Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Kenapa Kita Gagal Dan Takut Gagal?


Kenapa Kita GAGAL ?
Kenapa Diri Kita GAGAL?
______________________________

☂Kita Takut Menghadapi Risiko Setiap Benda Yang Kita Lakukan.

☂Kita Kurang Keyakinan Pada Diri Sendiri,Walaupun Sebenarnya Kita Mampu.

☂Kita Selalu Tangguh Kan Sesuatu Sehingga Peluang Didepan Mata Terbiar Begitu saja

☂Kita Tidak Berusaha Dan Tidak Bekerja Keras Sedangkan Kita Mampu melakukannya

☂Kita AbaiKan Peluang Yang Ada Dengan Pelbagai Alasan,Belum Berusaha Dah Bagi Banyak Alasan.

☂Kita Lebih Kepada Bercakap,Tapi Buat Tidak Pernah Sekali,Hanya Tahu Bercerita Tapi Hasil Tiada.

☂Takut Mengalami Kerugian Sedangkan Kita Tahu Mana² Perniagaan Sentiasa Ada Rugi Ada Untung.

☂Kita Kalau Boleh Nak Kaya Terus Tapi Usaha Taknak Buat,Padahal Kita Kena Bermula Dari Bawah Ke Atas,Bukan Dari Atas Ke Bawah.
Dari kosong sehingga berjaya..
Selalu Membuang Masa Begitu saja, Sedangkan Masa Itu Emas,Walaupun Seminit Ia Amat Bernilai.

☂Tidak Yakin Pada Diri dan tidak yakin Pada kemampuan sendiri, Ini Selalu Berlaku Pada diri Kita.

☂P/s : Ingat,kalau nak berjaya bukan semudah ABC yang kita boleh sebut begitu tanpa melihat,Tetapi lihat lah diri kita dan sekeliling kita tengok bagaimana orang lain berjaya? Kerana dia berusaha. Mereka tidak simpan 1 perkataan diatas ini sekali pun dalam diri mereka,Sebab mereka yakin atas usaha keras dia pasti peroleh kejayaan kelak.

☂Jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya,matlamat itu tidak akan tercapai tanpa usaha.

☂Yang Selalu Beri Alasan Dia Adalah Orang Yang Gagal,
Yang Selalu Cepat Mengalah Dia Adalah Orang Yang Gagal,Yang Selalu Melihat Tanpa Berbuat Tindakan Dia Adalah Orang Yang Gagal....Sampai Bila Kita Nak Di Level Begini Sahaja?? Sampai Bila???? Semua Penuh Dengan ALASAN....Harap Semua Bangkit Dari Tidur, Bangkit Dari Kejatuhan...
Kita Sama² USAHA...InshaAllah Kelak Kita Jadi Orang Yang Berjaya...

Penat Yang Tidak Berpenghujung

Bila isteri tiba2 tak bercakap, itu tanda dia "PENAT"...

Penat terhadap perangai suami, penat terhadap apa yg selalu dia buat, penat dgn karenah anak2, penat dgn keje2 rumah, penat dgn apa yg dia lalui hari demi hari...

Penat ni bukannya penat jenis yg kena rehat pastu hilang...

Tapi penat yg nak ditolong...penat yg nak perhatian...penat yg nak didengar luahan...penat yg ada benda utk diceritakan...penat yg nak belaian...penat yg nak bantuan...

Tolong ubah perangai ke arah yg lebih baik, tolong ringankan bebanan dia, tolong uruskan anak2, tolong bantu buat keje2 rumah...

Kita anggap dia moody, kita pkir dia terlalu mengikut perasaan...tapi sebenarnya, tak bercakap tu tandanya isteri dah kehabisan kata2 yg bersesuaian dgn situasi dan keadaan yg dia alami tu...dah bercakap byk kali benda yg sama, tapi tak berhasil...

"Abg, tolong jgn asyik mengadap HP...Abg, tolong ajarkan anak2 keje sekolah...Abg, tolong buang sampah...Abg, tolong solat..."

Itu yg kadang2 dia memilih utk tidak bercakap, utk berdiam diri supaya dia boleh kembali bersabar dan bertabah dgn apa yg dia alami...

Dia tgh pujuk diri sendiri...

Keesokan harinya, dia tetap continue dgn apa yg kebiasaannya dia buat walaupun sebenarnya dia "PENAT"...

Nota Kaki : Badan penat, boleh rehat...tapi perasaan penat? Tdo seminggu tak bgun pun belum tentu boleh hilang "penat" tu...✌️

.
Kredit : Firdaus Shakirin


Kita Adalah Apa Yang Kita Fikirkan

 Anda Adalah Apa Yang Fikiran anda Fikirkan..


 “Keyakinan anda menjadi pemikiran anda, 
Fikiran anda menjadi kata-kata anda, 
Kata-kata anda menjadi tindakan anda, 
Tindakan Anda menjadi kebiasaan Anda, 
Kebiasaan anda menjadi nilai anda, 
Nilai anda menjadi takdir anda. “

― Mahatma Gandhi

Kata-kata bijak yang memang ada benarnya.

Ini antara sikap-sikap yang kerap kali memainkan emosi.

Cuba ubah sikap-sikap begini :

1. Berhenti berpura-pura tidak memiliki masalah. Hadapi masalah bukan lari dari masalah. Semakin anda lari, masalah yang muncul akan semakin banyak dan semakin rumit.

2. Berhenti menggantungkan kebahagiaan atau kepuasan hidup di tangan orang lain.

3. Berhenti berpura-pura anda tidak pernah melakukan kesalahan. Belajar dari kesalahan-kesalahan, maka anda akan berusaha untuk memperbaiki diri anda dan tidak mengulang kesalahan yang sama di masa depan .

4. Berhenti mengatakan kepada diri sendiri bahwa anda tidak boleh melakukan sesuatu tanpa bantuan.

5. Berhenti mengabaikan hal-hal yang penting bagi anda.

6. Berhenti meletakkan keperluan orang lain melebihi keperluan anda. Jaga dan sayangi diri anda. Cintai diri anda. Jadikanlah diri sendiri sebagai sahabat terbaik.

