkenaan pos laju Kuala Terengganu ni. Okay, apa yang aku temui semuanya tentang kelewatan barang. Hahaaa ingatkan aku sorang je yang mengalami masalah ni rupanya ramai lagi. Fuyooooo.. pos laju amende gini?




Kecewa sungguh kecewa! Ada yang call pejabat pos laju tu banyak kali tapi langsung tidak diangkat. Ada juga yang call, pastu diangkat kemudian diletakkan kembali. Wehhhhh aku pun kena benda yang sama. Mula-mula aku call no 09-6317845. Acap kali aku call. Banyak kali, berulang kali tapi langsung takde yang angkat. Operater cakap, talian sedang sibuk. Sila cuba sebentar lagi. Eh, sebentar abah awak! Dah sejam.. dua jam.. tiga jam.. berjam jam kemudian aku call masih lagi sama. Orang disana jawab call ke bergayut 24jam? Okay, sis tanya je. Disebabkan nombor telefon tu macam tidak dapat membantu, aku pun gigihlah mencari nombor lain untuk dihubungi dan akhirnya jumpa.

09-6315214. Nombor ni aku call dua tiga kali. Ada deringan tapi takde makhluk yang angkat. Okay, sis fikir yang murni. Mungkin diaorang sibuk. Takpe kejap lagi sis cuba call lagi. Maka dua tiga jam kemudian aku pun call. Masih sama takde yang angkat. Ku cuba dan terus mencuba.. akhirnya ada yang angkat. Aku dengan gigih say HELLO.. Assala.. Tetiba, eh dah letak?? Perhhhh binawe punya makhlukkk.. aku tak sempat nak habiskan salam dia dah letak. Aku call lagi sekali. Ada deringan tapi tidak diangkat. Okay, tunggu kejap lagi aku call. Tikk.. tik... tik.. tik... aku pun kembali call. Aku call, ada deringan, deringan kedua makhluk disebelah sana angkat pastu terus letak. Aku tak sempat nak cakap apa-apa. Wehhh panas hati aku! Bazir kredit aku! Binawe punya makhluk!! Alien sungguh!


Jujur cakap, aku kecewa sangat dengan perkhidmatan Pos Laju Kuala Terengganu. Sebelum ni dua tiga kali aku kena macam ni. Kelewatan dapat barang. Aku masih boleh bersabar. Sebab barang tu tak urgent untuk aku guna. Tapi situasi tetap sama. Aku call dua tiga kali tak berangkat. Ada yang aku call, diangkat pastu letak. Ada juga spesis yang bilamana aku check tracking number, katanya alamat tidak lengkap. Kepala bana sial penipu! Ada juga spesis yang aku terpaksa pergi kutip barang tu dekat pejabat pos laju sendiri. Katanya, sebab dia datang rumah tapi takde orang. Dia bagi salam berpuluhan kali tapi takde yang jawab. Ya Allah, menipu sungguh makhluk tu! Padahal langsung tak datang rumah. Langsung tidak! Hati aku panas je time dengar alasan tu tapi aku sabar sebab waktu tu aku di pejabat pos. Tapi.. ada jugak laaa terkeluar bunga bunga perli aku. Padam muka! Menipu lagi!

Aku memang pengguna tegar perkhidmatan pos laju. Aku biasa menggunakan perkidmatan pos laju Seremban, Kuantan, Senawang, Putrajaya. Semua tu elok je servicesnya. Barang sampai pada waktu dan hari yang betul. Sekiranya ada masalah, aku akan call terus. Elok je diaorang angkat call dan jawab segala pertanyaan. Bahkan diaorang pulak yang bertanya, ada apa-apa soalan lagi yang nak ditanya. Ramah mesra staff diaorang. Sangat berbeza dengan layanan perkhidmatan pos laju Kuala Terengganu.

Hurmmm.. rasanya dah berjela aku melepaskan apa yang terbuku dihati. Semoga lepas ni perkhidmatan pos laju Kuala Terengganu lebih pantas dan effisen. Tolonglah permudahkan urusan kami. Tolonglah buat penghantaran dalam waktu yang ditetapkan. Kami bayar setiap perkhidmatan bukan ya free. Akhir kata, mohon maaf diatas kekasaran bahasa yang tidak sepatutnya. Hahaaa matmrah sangat ni! Marah.

Take note : Sehingga saat ini aku masih belum dapat barang tersebut. Aku check tracking number, barang tersebut stuck disitu. Aku call tak berangkat. Aku email tak direply. Dugaan apakah ini?

Imsonia Penyebab Mengantuk Di Siang hari

NAK TIDUR TAPI TAK BOLEH TIDUR! 

Saya yakin ramai yang biasa dengar perkataan INSOMNIA. Insomnia adalah satu penyakit yang menggangu pola tidur kita.

Orang yang menderita insomnia ni bukanlah tak boleh tidur langsung dan tak semestinya pesakit psikosis atau kemurungan je yang alami.

