23 Oktober 2015

Monolog | Part 14

Izinkan saya bahagiakan awak walaupun hanya untuk seketika
Awak,
Maaf sebab tak reply masej tu. Maaf sebab tak reply ws awak. Hurmm bukan tak nak reply tapi entah. tade jawapan sebenarnya untuk soalan awak tu. Maaf. Tak tahu nak dijawab macam mana. Saya selesa kawan dengan awak. Kita kawan pun dah bertahun. Kawan, hilang sekejap, muncul balik. Huhuuu gaduh? gaduh tu adatlah kan tapi tak pernah pulak sampai putus kawan. Saya selesa kawan dengan awak. Awak sentiasa ada ketika saya susah. Hurmmm saya je yang sentiasa tade ketika awak susahkan. Macam waktu awak excident hari tu. Saya tade pun kan. Maaf. terkilan jugak sebenarnya tapi tulah. Perkara dah lepas, benda dah jadi. Maaf. Untuk malam ni, sebenarnya saya tak bajet pun awak tetiba akan tanya soalan ni. Tah, tak tahu nak jawab apa. Sebenarnya, sejujurnya hati ni, saya tak nak couple. Bagi saya couple tu melemahkan saya. Kenapa? Sebab bila saya couple, mesti airmata saya akan jadi murahan. Mesti jiwa akan jadi sensitif. Mesti hati akan cepat terusik. Sebab tu saya tak nak couple. Bukan taj jelous tengok orang lain bahagia. Tapi, itulah.. Saya memang lemah dalam bab couple. Hurmmm nanti mesti memanjang berendam airmata.

Awak,
Kita berkawan dah lama. Saya selesa berkawan dengan awak. Saya tahu, dah agak lama awk propose saya dan balik balik jawapan sama yang saya berikan. Saya tahu awak banyak makan hati dengan sikap dan perangai saya. Saya tahu awak banyak berkorban untuk saya. Awak banyak habiskan masa dan duit untuk saya. Maaf, kalau saya menyusahkan awak selama ni. Sejujurnya, sekarang saya mula sayangkan awak. Dah selesa dengan sikap awak. Saya pun dah faham dengan perangai awak tu. Suka usik memanjang. Saya boleh terima dah sikap dan ragam awak. Saya mula sygkan awak. Tapi maaf, kalau boleh saya tak nak couple. Pengalaman lepas banyak mengajar saya. Saya tak nak realy yang tak tak kekal. Nanti relay ke mana dan awak pun kemana. Bagi saya, bila dah sayang cukuplah sayang tu dihati. Saya tak nak nanti saya kehilangan awak sebagai seorang kawan. Entah tak tahu nak jelaskan macam mana. 

Awak,
Saya tak tidur pun lagi ketika ws kedua awak masuk. Hurmmm.. just saya tak baca dan reply je. Tak tahu nak reply apa. Maaf, sbb buat awak menunggu. Tetiba rasa mcm nak nangis pulak. Entah tak tahu nak cakap apa. Banyak sangat benda yang nak di cakap tapi tak tercakap. Kalau betul awak sayangkan saya, harap awak bersabar dengan sikap saya. Harap awak bertahan dengan perangai saya. Saya pun kekadang tak faham dengan sikap dan perangai sendiri. Kekdang buntu pun ada bila fikirkan sikap dan perangai sendiri. Harap rasa sayang awak tu bukan gurauan. Hurmmm.. entah! Tak tahu nak cakap macam mana.

Tak tahu sebenarnya nak cakap apa. Sebab rasa macam semuanya tak terucap. Dapat masej tu, tetiba jadi kaku. Tak mampu untuk aku bukak. Hanya mampu bacanya di notification. Hurmmm.. apa yang nak direply. Hati tetiba blur. Tak tahu nak reply apa. Takut pun ada sebenarnya. Tak nak hampakan hati orang. Tapi dalam masa yang sama tak nak bagi harapan palsu. Nanti sakitnya tu, aku pun turut rasa tempiasnya. Macam mna erk? Mata terus cerah ni. Dah hilang rasa mengantuk yang tadi menggiler minta ketiduran. Whatsapp pun dah tak bukak. Tak nak di lihat last seen aku. Nanti dia mesti persoalkan last seen tu. Aku online tapi kenapa tak reply ws dia. Glurp! Aku tade jawapan untuk soalan tu. Aku tade jawapan untuk ws dia tu. Okaylah, tengok jam sekrang pun mcm dah lewat je. Esok aku ada kelas. Tade dah cuti-cuti disebabkan jerebu. Hurmmm.. tidur dulu erk. Esk pulak fikir tentang masalah ni. Assalamualaikum.
Previous Post
Next Post

post written by:

Kurus dengan mudah dan sihat. 

Agent Sah Medina Desire. 

6 ulasan: