13 Oktober 2015

Monolog | Part 11

Paling tak suka bila badan tak sihat
mesti hati pun turut tak sihat
Hurmmm.. hati jadi sensitif
pantang silap sikit, dah terasa
pantang berkasar sikit, dah terasa
ishhhh.. aku tak suka dgn perasaan ni
perasaan sensitif yang menyakitkan hati aku
membazirkan airmata aku juga
senangnya airmata mengalir waktu tak sihat macam ni
Hurmmm.. sungguh aku tak suka.
ikut hati nak tidur je
malas nak peduli dah yang sekitar 
tapi hidung tersumbat
tak dapat nak tidur
ubat? segala ubat yang doctor bagi dah makan
tapi demam ni mcm tak kebah pun
mcm makin teruk je
tiga hari lepas rasanya demam saje
tapi hari ni dicampur sekali selsema dan sakit tekak
perhhhh kalau sesekali terbatuk tu memang rasa perit
sampai mengalir airmata kowt
punyalah perit rasa tekak
Alhamdulillah, rasa sakit kepala dah beransur hilang
tapi badan masih lesu lagi
rasa macam nak terbaring je atas katil
malas nak bergerak
malas nak ke mana-mana
tapi aku sekarang di asrama,
kalau dilayan sangat rasa sakit tu mmg satu kerja tak jadi nanti
silap hari bulan aku plak dilebal ponteng kelas
choiiii!
almaklumlah dekat sini peraturan asrama pelik sikit
rasa mcm menyakitkan hati pun ada
tapi dah nama pun peraturan jadi ikutkan sajalah
aku siapa untuk langgar peraturan, kan?
masuk harini dah tiga hari aku demam
kan best kalau mak dengan ayah ada depan mata skrg
nak mengadu dekat mak
nak mengadu dekat ayah
alahaiiii.. sebut je pasal mak ayah mesti hati aku terusik
rindu menggebu terhadap mereka
rindu mak, ayah dan adik-adik.
semoga mereka sentiasa sihat dan dalam lindunganNya sentiasa
rindu family


iLOVEu mak, ayah dan adik-adik

Previous Post
Next Post

post written by:

Kurus dengan mudah dan sihat. 

Agent Sah Medina Desire. 

7 ulasan:

  1. Get well soon.. Bersabar lah..sakit itu ujian. Bersangka baik...

    BalasPadam
  2. Allah, ciannya.. Cuba amalkan vitamin c setiap hari.. InsyaAllah, bantu kurangkan demam..

    BalasPadam
  3. btoi.. klu badan kita sakit.. x kisah dimana, emosi akan jadi x menetu.. jd nk marah je

    Jemput singgah blog Nurfuzie.com
    Jom memriahkan GA cik en yang bernilai lebih dari rm1KGive Away Nurfuzie Dot Com #1 Bernilai RM1000
    Shopping di entri Blogshop : Pin Tudung Super Comel by KAWAIDESU CONCEPT
    Dan Entri terbaru di Faktor Typing... Lama Gila

    BalasPadam
  4. Banyakkan sabar kala sakit ya.
    Dah lama saya follow blog anda ya

    BalasPadam
  5. sakit itu kafarah dosa2 kecil kita... be positive insya allah...

    BalasPadam