Pesakit imsonia ni ialah orang yang SUSAH nak tidur, kalau dah dapat tidur tu sekajap je. Pastu kalau sekali terjaga dah TAK DAPAT tidur balik. Pernah kena?

Kenapa boleh jadi macam tu?
Banyak faktor yang mengakibatkan insomnia antaranya:

⏺kesihatan tubuh yang terganggu
⏺masalah persekitaran
⏺fikiran tak tenteram, stress, murung
⏺umur semakin meningkat
⏺pengubatan atau pengambilan dadah

Apa apa hal pun, kalau sampai berminggu minggu, berbulan bulan bahkan bertahun korang tak boleh tidur! Silalah berunding dengan doktor. Mungkin ada faktor lain yang tersembunyi dan tak disedari yang menjadi punca imsonia korang.

Sumber : MyKesihatan

Bagaimana Hendak Berhenti merokok

BAGAIMANA HENDAK BERHENTI MEROKOK?

Pelajari kaedah-kaedah yang betul. Banyak kaedah untuk berhenti merokok. Faktor yang paling penting adalah KEINGINAN anda untuk menjadikannya satu kenyataan.

1. Tetapkan tarikh untuk berhenti
2. Yakin diri
3. Buatkan nota peringatan Katakan pada diri anda “saya bukan perokok”
4. Sentiasa berfikiran positif
5. Dapatkan sokongan
6. Gunakan terapi penganti nikotin


Amalkan 12M untuk berhenti merokok
Tip Berhenti Merokok 12 M :

1. Melengah-lengahkan: Tunggu 5 minit atau katakan nanti sebentar
2. Menarik nafas panjang: Tarikh nafas 3 kali secara perlahan-lahan
3. Minum air: Terutama air masak. Elakkan minuman berkafein
4. Menyibukkan diri: Buat sesuatu bagi mengalih fikiran dan untuk melupakan rokok
5. Menjauhkan diri: Daripada orang yang merokok
6. Mengelakkan diri: Daripada suasana atau situasi yang mendorong kepada merokok
7. Mengunyah sesuatu: Seperti gam dan buah-buahan. Elakkan yang manis
8. Membasuh tangan selalu.
9. Mandi dengan kerap
10. Meregangkan otot: Lakukan senaman regangan apabila rasa mengantuk
11. Meditasi
12. Memohon doa: Berdoa agar dikuatkan azam dan tingkatkan usaha

Sumber : MyHealth KKM

6 Jenis Bau Vagina Dan Maksudnya

Kadang-kadang setiap penyakit alat sulit ini mungkin anda dapat mengetahui lebih awal melalui bau yang dikeluarkan. Oleh yang demikian, memiliki bau yang tidak menyenangkan pada alat sulit anda (vagina) sangatlah wajar.
Pengamal perubatan, doktor Jennifer Wider seperti yang dipetik dari Cosmopolitan.com, mengatakan bahawa bau yang kurang menyenangkan itu datang dari sesuatu aktiviti dan diet seseorang.

Justeru itu, anda tidak sepatutnya memandang ringan atau mengambil sikap acuh tidak acuh berkaitan masalah bau ini. Anda seharusnya dapat mengesan dan membezakan bau yang normal atau sebaliknya
Tapi apapun, mungkin bauan seperti di bawah ini boleh digunakan sebagai tanda aras bagi menjaga anggota tersebut di balik pakaian anda.

1. Bau Musky

Alat sulit yang baik dan sihat biasanya memang mengeluarkan semacam bau, tetapi bau tersebut bergantung kepada aktiviti-aktiviti pada setiap harinya. Misal kata, kelenjar keringat seseorang akan mengeluarkan bau musky yang 100 peratus adalah normal setelah mereka melalui aktiviti berjogging ataupun berjalan kaki.

2. Bau Klorin

Biasanya bau klorin atau bau yang hampir dengan bahan kimia ini akan terasa selama mana anda berhubungan intim atau disebabkan penggunaan kondom. Akan tetapi, ia bukanlah suatu bau yang perlu dibimbangi.

3. Bau Kulat

Pertumbuhan kulat atau fungus yang banyak pada alat sulit boleh menyebabkan keluarnya bau yang kurang menyenangkan. Tanda-tandanya akan terlihat jelas seperti kulat atau fungus yang melekat pada roti yang telah tamat tempohnya. Jika anda memiliki tanda-tanda tersebut adalah dinasihat agar bersegera berjumpa dengan doktor untuk mengesahkan nasihat mereka

4. Bau Darah

Janganlah anda bimbang seandainya anda mencium sedikit bau seperti bau darah selama lebih kurang sebulan. Bau ini adalah disebabkan oleh kesan dari menstruasi. Sisa-sisa dari kesan menstruasi ini boleh bercampuran dengan keadaan anggota sulit semulajadi anda yang menyebabkan munculnya bau tersebut.