7. Berhenti berusaha menjadi orang lain. Berusahalah jadi yang terbaik.

8. Berhenti menunggu bahagia,sebaliknya cubalah berusaha mencipta bahagia.

9. Berhenti menghabiskan waktu dengan orang-orang yang memberi impak negatif bagi hidup anda.

10. Berhenti bertanya pandangan orang tentang diri anda.Yakinlah dengan diri anda.

11. Berhenti bekerja untuk mimpi orang lain. Tetapkan tujuan anda sendiri. Buat diri anda bermakna.

12. Berhenti iri pada orang lain.  Syukurilah kehidupan yang anda miliki saat ini, tanpa harus iri terhadap kelebihan dan kebahagiaan orang lain.

13. Berhenti percaya bahwa anda tidak dapat mengubah hidup. Anda pasti boleh.

14. Berhenti berharap pada pujian orang, takut pada kritikan orang. Sebaliknya berterima kasih pada kritikan kerana ia akan membantu anda untuk jadi lebih baik.

15. Berhenti berfokus untuk menghindari apa yang tidak anda inginkan. Sebagai gantinya, fokuskan untuk mengejar apa yang anda inginkan.

16. Berhenti terlalu takut untuk membuat kesalahan atau mengambil suatu tindakan.

17. Berhenti membandingkan diri anda dengan orang lain. Anda bukan orang lain. Anda adalah diri anda sendiri!

18. Stop buang-buang tenaga untuk merungsingkan hal-hal yang tidak dapat anda ubah.

19. Berhenti terlalu percaya pada pendapat orang lain daripada pendapat anda sendiri.

20. Berhenti berpura-pura anda tidak punya waktu untuk melakukan hal yang anda sukai. Anda mampu meluangkan waktu untuk apa pun yang anda rasa penting bagi hidup anda.

21. Berhenti terlalu berharap pada sesuatu yang tak pasti.

22. Berhenti menyalahkan diri atas kesalahan dan ketidak sempurnaan.  Anda hanyalah manusia biasa.

23. Berhenti mengikuti arus. Jika tidak sesuai dengan nilai dan hati nurani anda, maka lebih baik tinggalkanlah.

24. Berhenti menyalahkan orang lain atas kemalangan dan ketidak bahagiaan anda.

25. Berhenti meminta banyak waktu orang-orang yang anda cintai untuk menemani anda.

26. Stop buang-buang energi pada penyesalan untuk kesalahan masa lalu anda, kerana masa lalu tidak dapat diubah.

27. Berhenti membiarkan rasa malu anda untuk meminta maaf, mengakui anda telah terluka, atau melakukan apa pun yang membuat anda sembuh dari sakit hati dan bergerak majulah.

28. Berhenti mengharapkan kesempurnaan diri anda, orang yang anda cintai, dan rakan kerja anda.

29. Berhenti merasa bersalah saat Anda menghabiskan waktu luang atau jenis lain untuk diri sendiri.

30. Berhenti menyibukkan diri dengan hal-hal yang tidak penting buat anda.

31. Berhenti terlalu serius dalam kehidupan. Belajarlah untuk menikmati kehidupan anda saat ini.


Take Note : Buanglah segala fikiran negative yang ada di dalam fikiran anda untuk memperoleh kehidupan yang lebih ceria dan bahagia. Fikirkan yang baik-baik dan yang positif. InsyaAllah semuanya akan jadi baik.

    Apa yg kita fikirkan itulah apa yg cuba kita lakukan...
    Jadi isikanlah fikiran kita dgn pekara yg positif.
    Supaya kita sentiasa positif...

Kembali Bekerja Di Musim PKP


Assalamualaikum..

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kini telah memasuki fasa ke 3. Setiap hari isu covid-19 dan netizan yang berdegil dengan tidak mematuhi arahan ketika PKP diperkatakan. Bab covid-19 tu memang setiap hari aku menanti berita terbaru. Nak tahu jugak apa perkembangan terbaru yang berkaitan covid-19. Tapi bab warga degil yang langgar arahan PKP tu buat aku menyampah pulakkk. Tak kira tua muda, besar kecik, lelaki peempuan. Sama jeeee... spesis pentingkan diri sendiri. Orang lain beria duduk dirumah untuk putuskan rantaian tapi korang dengan takde rasa bersalah merayap tanpa tujuan yang sepatutnya. Tak fikir ke nanti bila balik rumah, kau bwk sekali si covid tu untuk ahli keluarga kau. Hurmmm... payah nak nasihat manusia yang degil ni! Done bebel.

Setelah lama bercuti gara-gara lockdown, akhirnya CikAin kembali dipanggil untuk masuk kerja. Mula-mula rasa takut jugak. Dah lama tak keluar rumah. tak tahu situasi di luar macam mana. Sempatlah fikir beberapa kali, nak masuk kerja ke nak sambung cuti. Nak pergi kerja macam takut pulak. nak sambung cuti maca, dah mati akal, kebosanan. 

Maka, CikAin ambil keputusan untuk masuk kerja. bekerja di musim PKP memang santai. Kerja tak banyak mana. Yang bekerja pun tak ramai. Nak kata kami curi tulang tu idok ler. Production memang sibuk jugak tapi semua masih terkawal.

Tau tak, hari pertama kerja CikAin rasa macam lemau giler! Hahaaaaa... memanjang menguap. pastu badan rasa sengal sengal. Balik rumah rasa macam hilang terus tenaga. Dalam kepala fikir nak baring je, nak landing betulkan urat urat yang tetiba dikerah bekerja setelah lama bersenang lenang. Heheheee...

Maku hari kedua, situasi kembali seperi biasa. Sakit sakit badan dah hilang. Buat kerja pun dah laju dari sebelum tu. Rasa enjoy je, Takde nak fikir segala masalah di luar sana. Alhamdulillah, dapat hadapi hari kedua dengan jayanyaaa. Lega rasa hati.

