Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

BPN | Kenyataan Media Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

Bantuan Prihatin Nasional (BPN)


Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memaklumkan bahawa golongan B40 yang telah menerima Bantuan Sara Hidup (BSH) dan golongan M40 yang telah mempunyai data cukai pendapatan dengan LHDNM tidak perlu membuat pendaftaran bagi permohonan Bantuan Prihatin Nasional (BPN). Ini kerana penerima BSH layak menerima BPN secara automatik manakala golongan M40 yang mempunyai data cukai pendapatan dengan LHDNM pula akan dinilai berdasarkan jumlah pendapatan dan kriteria lain yang ditetapkan oleh Kerajaan.

Semakan status penerimaan BPN boleh dilakukan secara dalam talian mulai 01 April 2020 dengan melayari portol LHDNM di https://www.hasil.gov.my atau https://bpn.hasil.gov.my . Sekiranya status semakan adalah 'tiada rekod' , orang ramai boleh membuat permohonan baharu dengan klik butang 'Permohonan Baru' . Permohonan baharu secara dalam talian adalah dibuka sehingga 30 April 2020.

Orang ramai hanya perlu mengikuti langkah mudah seperti berikut untuk semakan penerimaan BPN :
  1. Masukkan Nombor Kad Pengenalan (No I/C)
  2. Masukkan cod captcha yang diberikan, dan
  3. Keputusan akan dipaparkan

Orang ramai diingatkan bahawa tiada permohonan secara manual menggunakan borang setakat ini memandangkan semua premis LHDNM ditutup sementara sehingga tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tamat.

Semantara itu, bagi permohonan yang tidak berjaya, rayuan boleh dikemukan secara dalam talian dengan melayari portol rasmi LHDNM di http://www.hasil.gov.my atau https://www.bpn.gov.my bermula 03 April 2020


Memandangkan trafik capaian ke portol-portol rasmi yang dinyatakan di atas adalah amat tinggi buat masa ini, orang ramai mungkin menghadapi kesukaran untuk membuat semakan. Orang ramai dinasihatkan membuat semakan di luar waktu puncak. Segala kesulitan yang timbul amatlah dikesali. Untuk rekod, bayaran BPN akan dilakukan secara berperingkat pada bulan April dan Mei 2020.

Sebagai memberi kemudahan kepada pelanggan, sebarang pertanyaan dan maklum balas berkaitan perkara di atas juga boleh dimajukan kepada LHDNM melalui:

  1. HASIL Live Chat
  2. Borang maklum Balas di portol rasmi LHDNM di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/;  dan
  3. Media Sosial Rasmi LHDNM iaitu :

5 ulasan

  1. perkongsian yang baik. Tunggu je la ni.. hehe

    BalasPadam
  2. itulah, dari semalam lagi nak isi tak dapat-dapat.

    BalasPadam
  3. Ye... LeYa bersyukur sebagai rakyat Malaysia.. Punya banyak faedah yang diperolehi. Alhamdulillah

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah, aku dah semak dan lulus... itu pun berbekal kan smngt tekan refresh berjam jam.. hehehehe

    BalasPadam