5. Bau Manis

Bau manis ini selalunya akan dikeluarkan ketika anda mengambil makanan rutin harian buah-buahan seperti anggur, jeruk, nanas atau sebagainya. Buah tersebut mampu mengharumkan bau maupun cairan yang keluar. Sementara itu, elakkanlah dari mengambil bebawang, asparagus dan brokoli kerana anda pasti tahu bauannya

6. Bau Hamis

Jika tercium bau busuk yang cukup kuat dari anggota tersebut, ini berkemungkinan anda terkena jangkitan kuman. Sebagai contoh, bakteria vaginosis yang berpunca dari pertumbuhan bakteria secara berlebihan akan menggangu kestabilan tahap pH pada anggota tersebut. Akibatnya, bau hamis ini akan muncul bersama-sama lendir kehijauan setelah melakukan hubungan intim. Perkara ini menunjukkan yang anda telah terkena Penyakit Menular Seksual (PMS) yang bernama Trikomoniasis. Oleh yang demikian, dapatkanlah nasihat doktor dengan segera agar jangkitan tersebut dapat dibendung..

Sumber : Info Kesihatan

Take Note : Pada wanita jagalah MISS V anda kerana ia sangat berharga. Mencegah itu lebih baik dari merawat .

Testimoni Medina Desire


Adakah Anda Mengalami Masalah Berat Badan?
Berat badan makin hari makin naik, dah macam-macam diet dibuat tapi semuanya tidak berhasil…
.
JOM TURUNKAN BERAT BADAN SEAWAL 2MINGGU. TANPA DIET KETAT. HANYA MINUM DETOX TEA.
.
.
Konsisten anda jaminan kami ❤❤❤

Slimming detox rm15
Kaki cantiq rm25
Lotion maryam rm35

Jom order dengan kakain
60136462960
.kakain akan guide korang ok.
.
#agentmedinadesire #medinadesireterengganu #medinadesiresenawang #medinadesireseremban #teamkaktila







Petua rawatan Gastrik Tanpa Ubat







Kurus Dengan Cepat Tanpa Diet Ketat



Minum TEH KURUS BADAN, PAHA DAN LENGAN NO. 1 .
✔HALAL 100% Natural herba
✔ Tiada bahan kimia
✔ Hanya rendam dan terus minum.
.
wasap.my/60136462960
#agentmedinadesire #detoxtea

Cara Hilangkan Lenguh Badan, Buang angin Dan Kempiskan Perut


1- Air rebusan daun pandan (berapa helai ikut suka tapi janganlah sampai 1 rimbun) + halia (2 inci di ketuk) + gula batu (1 ketul).

Rebus air lebih kurang 30 minit, dalam 2gelas dan jadikannya satu gelas sahaja. Minum suam suam lagi bagus dan sedap. Dapur pun wangi je sebab bau pandan.

2- Fungsi air ini bagus utk buang angin dalam badan, kurangkan lenguh badan dan boleh bantu kempisan perut.

3. Seeloknya amalkan mimum setiap malam. InsyaAllah angin dalam badan dapat dibuang dengan mudah dan badan akan rasa ringan.

Jom amalkan. Barang pun mudah didapati. Jimat kos.


Kalau Sayang Di Halalkan Bukan Di Hamilkan

Bukti kalau cinta dan sayang terhadap wanita adalah datang melamar wanita tersebut, bukan datang untuk mengajak keluar lalu bermalam bersama.

1.Kalau Cinta adalah Dihalalkan Bukan Untuk Diseret Kelembah Dosa...
....Kalau cinta dia pasti akan menghalalkanmu bukan mengajakmu bercinta sana sini sebab dia tahu bercinta hanya akan mendekatkanmu pada hal-hal yang tidak baik. Dia tau betul kalau bercinta pasti membuatnya ingin menyentuhmu. Lagi pun zaman sekarang tidak ada bercinta yang tidak saling menyentuh.

2.Kalau Sayang Pasti Di halalkan Bukan Di hamilkan Sebab Dia Tahu Kehormatanmu Lebih Berharga Dari Apapun....
.....Jika memang benar sayang dia akan menjaga kehormatanmu bukan mengajakmu untuk bermalam bersama hingga hamil. Rasa sayang itu tidak diukur dari hasil dia meniduri mu. Sayang itu membuktikan dengan mendatangi keluargamu bukan membuktikan dengan menambah anggota keluarga baru.

3.Lelaki Sejati Tidak Akan Pernah Mengajakmu Couple Tapi Mengajakmu Ke Pelamin....
....Ingat lelaki sejati pasti akan membuktikan cintanya dengan mengajakmu kepelamin. Bukan menghilang begitu saja, kerana ia tidak datang untuk merosakkan kamu tapi untuk menikahimu.