Ouh ya, kami yang bekerja pada musim PKP ni ada dibekalan dengan 2 keping surat tau. Jadi, bila kena roadblock ke kena tahan ke.. boleh tunjuk surat tersebut. Tapi ingat, jangan salah guna pulak tau

Senarai Peserta Segmen Bloglist Bersama Blogbabyshambles



Assalamualaikum.
Alhamdulillah. 'Segmen Bloglist Bersama Blogbabyshambles' telah sampai ke penhujungnya. Terima kasih kepada awak semua yang sudi luangkan masa untuk join segmen ni. Berikut merupakan senarai peserta yang turut serta. Yeyeyeeehhhhhh dengan ini url yang tersenarai ini automatik akan masuk dalam bloglist CikAin. 


1. https://thepolarishana.blogspot.com/2020/03/segmen-bloglist-blogbabyshambles.html
2. http://www.ombakbergigi.com/2020/03/egmen-bloglist-blogbabyshambles.html
3. https://alfathcom29.blogspot.com/2020/03/segmen-bloglist-blogbabyshambles.html
4. https://kasihkuamani.blogspot.com/2020/03/segmen-bloglist-blogbabyshambles.html
5. https://www.vitaminkesihatansejagat.com/2020/03/segmen-bloglist-blogbabyshambles.html
6. https://www.ibucida.com/2020/03/senarai-peserta-segmen-bloglist-2020.html
7. http://www.zianaeunos.com/2020/03/segmen-bloglist-blogbabyshambles.html
8. https://www.aienienka.com/2020/03/segmen-segmen-bloglist-blogbabyshambles.html
9. https://kotakconteng.blogspot.com/2020/03/segmen-bloglist-blogbabyshambles.html
10. https://mellcomell.blogspot.com/2020/04/segmen-bloglist-blogbabyshambles.html
11. https://zzzyy.blogspot.com/2020/04/segmen-bloglist-blogbabyshambles.html
12. https://mieyhelmi2769.blogspot.com/2020/04/segmen-bloglist-blogbabyshambles.html
13. https://salinasafea.blogspot.com/2020/04/segmen-bloglist-blogbabyshambles.html
14. https://duniamisskepeng.blogspot.com/2020/04/segmen-bloglist-blogbabyshambles.html
15. https://www.vitaminwawa.com/2020/04/segmen-bloglist-blogbabyshambles.html
16. https://yamanaimy.blogspot.com/2020/04/segmen-bloglist-blogbabyshambles.html
17. https://www.safenifeni.com/2020/04/segmen-bloglist-blogbabyshambles.html
18. https://www.zukidin.com/2020/04/segmen-bloglist-blogbabyshambles.html
19. https://mummysupplementshop.blogspot.com/2020/04/segmen-bloglist-blogbabyshambles.html
20. https://thejagungspirasi.blogspot.com/2020/04/segmen-bloglist-blogbabyshambles.html
21. http://www.mamapipie.com/2020/04/segmen-bloglist-blogbabyshambles.html
22. https://www.rubiahkadir.com/2020/04/segmen-bloglist-blogbabyshambles.html
23. https://www.bondezaidalifah.com/2020/04/segmen-bloglist-blogbabyshambles.html
24. https://www.uminazrah.com/2020/04/segmen-bloglist-blogbabyshambles.html
25. https://www.mialiana.com/2020/04/segmen-bloglist-blogbabyshambles.html
26. https://haziqahadevin.blogspot.com/2020/04/segmen-bloglist-blogbabyshambles.html
27. https://beautifulofiman.blogspot.com/2020/04/segmen-bloglist-blogbabyshambles.html
28. https://www.adianiez.com/2020/04/segmen-bloglist-blogbabyshambles.html
29. https://faizzahamir.blogspot.com/2020/04/segmen-bloglist-blogbabyshambles.html
30. http://syaeyrabebelog.blogspot.com/2020/04/segmen-bloglist-blogbabyshambles.html
31. https://iehahfarihah.blogspot.com/2020/04/segmen-bloglist-blogbabyshambles.html
32. https://www.farhanajafri.com/2020/04/segmen-bloglist-blogbabyshambles.html
33. http://www.yatieowner.com/2020/04/segmen-bloglist-blogbabyshambles.html
34. https://weolls.blogspot.com/2020/04/segmen-bloglist-blogbabyshambles.html

Take Note : Minta maaf ye sebab lambat update. Kebetulan 15hb aritu, CikAin dah mula kerja. Fuhhhhh... penangan lama sangat cuti. Balik kerja terus rasa penat namatyyyyyy.. Setelah tiga hari kerja, harini cuti. Jadi, kesempatan yang ada ni CikAin gunalah untuk update apa yang patut... untuk korang semua, sila patuhi arahan pihak berwajib tau. Semoga kita semua dipermudahkan segala urusan. Aamin.

Melihat Tapi Belum Pasti, Buta?


Aku melihat hidup orang lain begitu nikmat,
Rupanya dia menutup kekurangannya tanpa perlu berkeluh kesah.

Aku melihat hidup teman-temanku tak ada duka dan kepedihan,
Rupanya dia pandai menutup dukanya dengan bersyukur dan redha.

Aku melihat hidup saudaraku tenang tanpa ujian,
Rupanya dia begitu menikmati badai hujan dalam kehidupannya.

Aku melihat hidup sahabatku begitu sempurna,
Rupanya dia berbahagia dengan apa yang dia ada.

Aku melihat hidup jiran tetanggaku sangat beruntung,
Ternyata dia selalu tunduk pada Allah untuk bergantung.

Setiap hari aku belajar memahami dan mengamati setiap hidup orang yang aku temui..
Ternyata aku yang kurang mensyukuri nikmat Allah..
Bahawa di satu sudut dunia lain masih ada yang belum beruntung memiliki apa yang aku ada saat ini.

Dan satu hal yang aku ketahui, bahawa Allah tak pernah mengurangkan ketetapan-Nya.
Hanya akulah yang masih saja mengkufuri nikmat suratan takdir Ilahi.

Maka aku merasa tidak perlu iri hati dengan rezeki orang lain.
Mungkin aku tak tahu dimana rezekiku. Tapi rezekiku tahu dimana diriku berada.

Dari lautan biru, bumi dan gunung, Allah telah memerintahkannya menuju kepadaku.
Allah menjamin rezekiku, sejak 9 bulan 10 hari aku dalam kandungan ibuku.

