Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Khasiat Limau Nipis


MANFAAT LIMAU NIPIS UNTUK RAMBUT

Mengatasi rambut gugur
Untuk mengatasi masalah keguguran rambut, ambil sebiji limau nipis dan perah untuk mendapatkan airnya. Air tersebut kemudiannya disapu pada kulit kepala dan biarkan semalaman. Bagi hasil yang lebih cepat, lakukan setiap hari.

Menghilangkan kelemumur
Gunakan air limau nipis dan sapukan pada rambut dan kulit kepala. Biarkan ia sehingga 20 hingga 30 minit sebelum dibilas. Anda boleh lakukan lebih daripada sekali untuk hasil yang tidak mengecewakan.

MANFAAT LIMAU NIPIS UNTUK WAJAH

Menghilangkan jerawat
Campurkan satu sudu besar air perahan limau nipis dengan satu sudu madu dan gaulkan sehingga rata. Kemudian, sapukan campuran yang telah digaulkan tadi pada wajah selama 30 minit atau biarkannya sehingga kering. Setelah kering, bersihkan wajah dengan air sejuk.

Menghilangkan bintik hitam
Potongkan limau nipis menjadi dua bahagian dan gosokkan pada wajah secara lembut dan perlahan-lahan. Biarkan ia kering terlebih dahaulu sebelum membasuh muka dengan air suam. Selepas itu, bilaskan pula wajah dengan air sejuk. Pastikan limau nipis tersebut tidak disapu pada bahagian kulit yang luka akibat jerawat kerana ia boleh menimbulkan rasa pedih.

Mengecilkan pori-pori
Potong limau secara nipis dan sapukan pada sekitar hidung dan pipi serta bahagian-bahagian yang berpori besar.

Menghalus dan mencerahkan kulit
Potong limau secara nipis dan sapukan pada bahagian kulit yang gelap dan kusam. Kulit anda pasti akan kelihatan lebih cerah dan halus jika diamalkan setiap hari.

MANFAAT LIMAU NIPIS YANG LAIN

Menghilangkan bau ketiak
Campurkan air perahan limau nipis bersama sedikit kapur sirih dan gosokkan di celah ketiak. Kemudian, bilas dengan air bersih. Lakukan dua kali sehari dan anda pasti dapat rasakan perubahannya.

Membersih dan mencantikkan kuku
Gunakan air perahan limau nipis dan gosokkan pada kuku anda. Anda pasti gembira melihat hasilnya!

Melegakan ketegangan
Untuk melegakan ketegangan otot, hiriskan limau nipis dengan tipis dan perah limau tersebut untuk mendapatkan airnya. Perahan air limau tadi haruslah dicampurkan dengan sedikit air. Gosokkan pada bahagian tubuh yang dirasakan tegang

Semoga bermanfaat

1 ulasan

  1. Assalamualaikum
    pada sesiapa yang ada kencing manis yang bacaan gula 10 atau belas2 atau 20 ke atas atau bacaan gula yang terlalu tinggi sampai kan mata menjadi rabun atau kaki luka dah tak tahu macam mana nak normal kan gula balik walau dah makan macam2 jenis herba atau dah cuba buat macam2 jenis petua tetapi gula masih lagi tinggi jomm kita turun kan gula dengan cara yang selamat dan berkesan.teh uncang kencing manis saya di perbuat dari pokok2 herba yang berkesan harga mampu milik.saya gunakan pokok2 herba yang terbaik
    Rasa langsung tidak pahit dan sedap untuk di minum
    🗣Jom sama2 kita viral kan, ..kita rawat cara selamat ,cara semula jadi tanpa kandungan kimia yang bahaya

    kita stabil kan gula kembali
    sementara ada kaki atau masih sihat buah pinggang baik kita rawat kan sebelum kaki kena potong atau mata rabun atau buah pinggang rosak jomm ubat kan secepat munkin
    jika kaki luka berair kita kering kan dan sembuh kan semula dalam berapa hari ja jangan lambat nanti kaki tu kena potong
    harga seratus lebih ja untuk sebulan tunggu apa lagi kita rawat ja lah kan dari makin melarat penyakit
    call atau whasap sy Mohd Zuhairi Bin Noordin
    0174687570

    BalasPadam