4.Lelaki Sejati Tidak Akan Pernah Menghancurkanmu Tetapi Dia Akan Memuliakanmu....
....Lelaki sejati tidak akan menghancurkan kehormatanmu, dia akan menjaga kehormatanmu kerana dia tahu kamu adalah miliknya dan dia sendiri yang akan menikmati kehormatanmu dengan cara yang sudah dibenarkan oleh agama.

5.Mahukah Percaya Pada Cinta Lelaki Yang Tidak Mengajakmu Nikah Tapi Mengajakmu Bermalam Bersama?....
.....Jangan percaya pada kata-kata manis, kerana kata-kata tidak bole dipegang dan tidak bole diminta dipertanggung jawaban kn. Janjinya selangit tapi untuk menepatinya tidak mugkin.

6.Kalau Belum Bersedia Dia Pasti Tidak Akan Menjanjikan Apa-apa Dan Tidak Akan Meminta Apa-apa.....
.....Kalau memang belum bersedia untuk menikah dia pasti tidak akan pernah berani meminta apa-apa darimu, dia tidak akan berani untuk menyentuhmu walau sedikit pun, dia juga tidak akan berani menjanjikan apapun kerana ia tahu ia tidak menjamin apa-apa.



Kentang Putar KFC Dan Tiket Bas Ekpress



Tak pasti sejak bila tapi yang pasti skrg kentang putar adalah salah satu kegilaan den. Terima kasih pada mereka yg paksa den merasa dan habiskan kentang putar tu dulu. Betul kata pepatah, belum cuba belum tahu. Dah cuba hari hari mahu. Erkkkk.. hari hari satgi muakk!
#kfcterminalone

Sementara den menanti jam 7.30 malam, sempatlah lepak kejap di Terminal One Mall. Pusing pusing, pecahkan lelemak sambil hilangkan bosan. Alhamdulillah. Rumah sewa dah dapat. Barang dah bawa masuk ke rumah sewa. Tiket bus pun dah dapat. Sekarang hanya tunggu masa untuk berangkat. Terima kasih semua yang bersusah payah untuk den. Jasa korang insyaAllah den akan ingat sampai bila bila.


Sikap Wanita Yang Lelaki Tidak Faham

Kita selalu mendengar dalam menjalinkan hubungan, perlu ada tolak ansur dan saling faham memahami antara satu sama lain. Selalu saja dikatakan, lelaki lebih banyak bertolak ansur dan berubah demi memahami situasi atau kehendak wanita. Berikut kami senaraikan 7 benda tentang wanita yang membuatkan kaum lelaki tidak faham dengan ragam anda.

1. Baju banyak dalam almari tapi selalu kata tak ada baju lagi dah

2. Terlalu obses dengan bag dan kasut.

Wanita dan beg tangan sememangnya tidak dapat dipisahkan. Jika tiada beg atau kasut, tidak lengkap rasanya penampilan mereka.

3. Ada extra stamina bila shopping

Kaum wanita ni kalau diaorang shopping, mesti diaorang pusing satu mall dulu dan akan terjah semua kedai pastu patah balik kat kedai yang pertama dia masuk.

4. “Multi-tasking”

Kelebihan yang dimiliki kaum wanita mampu melakukan beberapa jenis pekerjaan dalam waktu yang sama, sehingga lebih efektif dan efisien.

5. Suka bertanyakan soalan yang mereka sendiri sudah ada jawapannya

Mereka sendiri sudah ada jawapannya. Adakah niat mereka bertanya kerana tidak tahu ataupun ada jawapan lain yang mereka ingin ketahui?

6. Mempunyai daya ingatan yang kuat

Bila gaduh, mereka akan ungkit semula benda-benda lepas. Bukan tu je, perkara-perkara pelik pun dia boleh ingat lagi. Hihi

7. Definisi gemuk bagi wanita

Ini satu lagi perangai kaum wanita yang lelaki tidak faham. Selalu merungut berat badan mereka naik walaupun berat mereka hanya 50kg dan dari mata kami ianya tidak menjejaskan penampilan mereka langsung.

Sumber: kongsi saja



Maksud Diam Bagi Seorang Wanita.

Wanita adalah seorang insan yang sangat istimewa. Betapa gagahnya fizikal seorang lelaki, gagah lagi hati seorang wanita. Wanita gagah apabila melibatkan perkara-perkara yang melibatkan emosi dan perasaan. Kadangkala semasa mereka bergembira pun boleh menitiskan air mata, apa lagi jika sedang bersedih. Oleh sebab itu, kadangkala lelaki sukar untuk mentafsirkan maksud sebenar emosi seorang wanita. Bagaimana pula jika wanita menunjukkan reaksi diam membisu sahaja? Apakah maksud ekspresi diam bagi seorang wanita?