Amatlah keliru bila bertawakkal rezeki dimaknai dari hasil bekerja.
Kerana bekerja adalah ibadah, sedang rezeki itu urusan-Nya..

Melalaikan kebenaran dan gelisah dengan apa yang dijamin-Nya, adalah kekeliruan berganda..
Manusia membanting tulang, demi angka simpanan gaji, yang mungkin esok akan ditinggal mati.

Mereka lupa bahawa hakikat rezeki bukan apa yang tertulis dalam angka, tapi apa yang telah dinikmatinya.
Rezeki tak selalu terletak pada pekerjaan kita, Allah menaruh sekehendak-Nya.

Siti Hajar berulang alik dari Safa ke Marwah, tapi air Zam-zam muncul dari kaki anaknya, Ismail.
Ikhtiar itu perbuatan. Rezeki itu kejutan.

Dan yang tidak boleh dilupakan, setiap hakikat rezeki akan ditanya kelak, "Dari mana dan digunakan untuk apa"
Kerana rezeki hanyalah "hak pakai", bukan "hak milik"...

Halalnya dihisab dan haramnya diazab.
Maka, aku tidak boleh merasa iri pada rezeki orang lain.
Jujur bila berkata,
Hayati bila membaca,
Ikhlas bila menerima...

Hidup Perlu Ada Target Dan Azam

Tanamkan azam membumbung
Padukan tekad nan wajar
Sosongi ombak menggunung
Menuju ke pulau cita...

Setiap dari kita tentu ada keinginan...ada kemahuan inginkan sesuatu.
Azam bukan saja azam tahun baru..setiap hari pun kita perlu ada keazaman dlm mencapai apa yg kita mahu.

Sebagai contoh kita mahu membeli kereta idaman..mahu membeli rumah..mahu melancong...mahu berkahwin...mahu mengerjakan haji..pelbagai lagi keinginan kita sebagai manusia.
Setiap hari ada saja keinginan kita.Akan tetapi pandai-pandailah kita meletakkan keinginan itu di mana.

Keinginan yg perlu diutamakan @ keinginan sementara saja.Di mana keinginan sementara blh berubah2 mengikut masa.

Jika kita menginginkan sesuatu perlulah usahakan utk mencapai cita2 tersebut.Sememangnya kita perlu mengukur kemampuan kita sebelum bercita-cita tinggi.
Jangan cepat berserah berkata tidak mampu...tak boleh !,mustahil sebelum berusaha.
Utk mencapai apa yg kita inginkan sememangnya perlu berkorban.Berkorban masa & tenaga cthnya.
Jika kita bergoyang kaki...mampukan kita membuat simpanan ?
Jawapannya tentulah tidak....

Mereka yg berkemampuan tentunya tdk mempunyai kesulitan utk mendapatkan segala yg mereka inginkan berkaitan dgn duit.Akan tetapi bg mereka yg hidup bersederhana kita perlu ada azam utk mendapatkan apa yg mustahil utk kita miliki.Singkirkan perkataan MUSTAHIL gantikan dgn usaha ,seterusnya doa.Tidak perlu mengeluh susah..keringatkanlah diri utk memenuhi keinginan hati.

Usaha  kesungguhan  doa  tawakkal.
In sha Allah biar lambat drp langsung tdk mencuba.
Kepuasan dlm hidup adalah apabila kita berusaha mendapatkan ssuatu yg diimpikan dgn sungguh2.Kemudian berhasil


Segmen Bloglist Blogbabyshambles

Segmen Bloglist Blogbabyshambles

Assalamualaikum gaissss..
CikAin nak kemaskini bloglist yang sedia ada. Jadi, CikAin pun buatlah segmen ni untuk mencari blog yang berminat nak masuk dalam bloglist CikAin nanti. Jom support segmen CikAin gaissss :)

Syarat Penyertaan :

1. Follow blog ni pada yang belum follow di Blogbabyshambles.
Nanti CikAin akan followback

2. Like Page Facebook BirdNest Essence

3. Like Page Facebook Klubna Laleh

4. Follow Instagram @orangekecik

5. Buat satu entri ringkas yang bertajuk 'Segmen Bloglist Blogbabyshambles'.
Masukkan banner, di atas dalam entri tersebut, kemudian linkkan ke entri ini.

6. Lepas tu, tinggalkan link entri korang di ruangan komen. Jangan lupa sertakan sekali username ig korang. CikAin nak followback!

7. Siap :)

Segmen berlangsung sehingga 15 April 2020, pukul 6 petang. Keputusan akan diumumkan inshaAllah selewat-lewatnya 17 April 2020. InshaAllah, semua peserta yang join akan duduk dalam bloglist CikAin selama sebulan. ngam tak ngam? Selamat bersegmen korang!


Kita Melihat Tidak Sama Dengan Dia Yang Mengalami


'Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul'

Bersyukurlah dengan kehidupan yang kita miliki. Tanpa kita ketahui sebenarnya ramai yang nak miliki kehidupan seperti kita sedangkan kita sibuk nak kehidupan seperti orang lain. Sebab tu pepatah berkata 'berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul'.

Rindu Yang Tiada Penghujung | Alfatihah Sahabatku

"Rindu. Ya, aku rindu mu. Rindu sangat sangat wehh. Rindu nak sembang dengan mu. Rindu nak gurau dengan mu. Rindu nok gosip dengan mu. Rindu nak buat semua benda dengan mu. Ya Allah, aku rindu dia. Aku rindu sahabat aku. Dulu, walaupun kita jarang jarang jumpa tapi contact jugak melalui wasap, facebook dan insta. Sekarang, hanya doa yang dapat aku titipkan buatmu. Aku rindu mu, wahai sahabat"



Hari ni aku skroll mesaj mesaj dalam wasap. Aku mulai dari bawah. Wasap cstmr yang dah lama sangat tak aktif aku buang. Aku perhati satu persatu. Banyak yang aku buang. Tetiba nampak satu nama.

