Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Kelebihan menyimpan janggut | Sunnah menyimpan janggut

Assalamualaikum

Janggut selalunya tumbuh di bahagian dagu dan pipi. Tahukah anda bahawa menyimpan janggut ini sunnah Rasulullah s.a.w yang sangat dituntut kepada kaum Adam?

Rasulullah menggalakkan Muslimin sekalian menyimpan janggut dengan ukuran lebih kurang segenggam. Rasulullah bersabda, mafhumnya :

"Handaklah kamu membezakan diri daripada kaum musyrik, pendekkan misai yang meliputi bibir dan simpanlah janggut sampai lebat." (Riwayat Muslim)

Hukum mencukur janggut mengikut mazhab Syafi'i adalah makruh. Namun kita dibolehkan menipiskan janggut agar ia berada dalam keadaan yang terurus dan kemas.


Kelebihan menyimpan janggut

1. Jangut lelaki mengandungi hormon testosterone yang amat diperlukan untuk kesuburan wanita.

2. Janggut boleh melindungi kelenjar sebum di bahagian muka daripada terkena acne vulgaris bacteria. Oleh sebab itu, ia dapat melindungi seseorang daripada jerawat.

3. Menghangatkan kawasan muka dan melindungi dagu daripada bahaya.

4. Lebih panjang dan tebal janggut seseorang itu, sepatutnya dia akan menjadi seorang yang lebih baik.

5. Menghindarkan daripada mendapat penyakit tekak dan gusi.

6. Mengelakkan daripada mendapat kebanyakan penyakit yang berkaitan dengan sistem pernafasan seperti asma.

7. Memelihara muka daripada terkena bahan-bahan kimia yang merbahaya dan pencemaran udara.

8. Melindungi kulit dan seterusnya mengurangkan kedutan akibat penuaan.

Kekurangan mencukur janggut

 => Mencukur janggut boleh menyebabkan sel-sel semula jadi pada bahagian muka terhakis. Perbuatan ini boleh menyebabkan seseorang berisiko tinggi untuk mendapat kanser pada bahagian muka


Perhiasan lelaki bukan gelang, bukan rantai tetapi janggut. Simpanlah janggut, ia SUNNAH. 

5 ulasan