Diam bagi seorang wanita menunjukkan pelbagai maksud yang berbeza. Sama ada lelaki mengambil kisah atau tidak tentang perkara ini, sebenarnya lelaki memang perlu mengambil tahu. Lebih-lebih lagi jika wanita itu adalah isterinya. Perjalanan rumah tangga kadangkala ada pasang dan surutnya. Untuk mencapai kebahagian, kita perlu sentiasa memperbaiki kelemahan yang ada dan sentiasa berusaha ke arah itu. Tiada perkara yang mustahil walaupun jika melibatkan perkara-perkara yang mistik. Sentiasa ada jalan yang terbaik.

Bagaimana cara untuk lelaki memahami maksud diam bagi seorang wanita? Contohnya apabila lelaki pulang ke rumah dari tempat kerja, isteri langsung tidak berkata sepatah apapun. Contoh lagi apabila lelaki menghantar pesanan ringkas, teman wanitanya diam tanpa bicara. Kalau lelaki tidak ambil kisah, itu tandanya lelaki jenis tidak ada perasaan. Terdapat beberapa maksud diam bagi seorang wanita yang menggambarkan perasaannya ketika itu. Bergantung kepada situasi, apabila wanita sedang tidur, jangan pula lelaki tanya, "kenapa kamu diam?". Lihat wajahnya, tindakannya, gerak gerinya, nadanya, semuanya bermaksud sesuatu.

Marah - Diam ni yang paling bahaya, menunggu masa untuk meletup, kadang-kadang makan masa sehari atau juga bertahun-tahun. Jika berterusan wanita dalam keadaan ini, cepat-cepat lelaki selesaikannya.

Penat/Letih - Wanita kalau letih pun dia boleh diam juga, malas nak bercakap. Semua maklum wanita memang kuat bekerja. Jika tidak pada waktu bekerja pun, dia akan bekerja juga. Memasak, mengemas, melayan anak-anak.

Berfikir - Wanita kalau berfikir memang diam seribu bahasa. Lebih-lebih lagi kalau dia fikir tentang hal suaminya. Kalau kita boleh nampak wiring dalam kepala wanita pasti kita gerun. Lelaki lebih simple, tetapi wanita amat teliti semasa melakukan kerja.

Benci - Jika dia tidak sukakan seseorang yang sedang berada dihadapannya, ekspresi wajahnya terlalu menonjol. Jika tidak percaya cubalah. Bawa isteri atau teman wanita kemana-mana dan pandanglah orang lain yang berada di sekeliling kamu.

Pasrah/Memendam Perasaan - Marah atau benci sekalipun wanita akan menahan hatinya semampu yang boleh. Itulah kekuatannya. Hanya tangisan yang mengalir di pipi. Sukar lelaki hendak memahaminya tetapi Allah telah berikannya keistimewaan untuk bertahan dalam hidup lebih hebat berbanding lelaki.

Menstrual Pain - Yang ini tidak perlulah dihuraikan lagi. Setiap wanita memang pasti mengalaminya. Bezanya tahap kesakitan yang dihadapinya. Kalau wanita yang tidak pernah kena menstrual pain ni, lebih baik lelaki periksa jantinanya terlebih dahulu sebelum menikahinya.

Mahukan sesuatu - Bila bawa jalan-jalan kalau tiba-tiba diam sahaja mesti ada sesuatu yang diinginkannya. Kadangkala mereka diam kerana mereka tahu suami atau teman lelakinya tidak mampu.

Untuk memahami wanita yang berada dalam keadaan diam, lebih baik tanya sendiri apa masalahnya. Jangan diabaikan, kadang kala wanita cuma perlukan perhatian sahaja. Dia tidak perlukan kamu untuk membantunya. Cukup sekadar mendengar dan memberi perhatian kepadanya. Bagi yang belum berkahwin, agak keterlaluan jika meminta perhatian yang lebih-lebih, kerana belum tentu dia akan menjadi pasangan hidup kamu. Jadi jangan buang masa terlalu memberi perhatian kepada teman wanita.

Walau apapun sebabnya wanita diam membisu, ekspresi wajah wanita mudah untuk dinilai kerana wanita sering memperlihatkan perasaannya melalui wajahnya. Jadi jangan bohong dengan suami jika ditanya ada apa-apa masalah atau tidak. Hal ini kerana dengan perubahan kecil pada ekspresi wajah seorang wanita boleh menceritakan apa perasaannya pada ketika itu. Wallahu a’lam bish-shawabi.

Sumber : Info Wanita

Take Note : Diam seorang wanita kalau nak didefinisikan amatlah luas pengertiannya. Diam wanita membawa pelbagai maksud termasuklah ciri ciri yg dinyatakan diatas. Ketahuilah, wanita ni complicated sifatnya. Apa yg keluar dibibir selalunya  tak selari dgn apa yg ada didalam hati. Sebab itu bagi sesetengah lelaki, lebih baik wanita itu membebel daripada diam. Betul ke? 