Lili Rawai. Nama yang dah lama tak muncul dalam wasap aku. Berderu rasa darah. Aku buka wasap tu. Aku skroll dari bawah ke atas. Lepas tu skroll dari atas ke bawah pulak. Aku baca satu perrsatu masej masej dalam tu.

Ya Allah, sebaknya rasa hati. Sayunya rasa jiwa. Sakit dada aku tahan tangisan yang akhirnya pecah jua. Airmata aku mengalir tak dapat ditahan. Aku cuba kawal tangisan sebaliknya semakin kuat. Sungguh aku rindu dia. Terbayan tingkah laku dia di ruangan mata aku. Terngiang ngiang suara dia di telinga aku. Ya Allah, sebak aku tak terkata.

Aku wasap no tu. Saja wasap, nak tahu masih aktif ke tidak. Nak tahu ada yang guna ke no tu atau pun no tu sudah jadi no recycle. Ada respon. Wasap aku berbalas. Ouhhh, Iqmal, adik arwah yang pakai no tu sekarang. Aku bertanya khabar sepatah dua. Tanya khabar family arwah. Bertanya tentang mak dan tok wank dia. Bertanya juga tentang Iqmal.  Aku doakan semoga mak arwah kuat untuk terus jalan ni kehidupan ini.



Muhasabah Diri Sebelum Kita Melihat Kesalahan Orang Lain



1. Jadilah buah JAGUNG, jangan jadi buah GAJUS..
Jagung membungkus bijinya yg banyak, sedangkan buah gajus menunjukkan bijinya yg cuma ada satu..
MAKSUDNYA : Jangan suka menunjuk-nunjuk harta, ilmu dan sebagainya..


2. Jadilah POKOK PISANG..
Pokok pisang kalau berbuah hanya sekali, kemudian mati..
MAKSUDNYA : Kesetiaan dalam perkahwinan..


3. Jadilah buah DURIAN, jangan buah KEDONDONG..
Walaupun di luarnya penuh dengan kulit yang berduri tajam, tetapi dalamnya lembut dan manis. Berbeza dengan kedondong, luarnya licin tapi rasanya masam dan didalamnya ada biji yg berduri..
MAKSUDNYA : Don’t Judge a Book by The Cover.. JANGAN MENILAI ORANG DARI LUARNYA SAHAJA..


4. Jadilah UBI KAYU..
Walaupun hidup dalam tanah, tetapi isinya putih bersih..
MAKSUDNYA : Jagalah hati walau di mana kita berada, walau di tmpat yg penuh kekotoran..


5. Jadilah seperti tangkai PETAI, bukan tangkai MEMPELAM..
Tangkai petai memberi makanan yg sama rata ke biji petainya, semua seimbang, tidak seperti mempelam, ada yg kecil dan ada yg besar..
MAKSUDNYA : Selalu lah bersikap adil..


6. Jadilah seperti KELAPA
Semakin tua semakin pekat santannya..
MAKSUDNYA : Semakin tua semakin bijaksana dan berguna..


7. Jadilah seperti MANGGIS..
Berapa banyak kelopak bunga di luar kulit, sebanyak itulah juga ulas isi didalam..
MAKSUDNYA : kena jujur, apa yg ditunjukkan di luar sama seperti apa yg diniatkan di dalam hati

Cerpen | Yang Ini Pun Akan Berlalu

Pada suatu hari, seorang pemuda meminta kepada seorang tukang emas yang sudah tua renta untuk membuat cincin dan menuliskan sesuatu di dalamnya.

Sang pemuda itu berpesan, "Tuliskanlah sesuatu yang boleh disimpulkan daripada seluruh pengalaman dan perjalanan hidupmu supaya boleh menjadi pelajaran bagi hidupku."

Berbulan-bulan si tukang emas tua renta itu membuat cincin tersebut, merenung... kalimat apa yang patut diukir di cincin emas yang kecil itu.

Akhirnya, si tukang emas tua renta mengukirkan sepotong kata dan menyerahkan cincinnya kepada yang menampahnya.

Dengan tersenyum, sang pemuda membaca tulisan kecil di cincin itu.
Bunyinya,

"THIS TOO, SHALL PASS"
(Yang ini pun, akan berlalu)

Awalnya sang pemuda tidak terlalu paham dengan tulisan itu. Tapi suatu ketika, tatkala menghadapi persoalan hidup yang pelik, tak sengaja ia membaca tulisan di cincin itu.

"YANG INI PUN AKAN BERLALU"

Lalu ia pun menjadi lebih tenang.

Tatkala ia sedang bersenang-senang, ia pun tak sengaja membaca tulisan di cincin itu

"YANG INI PUN AKAN BERLALU"

Lantas ia menjadi rendah hati kembali.

Ketika kita menghadapi masalah besar ataupun sedang dalam keadaan terlalu gembira, teringatlah:

"YANG INI PUN AKAN BERLALU "

Tidak ada satu pun di dunia ini yang abadi. Jadi, ketika kita punya masalah, jalanilah dan janganlah terlalu bersedih. Demikian juga tatkala kita sedang senang, nikmatilah dan syukuri, jangan lupa diri.

Ingatlah, apapun yang kita hadapi saat ini, semuanya akan berlalu.
Untuk itu :
• Tetaplah SEJUK di tempat yang Panas.
• Tetaplah MANIS di tempat yang begitu Pahit.
• Tetaplah berasa KECIL meskipun telah menjadi Besar.
• Tetaplah TENANG di tengah badai yang paling Hebat.

Semua yang ada di dunia ini tak ada yang abadi, kecuali yang Empunya Kehidupan yakni Allah swt.

"THIS TOO, SHALL PASS"

Selamat menikmati kehidupan yang indah ini...

YANG INIPUN AKAN BERLALU..


    Setiap yang hadir dalam hidup ini umpama angin yang berlalu.
    Ia datang dan pergi ,tiada yang kekal abadi.
    Begitu juga kisahnya dengan dugaan hidup.

BPN | Cara Memohon BPN Kepada Yang disenaraihitam

PERMOHONAN BPN : TIADA AKAUN BANK DISEBABKAN DISENARAIHITAM ATAU MUFLIS ATAU TIADA AKAUN BANK ATAU AKAUN BANK TIDAK AKTIF

Sila hubungi LHDN untuk pertanyaan lanjut.

