Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Nikah Gantung Adalah Couple Yang Halal




NIKAH GANTUNG ADALAH COUPLE YANG HALAL

[●] Apa makna nikah gantung?
Dalam bahasa arab dipanggil "nikah khitbah" , ia adalah pnikahan seperti yang lain , cuma selepas akad nikah pasangan berkenaan tak boleh tinggal sebumbung , dan suami tak wajib bagi nafkah zahir batin , ertinya isterinya itu masih dibawah tanggungan ayahnya sehinggalah keluarga pihak perempuan menghantar anak perempuannya itu ke rumah keluarga lelaki itu .

[●] Apa istimewanya nikah gantung?
Pasangan ini keluar bersama, berpegangan tangan , berpelukkan , cium2 dan sebagainya kerana mereka adalah suami isteri , sekiranya mengandung sekalipun , anak itu adalah anak yg sah , bak kata budak-budak sekarang , couple yang halal ,

[●] Kalau pegang-pegang tangan , nanti tak timbul fitnah ke ??
Nikah gantung ni bukan nikah yang perlu disembunyi , bahkan kita perlu hebohkan pada umum bahawa kita telah berkahwin , jadi tidak timbul isu fitnah melainkan kalau orang tu jenis kaki fitnah .

[●] Siapa yang sesuai untuk nikah gantung?
Nikah gantung amat sesuai bagi mereka yang masih belum berkemampuan dalamm kewangan , atau yang masih belajar , atau masih belumm mendapatkan kerja , masih dialam universiti.


Take Note : Daripada korang dating , call tiap-tiap malam , mesej tu , lagi baik korang nikah gantung dulu , semua nya akn bertukar pahala , mesej-mesej dengan isteri dapatt pahala , pegang tangan dapat pahala , seronak kan ??

Nikah biasa pun baik juga.. dengan kos yg rendah.. inshaAllah.. lagi rendah lagi berkat.. inshaAllah.. semoga Allah juga redha..

2 ulasan

  1. nikah gantung ni dapat mengelakkan maksiat, tp kebanyakan org2 tua terutama yg di kampung2 masih tak dapat menerima cara ni, bagi diorang, kene lengkap segalanya baru boleh kahwin, padahal islam itu dah memudahkan

    BalasPadam
  2. betul... islam itu mudah. Halal dan yg penting mencegah maksiat

    BalasPadam