Lelaki Itu Pemilik Hatiku Episod 26


Lelaki Itu Pemilik Hatiku Episod 26


Wanita Tabah Walaupun Di Curangi Suami Sendiri


Mana-mana wanita pasti akan berasa sedih jika mereka dpt tau bahawa suami tercinta curang di blkg mereka. Ikuti perkongsian wanita ni tentang kecurangan suaminya dgn adik angkatnya sendiri.

"Saya berusia 33 thn (tdk dinyatakan dgn nama), sudah berkhawin dan mempunyai 3 org anak. Bukan tujuan saya mahu mengaibkan rmh tangga sendiri tetapi saya perlukan seseorg utk meluahkan rasa kecewa ttg rmh tangga saya.
Saya berkahwin dgn suami atas dasar suka sama suka. 2 minggu sebelum berkhawin, saya mendpt berita yg sangat mengejutkan malahan saya tdk menyangkanya sama sekali. Tunang saya berlaku curang. Lebih menyedih kan lagi,dia di tangkap bersama seorg perempuan dlm kea aan bogel dlm sebuah bilik hotel. Ya Allah,berat sungguh hati saya menerimanya.

Memandangkan segala persiapan kahwin tlh siap dilakukan. Saya memilih meneruskan saja ikatan perkhawinan. Janjinya, dia mahu berubah. Bila dia mengakui wanita itu cuma adik angkat dari utara tanah air dan mahu mencari kerja di sini, saya pun pasrah dgn jwpan itu. Dia ke hotel itu utk adik angkatnya itu bermlm di sana sebelum dduk bersama rakan2 wanita.kerana syg, saya menerima apa saja yg di katakannya. Majlis di teruskan dan saya mengharapkan kebahagiaan darinya. Selepas 2 bln berkahwin, mood suami mula berubah. Tanpa usul periksa dia akan mrh2 dan menengking saya. Bila saya tanya berkenaan mslhnya, Suami tdk menjelaskan nya. Cuma katanya, moodnya mmg sentiasa berubah -ubah. Suami juga mulai kerap keluar rmh. Suatu hari dia mengakui msh lagi berhubungan dgn adik angkatnya itu. Katanya cintanya dgn adik angkatnya makin mendlm. Ketika itu saya sedang mengandungkan anak sulung kami. Hiba benar hati saya. Sampai hati suami bertindak demikian. Saya cuma mampu menangis dgn perlakuan suami. Sungguh saya tak menyangka dia sanggup menduakan saya. Kekesalan dihati mulai menjelma.

KELUARGA MASUK CAMPUR

Saya meminta diceraikan selepas dia mengakui tdk boleh hidup tanpa adik angkatnya. Luluh hati ini.sukar sekali memaafkan diri dgn kecurangan yg dia lakukan.saya nekad angkat kaki ttp ahli keluarganya masuk campur.

Ibubapa nya menasihati suami agar berubah dan kembali kpd saya. Mereka pula tdk bersetuju adik angkatnya itu menjd bakal menantu. Kasihankan saya mengandung 2 bln, suami mengakui kesilapan dan berjanji xkan mengulangi kesilapannya.

Jjur,saya amat sygkan suami dan ingin sehidup semati dgnnya. Saya percaya yg suami tdk akan mengulangi kesilapan yg pnh dilakukan. Hidup kami kembali bahagia.kegembiraan itu menghadirkan 3 org cahaya mata dari perkhawinan ini.

Thn lalu,saya terhidu kembali kecurangan suami. Ketika dia tertinggal telefon bimbit. Banyak sekali mesej msk peti mesej dri seseorg yg bernama syg, cinta dan sbgnya. Hati kembali hancur mengenangkan nasib diri. Knp suami tiada hentinya melakukan kecurangan?Apa dosa saya kpdnya?Tdk pernahkah suami terfikir akan hati dan perasaan ini? Apa kemahuan yg tdk saya turuti.semua kehendaknya terutama batin saya layani biarpun ada ketikanya saya kepenatan.

Suami lupa segala janji janjinya yg mahu menjaga saya dan anak2 dgn baik,penuh kasih syg dan xkan curang lagi? Semakin luluh hati ini apabila suami mengakui dia pnh terlanjur dgn adik angkatnya itu. Hari itu, kami bergaduh bsr. Kali ini saya nekad tggl kan dia. Saya sudah tdk thn lagi di perlakukan begini. Tapi kali ini,keluarga saya pula meminta saya memaafkan suami kerana anak2 msh bersekolah rendah. Suami saya juga menangis, merayu agar saya memaafkan dirinya dan bersumpah tdk akan mengulanginya lagi. Sekali lagi saya lembut hati dan menerimanya.

Biarpun saya terima,hati dan perasaan saya msh tdk boleh melupakan apa yg dia tlh lakukan kpd saya. Setiap masa, setiap hari saya msh memikirkan segala perbuatannya terhadap saya serta kecurangannya ke atas rmh tangga kmi.