HOTLINE : 1-800 88 2747
FACEBOOK : facebook.com/LHDNM




BPN | Maklumat Yang Diperlukan Sebelum Membuat Permohonan Baru BPN



Hai, saya punya permohonan dah lulus and kalau nak kemaskini tukar akaun bank macam mana ya? Akaun lama dah tak aktif contohnya.

Jawapan based on FAQ


BPN | Jangan Jadi Mangsa Penipuan

Info LHDN, Jangan Jadi Mangsa Penipuan Kewangan dan Percukaian





BPN | Bayaran Bantuan Prihatin Nasional bermula 6 April 2020

Pembayaran Bantuan PRIHATIN Nasional (BPN) Fasa Pertama Secara Berperingkat Mulai 6 April 2020





BPN | Semakan Dan Permohonan Bantuan Prihatin Nasional

SEMAKAN & PERMOHONAN BANTUAN PRIHATIN NASIONAL

www.bsh.hasil.gov.my
Semakan dan permohonan boleh dibuat bermula 1 APRIL 2020.
Tak sempat 1 April, boleh semak pada 2,3,4,5,6,7,8..... APRIL 2020.
Ingat!!! Tiada sebarang urusan akan dibuat di kaunter sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.
Terima kasih ❤️

TEAM MAK CIK KIAH TAK PERLU MEMOHON !!!

Siapa team Mak Cik Kiah???
1. Penerima BSH sedia ada (2019, 2020 mahupun yang sedang dalam kemaskini); atau
2. Pembayar cukai sedia ada yang mengemaskini maklumat cukai melalui e-filing
Faham?

Jodoh Itu Istimewa Dan Unik



# Selalu saja kita lihat ada sahabat / kenalan yang mencari jodoh sampai ke ujung dunia, ujung-ujungnya anak tetangga yang jadi jodoh

# Anda seorang wanita mungkin pernah mengalami juga, ada lelaki yang lama cuba mendekati, bersungguh-sungguh hingga datang ke rumah sampai hati hampir luluh menerima dirinya. Namun jodoh berkata lain, Anda menikah dengan orang yang beberapa hari saja anda kenal.

# Anda juga mungkin sering jadi saksi, bagaimana seorang teman yang bercinta bertahun-tahun , namun berkahwin bukan dengan kekasih hatinya.

# Ada juga yang tersentak hati, melihat seorang sahabat yang begitu tampan , namun pasangannya seorang wanita umpama langit dgn bumi dari segi rupa parasnya. Namun mereka bahagia. Lalu kita berkata "Beruntungnya wanita itu!"

# Mungkin kita juga merasa hairan, saat seorang sahabat pendiam, tidak pernah bercerita tentang kekasih hati.Apatah lagi soal kawin, tapi tiba2 berkawin dlm usia yg muda.

Masalah jodoh memang misteri.
Kita tidak mampu menjangka siapa jodoh kita.
Sama misteri dalam soal rezeki dan ajal yg tiada siapa tahu kecuali Allah Taala sahaja.

Hanya Allah yang mengetahui segalanya.

Jodoh, rezeki dan maut memang di tangan Tuhan, jadi selama kamu mampu mendekati Tuhan, maka tak ada yang mustahil.
Maka mintalah Allah untuk memberikan yang terbaik


Covid-19 | Berita Tak Pasti Jangan Kongsi


Hindarilah dari sebar berita palsu.Akibat menyebar berita palsu akan membawa padah kepada diri sendiri dan juga orang lain.

Sumber:@cybersecuritymy

BPN | Bagaimana Nak Mohon Bantuan Prihatin Nasional?


Makcik Kiah tanya....

BAGAIMANA NAK MOHON BANTUAN PRIHATIN NASIONAL??

Jawapan:
Makcik Kiah,
1. Kalau Makcik Kiah adalah penerima BSH sama ada yang sedang dalam rayuan atau kemaskini 2020, Makcik Kiah TAK PERLU MOHON. Makcik Kiah relax2 jer.. tunggu jer  BPN masuk ke akaun yg didaftarkan dengan BSH.

2. Makcik Kiah M40 yang setiap tahun isi e-filing??? Makcik Kiah pun boleh dok relax2 jer...  tunggu jer BPN masuk ke akaun yang berdaftar dengan LHDN.

3. Makcik Kiah bukan golongan seperti di atas??? Mai sini Kakcik nak habaq, Makcik Kiah semak dulu kelayakan bermula 1/4/2020, TAK LULUS? Haaaaa sila isi permohonan di platform www.hasil.gov.my.. baca elok2... bermula 1 APRIL 2020 bukan hari ini, bukan esok, bukan lusa tapi 1 APRIL 2020.

4. Sepanjang tempoh Kawalan Pergerakan, Makcik Kiah tidak dibenarkan ke mana-mana cawangan LHDN tau.. satgi abg polis dan abg tentera cekup naya ja.

Take time Makcik Kiah, tak perlu tergesa-gesa.
KEEP CALM ❤️
Yang layak, pasti tidak akan tertinggal.

Berita baik buat PEMANDU TEKSI & PEMANDU PELANCONG!!!!

Berita baik buat PEMANDU TEKSI & PEMANDU PELANCONG!!!!


Semakan BAYARAN INSENTIF TUNAI ONE-OFF kepada Pemandu Teksi dan Pemandu Pelancong boleh layari semakprihatin.treasury.gov.my bermula 2 APRIL 2020

PENGAYUH BECA NEGERI MELAKA MULA MENERIMA BAYARAN INSENTIF TUNAI ONE-OFF RM600 seperti mana yang diumumkan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 bermula HARI INI!


Pemandu Teksi dan Pemandu Pelancong boleh call hotline di atas.


Bahaya Normalisasi Yang Berlaku Pada Hari Ini

Normalisasi yang berlaku dalam masyarakat hari ni, menjadikan umat Islam sendiri takut nak tegakkan syiar Islam dalam diri.

Takut nak jaga ikhtilat sebab kawan-kawan sekeliling semua sosial. Takut nanti orang cakap apa.

Takut nak bagitau yang vape tu haram sebab kawan-kawan sekeliling semua vape on. Takut nanti kena ban.

Takut nak halang virus Kpop sebab kawan-kawan sekeliling semua fanatik Kpop. Takut nanti kena pulau.

Sedangkan Allah turunkan al-Quran dan Sunnah Baginda Rasulullah s.a.w sebagai panduan.

Kalau tak jelas halal haram, rujuk balik al-Quran dan Sunnah.

Sebab normalisasi yang berlaku menjadikan yang haram tu halal, yang halal tu haram. Habis bercampur aduk!

Anyhow, kenapa perlu takut pandangan manusia daripada pandangan Allah?

BPN | Kenyataan Media Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

Bantuan Prihatin Nasional (BPN)


Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memaklumkan bahawa golongan B40 yang telah menerima Bantuan Sara Hidup (BSH) dan golongan M40 yang telah mempunyai data cukai pendapatan dengan LHDNM tidak perlu membuat pendaftaran bagi permohonan Bantuan Prihatin Nasional (BPN). Ini kerana penerima BSH layak menerima BPN secara automatik manakala golongan M40 yang mempunyai data cukai pendapatan dengan LHDNM pula akan dinilai berdasarkan jumlah pendapatan dan kriteria lain yang ditetapkan oleh Kerajaan.

Semakan status penerimaan BPN boleh dilakukan secara dalam talian mulai 01 April 2020 dengan melayari portol LHDNM di https://www.hasil.gov.my atau https://bpn.hasil.gov.my . Sekiranya status semakan adalah 'tiada rekod' , orang ramai boleh membuat permohonan baharu dengan klik butang 'Permohonan Baru' . Permohonan baharu secara dalam talian adalah dibuka sehingga 30 April 2020.

Orang ramai hanya perlu mengikuti langkah mudah seperti berikut untuk semakan penerimaan BPN :
  1. Masukkan Nombor Kad Pengenalan (No I/C)
  2. Masukkan cod captcha yang diberikan, dan
  3. Keputusan akan dipaparkan

Orang ramai diingatkan bahawa tiada permohonan secara manual menggunakan borang setakat ini memandangkan semua premis LHDNM ditutup sementara sehingga tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tamat.

Semantara itu, bagi permohonan yang tidak berjaya, rayuan boleh dikemukan secara dalam talian dengan melayari portol rasmi LHDNM di http://www.hasil.gov.my atau https://www.bpn.gov.my bermula 03 April 2020


Memandangkan trafik capaian ke portol-portol rasmi yang dinyatakan di atas adalah amat tinggi buat masa ini, orang ramai mungkin menghadapi kesukaran untuk membuat semakan. Orang ramai dinasihatkan membuat semakan di luar waktu puncak. Segala kesulitan yang timbul amatlah dikesali. Untuk rekod, bayaran BPN akan dilakukan secara berperingkat pada bulan April dan Mei 2020.

Sebagai memberi kemudahan kepada pelanggan, sebarang pertanyaan dan maklum balas berkaitan perkara di atas juga boleh dimajukan kepada LHDNM melalui:

  1. HASIL Live Chat
  2. Borang maklum Balas di portol rasmi LHDNM di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/;  dan
  3. Media Sosial Rasmi LHDNM iaitu :

Covid-19 | Perintah Kawalan Pergerakan Hari Ke 17

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari ini memasuki hari ke 17. Aku masih setia dirumah. Mencari pekerjaan di dalam rumah. Makan minum aku sediakan sendiri. Kain baju aku basuh sendiri. Sepanjang PKP ni, tiada istilah 'tapau makanan' dan 'mendobi'. Fuhhhhh, jimat sungguh kewangan aku setakat ni! Bila lapar masuk dapur, masak dan makan. Baju kotor, basuh sendiri, jemur dan dah kering terus lipat. Terbaik!!!


Sepanjang PKP ni memang agak bosan. Sangat bosan siakkkkk!! Tapi dalam kebosanan, sebenarnya banyak benda yang aku belajar. Rasanya banyak benda positif yang hadir dan jadi dalam hidup aku. Yess! negatif pun ada tapi aku malas nak pening kepala memikirkan semua tu. Aku nak jalani hidup ni dengan tenang. Relak brother.. brother relakkkk.. cool wehhh..

Aku ni seorang yang agak susah nak masuk dapur dan masak. Well, bukan bermaksud aku tak pandai masak tapi sebab malas kot. Setakat masak meggi, rebus air tu kacanggg je boss *berlagak!* . Akukan tinggal sonsorang sebab tu malas nak masak sebenarnya. Rasa macam sedis pulak mengenang nasib, masak beria pastu makan sonsorang. Sobbb... sobb.. sob.. sebab tu sebelum ni aku lebih suka tapau kalau rasa nak makan yang beria ria. Sebelum ni pun kalau malas nak keluar tapau, aku akan masak menu yang simple. Selalunya yang aku masak menu yang berasaskan spaghetti, sebab aku suka beli stock spaghetti banyak banyak. Bagi aku, spaghetti mudah dan cepat disediakan.

Sekarang semuanya dah berbeza!!! beza sangat berbeza. Semenjak wujudnya PKP ni, aku macam suka pulak masuk dapur. Masak menu itu ini. Cuba resepi itu ini. Kemas dapur, cuci dapur, blaaa.. blaa.. bla.. Setakat ni antara menu yang aku masak termasuklah ayam goreng sambal hijau, ayam masak halia, ikan goreng sambal, ayam masak cili, nasi goreng sambal hijau, nasi goreng cili api, bubur kacang hijau, sambal ikan bilis masak ubi kentang, dan adalah beberapa menu lagi yang aku tak tahu apa namanya. Heheeee resepi campak campak je beb. Tapi takpe janji aku dapat asah skill memasak yang selama ni aku simpan akibat kemalasan, kan?