Saya tkt suami akan melakukan lagi kecurangannya. Berdosakah saya kalau mencurigai suami? kalau btl suami sudah berubah, Alhamdulilah. Jika sebaliknya,apa yg patut saya lakukan?? Patutkah saya melayan suami seperti biasa atau adakah kerana terpaksa demi anak2 saya yg masih kecil..

Sumber : Diari Wanita

Take Note : Wanita kuat itu,adalah wanita yg tabah.setiap kesabaran akan digantikan dgn kemenangan,setiap kejadian pasti ada hikmah nya.


Detox Tea Medina Desire


Teh termurah dipasaran malaysia. Khas kecilkan peha dan lengan no.1 malaysia.. RM40.. Dapat 2 teh tau..
Slimming detox tea
Kakicantiq tea.
Dapat free gift lagi sempena bulan Disember ni
.
Lotion maryam pun ada tau. Hanya RM35 shja.
.
.
Kesannya cepat sgt, 3-5hari dah boleh nampak. Ada yg sampai 5kg 5hari...wowwwwww kan😱😱.
.
🐇www.wasap.my/0136462960
🐰www.facebook.com/detoxteamedinadesire1/
🐣www.instagram.com/medinadesire.ain


Pengalaman mencari rumah sewa / bilik sewa

Assalamualaikum

Hampir dua minggu sudah aku bertungkus lumus mencari rumah / bilik untuk disewa sekitar Senawang, Seremban. Pencarian aku bermula di google.com. Banyak yang aku jumpa tapi majoritinya sudah jumpa penyewa. Sedih!

Aku juga berusaha mencari di mudah.com. Situasi sama berlaku. Banyak rumah / bilik untuk disewa tapi kebanyakannya sudah jumpa penghuni baru. Arghhh stresss!

Dalam masa dua minggu ni, setiap hari aku mencari. Setiap hari aku search google.com dan juga mudah.com.  Tapi sayangnya kebanyakan iklan tu tidak berguna! Banyak rumah / bilik sewa tersebut sudah mendapat penghuninya. Ishhh tension pulak aku memikirkannya.

Aku juga mencari di facebook selain bertanya dengan kawan-kawan. Tapi hasilnya menghamparkan. Serius cakap aku hampir berputus asa. Tapi dalam pada putus asa tu aku tetap juga mencari. Sebab masa semakin suntuk. Takkan kesemua barang tu aku perlu angkut balik kampung. Oichhh tidak. Itu merupakan kerja yang sia-sia. nanti satu kerja pulak aku nak angkut kembali bawa ke sini.

Alhamdulillah. Hari ini, petang ni usaha aku membuahkan hasil. Syukur. Aku dah jumpa bilik untuk disewa area Senawang. Alhamdulillah. Akak yang aku whatsApp untuk bertanyakan apa yang perlu itu agak peramah. Kami siap boleh bersembang lagi. Acah-acah dah lama kenal. Huhuuu.. seronok plak rasa sebab dah jumpa apa yang dicari.

Bilik tu aku masih belum tengok lagi secara depan mata. Tapi dari apa yang diperkatakan, rumah itu terletak dalam perumahan baru. Rumah baru, agak selesa untuk empat orang penyewa, bilik satu seorang. Setakat ini, rumah tu hanya ada dapur dan tv sahaja. Mesin basuh tiada. Eh, itu aku tak kisah, yang penting aku jumpa tempat untuk berteduh. Yang paling penting dekat dengan tempat kerja aku.

Sebelum ni dah banyak nombor yang iklankan rumah / bilik untuk disewa tu aku whatsapp dan call. Ada yang jenis peramah. Apa yang jenis reply sepatah sepatah. Apa yang jenis baca tapi langsung tak reply. Apa yang jenis tak baca langsung. Ada yang jenis macam-macam jenis. Yang call pun sama. Aku call, memula bagi salam. Dia macam buat dono je, mungkin dah jawab salam dalam hati kowt. pastu dia senyam. Bila aku tanya sepatah, sepatah jugak yang dijawab. lepas tu suara bukan main macam kerek lagi. Fuhhh takde ramah mesra langsung. Sakit pulak hati den.












Lelaki Itu Pemilik Hatiku Episod 25


Lelaki Itu Pemilik Hatiku Episod 25


Lelaki Itu Pemilik Hatiku Episod 24


Lelaki Itu Pemilik Hatiku Episod 24


Cinta Zaman Sekolah by Alieff Irfan


Adakah cinta dari zaman sekolah ni akan kekal ? tak semua orang akan mendapatkanya sebab masing2 akan memulakan haluan baru di Universiti masing . Jadi berhati hati untuk bercinta pada usia muda

LIKE FB : ALIEFF IRFAN
FOLLOW IG : @IRFXN__


Cerpen | Seorang Perempuan Dan Kilang Daging

Seorang perempuan yang bekerja di kilang Daging.