Selain tu, aku pun dah rajin blogging sejak PKP ni. Heheeee... dah rajin bukak blog. Tapi itulah, disebabkan dah lama sangat tak blogging kot, aku ingat ingat lupa dengan segala apa ilmu blogging yang pernah aku menuntut satu ketika dulu. Cewahhhh, ayat nak gempakkk je kau ni!! Bwerkkkk 

Untuk hari ni aku ada buat edit edit sikit pada blog ni. Tapi itulah.. terkial kial sungguh. Ingat ingat lupa di mana, dekat mana semua tu. Heheee... perkara yang sepatutnya boleh siap sekejap jadi berjam jam pulak dapat dekat aku. Tapi takpe... masa PKP banyak lagi, jadi bolehlah gigihkan diri untuk terus blogging lepas ni.

Okaylah, aku dah penat menaip ni. Sekarang pun, dah masuk tengah hari. Aku stop dulu eh. Nak sediakan barang barang untuk masak pulakkk. Cewahhhh masakkk gaissss ! Tapi aku hari hari mati akal bila part nak masak ni. Tak tahu nak masak menu apa wehhh! Okay bye

Cara Semak dan Mohon Bantuan Prihatin Nasional (BPN)

Bantuan Prihatin Nasional vs Bantuan Sara Hidup

BPN is BPN.
BSH is BSH.
Persamaan? Bantuan. Under LHDN.
Tapi sekarang bukan nak apply BSH lagi sebab permohonan BSH2020 dah tutup 15/3/2020. Sekarang ni nak apply for BPN. Yang PM announce haritu.

Tarikh apply 
BSH : 1/2/2020 - 15/3/2020 
DAH TUTUP

BPN : 1/4/2020 - 30/4/020 
MASIH DIBUKA

Pergi terus ke website http://bpn.hasil.gov.my
Semakan No. kad pengenalan.
Lulus. Duduk diam diam.Cuba double check akaun bank mana korang daftar.
Sekiranya tiada rekod. Click untuk Permohonan Baru.
Buat id akaun.
Selesai

Soalan banyak diterima macam mana nak daftar incometax and BSH?
Kalau Br1m sama tak dengan BSH?
Ramai yang salah faham, ingat kena ada benda alah ni baru boleh apply.

Untuk pencerahaan bersama
1) Dulu memang BR1M (Bantuan Rakyat 1 My) selepas bertukar kerajaan, ianya menjadi BSH ( Bantuan Sara Hidup). Basically dia tak sama. Sebab tu korang yang apply BSH kena kemaskini. Sebab tak semua details BR1M kita ambil. So, korang kena daftar (bagi yang layak) BSH sebab BR1M dah tak valid.

- so yang dinyatakan di dalam kenyataan sesiapa yang dah apply BSH memang lulus permohonan dia. Tak perlu buat permohonan baru untuk BPN sebab korang secara automatik memang akan terima bantuan tu.

- dulu BSH untuk bujang ada apply & dapat (atau tak layak) masa RM100. Nak kena apply lagi tak?
Maksud dia, pergi dekat website yang sama. Buat semakan. Masukkan ic and check. Mcm saya, saya dapat BSH RM 100 dulu so bila saya check guna ic. Permohonan saya lulus sebab? Saya salah seorang penerima BSH dahulu.


- dulu BSH ada apply, tapi masa bujang. Sekarang dah kahwin. Macam mana nak kemaskini nanti BPN dapat status bujang.

Sepatutnya kena kemaskini semasa tarikh permohonan baru/rayuan 1/2/2020-15/3/2020. So, bila dah jadi macam tu, nak update dekat siapa?

Setahu saya, dah tak boleh update. Sebab penerima BPN yang melalui BSH dia akan ambil data dari situ. (Boleh call careline Hasil untuk kepastian.)



2) Daftar dengan LHDN.
Tak perlu daftar income tax untuk BPN ni. Sebab yang ada nombor Cukai ni golongan M40. Tapi ada dua jenis.

i) ada nombor cukai tapi gaji tak layak dikenakan cukai
2) gaji layak dikenakan cukai dan wajib declare.

So dari sini, pihak tertentu akan nilai dari data dalam system (income tax) korang layak atau tidak.

So yang layak, secara automatik BPN lulus. Tak perlu buat permohonan baru. Bagi yang, bila check tiada rekod. Boleh buat permohonan baru di website yang sama.

Boleh refer sini berapa bayaran korang akan dapat melalui pendapatan isi rumah bawah sekian sekian





And, for next soalan untuk IPT akan dapat bantuan RM200. Tapi, saya tak sure dari mana. For sure bukan sekali dengan BPN dan student tak boleh apply for BPN. Refer jawapan nombor 11


Kalau korang ke website http://hasil.gov.my dia akan keluar macam ni. Pilih untuk BPN tu. Jangan terkejut pula tengok e-filing bagai tu. Ignore je. Unless uolls dah wajib kena declare, jangan butakan mata ye


Kalau korang terus pergi ke http://bpn.hasil.gov.my dia akan keluar macam ni so just masukkan ic untuk semakan. Situ yang dia akan bagitahu korang lulus ke atau kena buat permohonan baru.



Saya nampak ramai je orang buat summary untuk BPN ni. Siap tunjuk macam mana nak log in nak isi. Exactly macam mana yang saya tulis sekarang. Cuma you nak baca atau tak je. Baca dulu. Info dah ada depan mata. Ni baca pun tidak, main buat je lepas tu salah tanya soalan yang dah ada jawapan dalam info diberi. Oichh sedissss...

Oh ya, sesiapa yang saya explain tadi tergolong dalam layak untuk dapat BPN. Macam kawan saya sorang ni, dia tunjuk she got text dari LHDNM yang dia lulus BPN so tak payah semak/apply. Just tunggu pembayaran pertama.


Korang boleh apply time pagi buta. Taklah laju website still loading macam siput tapi kira okay lah dari buka di siang hari Ghost semoga selamat buat dengan apa yg uolls nak buat, stay safe, duduk rumah! Dan, yang penting. Baca dulu, baru tanya mana tak faham. Kang kena smackdown kang

So, mana yang tidak lulus. Atau, dulu bujang sekarang dah kahwin dapat yang bujang. Boleh buat rayuan ye.

And, another information! Mamang akan diberitahu through sms atau email. So, kalau diminta details bebukan. Jgn layan!


Sumber : @capuyaaa