Suatu hari, semasa dia hendak menyelesaikan tugasan harian, dia masuk ke bilik daging sejuk beku untuk memeriksa baki stok bekalan daging, akan tetapi nasib nya tidak baik, tiba2 pintu bilik sejuk itu tertutup dan dia terkunci dari dalam tanpa apa-apa alat untuk membantunya. Dia berusaha menolak pintu bilik sejuk namun tidak berganjak, pintu setebal 10inci itu terlalu utuh baginya.
Walaupun dia menjerit dan mengetuk pintu sekuat hati, tiada seorang pun yang dapat mendengarnya. Dia mulai panik. Kebanyakan pekerja sudah lama pulang, dan adalah mustahil untuk mendengar apa-apa di dalam bilik sejuk pada kawasan di luar bilik sejuk.

1 jam berlalu dia mencari apa2 alat yg dapat membantunya keluar namun sia2 dalam bilik itu hanya terdapat daging semata-mata, badannya semakin lemah kerana kesejukan.

3 jam kemudian dia semakin hampa, badannya semakin lemah suhu badannya turun mendadak. Muka semakin pucat, tangan menggeletar nak berdiri pun tak mampu.

5 jam kemudian, dia mula berfikir akan mati kesejukan dalam bilik sejuk itu, air matanya menitis memikirkan nasibnya, adakah begini cara kematiannya? Nafasnya mula tercungap-cungap.... sedang dia dalam helaan nafas kematian, tiba2 tuppp... terdengar pintu bilik terbuka, seorang security guard di kilang tersebut membuka pintu bilik sejuk itu. Nasib nya baik kerana dia terselamat dari kematian pada hari itu. Pak guard itu terkejut melihatnya terbaring kaku kesejukan, lantas membawanya keluar dan menyelimutinya.

Beberapa ketika... Setelah itu, perempuan itu bertanya pada pak guard itu bagaimana dia boleh membuka pintu bilik sejuk itu walaupun ia bukan rutin pekerjaan hariannya.

Pakcik itu menjawab : "Saya telah bekerja di kilang ini selama 35 tahun, dan terdapat ratusan pekerja keluar dan masuk setiap hari, tetapi kamu adalah segelintir yang akan menyapa saya pada sebelah pagi dan akan menyapa selamat tinggal kepada saya pada sebelah malam setiap hari kamu meninggalkan kerja. Kebanyakan dari mereka melayan saya seperti saya tidak pernah wujud.

Hari ini, sebagaimana kamu bila masuk ke kerja dan juga hari-hari sebelumnya menyapa saya dengan sapaan ringkas "Assalamualaikum". Tetapi malam ini selepas waktu kerja, saya berasa pelik kerana saya tidak mendengar sapaan "Bye. Jumpa lagi esok". Jadi, saya merasakan saya perlu check di sekitar kilang.
Setiap hari saya akan mengharap sapaan "salam" dan "bye" dari kamu kerana kamu mengingatkan bahawa saya masih seorang insan dan saya masih rasa dihargai oleh seseorang. Dengan tidak mendengar ucapan selamat tinggal hari ini, saya dapat mengagak mungkin ada sesuatu yang telah terjadi.
Sebab itu, saya mencari kamu di merata tempat. Nasiblah Allah telah menggerakkan hati saya untuk memeriksa bilik sejuk itu, sebab saya pernah melihat kamu disitu, dan saya bertindak dgn naluri yg Allah cetuskan... kalau ikutkn logik memang x masuk akal dah... tambah lagi tengah malam begini...
Perempuan itu sujud syukur kerana Allah masih meminjamkn nyawa padanya.

Pengajaran untuk diri:
Jadilah seorang yang merendah diri, penyayang dan hormat pada setiap individu di sekeliling. Cubalah untuk memberi kesan kepada setiap orang yang melalui perjalanan hidup dgn anda, kerana anda tidak tahu apa akan terjadi di masa depan. Biarlah cerita ini menjadi satu inspirasi. Tak hilang bisa ular yg menyusuri  akar...


Mari kongsi kepada semua untuk inspirasi...

*Renung-renungkan dan selamat beramal*

PEPERIKSAAN AKHIR KEKOMPETENAN PENJAGA JENTERA ELEKTRIK SURUHANJAYA TENAGA


Hasbunallah Wa Ni’mal Wakeel, Ni’mal Maula Wa Ni’man Nashir.
“Cukuplah Allah menjadi Penolong bagi kami dan Allah adalah sebaik² Pelindung.."




SELAMAT MENJALANI PEPERIKSAAN AKHIR KEKOMPETENAN PENJAGA JENTERA ELEKTRIK SURUHANJAYA TENAGA IKTBNS SESI 02/2017. SEMOGA DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN KAMI SEMUA..
.
#semester06
#examst022017
#intake012015
#examst
#goodluckall
#exam04hingga09disember2017
#IKTBNS