Pertama sekali, untuk mengesan sekiranya jantung bermasalah. Cuba lihat tanda- tanda serangan jantung disini. Sekiranya ada simptom berikut. Anda berisiko tinggi untuk diserang masalah jantung pada usia yang masih muda seawal 20 tahun!
Jom ikuti langkah-langkah mencegah serangan jantung yang bakal anda alami.
1). LAKUKAN PEMERIKSAAN AWAL
Menurut sumber dari Kementerian Kesihatan, dari segi jumlah pesakit yang menghidap diabetes, Malaysia berada di tangga pertama dalam Asia dan tersenarai di tangga ke-10 dunia bagi selepas Asia Barat dan Asia Pasifik. Mengikut rekod, ada 2.6 juta pesakit diabetes berusia lebih 30 tahun.
Daripada jumlah ini, separuh atau 1.3 juta tidak sedar mereka mempunyai diabetes. Anda yang berisiko tinggi, disarankan membuat pemeriksaan awal dan berkala bagi mengelakkan sebarang komplikasi.
2). MENGAMBIL PEMAKANAN SEIMBANG
Kurangkan pengambilan lemak,terutama lemak tepu seperti mentega untuk merendahkan risiko kolesterol berlebihan dalam darah sekaligus mencegah risiko penyakit jantung. Makan buah-buahan dan sayur-sayuran (8 hingga 10 hidangan sehari) diikuti diet rendah lemak.
Ambil produk tenusu (3 hidangan sehari) boleh mengurangkan risiko tekanan darah tinggi. Akhirnya, kurangkan pengambilan gula dalam makanan dan minuman. Anda perlu memasak sendiri di rumah untuk mengawal paras gula dan garam dalam masakan!
3. MELAKUKAN AKTIVITI DAN SENAMAN
Menurut Pakar Runding Kardiologi, Datuk Dr. Khoo Kah Lin, aktiviti ringan atau sederhana, walaupun dilakukan selama 30 minit sehari boleh membawa manfaat. Aktiviti yang dimaksudkan termasuk berjalan kaki sambil bersiar-siar, naik tangga, berkebun, membersihkan laman, kerja rumah yang sederhana atau berat, menari dan senaman di rumah.
Senaman berbentuk aerobik yang lebih cergas seperti berjalan pantas, berlari, berenang, berbasikal, luncur kasut roda dan lompat tali pula merupakan cara terbaik untuk meningkatkan tahap kecergasan jantung dan paru-paru.
Jika anda mahu meningkatkan lagi tahap kecergasan, anda perlu bersenam 30 ke 60 minit, kebanyakan hari dalam seminggu, pada kadar 50-80 peratus daripada keupayaan maksimum anda.
4. MEMASTIKAN TIDUR YANG MENCUKUPI
Ubah gaya hidup anda. Masuk tidur lebih awal. Yayasan Tidur Kebangsaan di Amerika Syarikat mengesyorkan tidur selama 8-9 jam bagi orang dewasa. Tidur akan memperbaiki sistem imunisasi dan badan akan kekal sihat.
Semasa tidur, tubuh kita memproses glukosa. Jika tidak cukup tidur glukosa akan gagal diproses dan berisiko untuk diabetes. Oleh itu, pastikan tidur anda cukup supaya badan boleh memproses glukosa dengan baik.
Tidur yang mencukupi juga boleh melegakan dari tekanan (stress) dan menjadikan badan lebih tenang disamping merendahkan kadar kolestrol dan tekanan darah serta mengelakkan berlakunya penyakit jantung.
5. KAWAL EMOSI AGAR TIDAK TERTEKAN / STRESS
Kawal emosi anda agar tidak tertekan atau stress. Ini boleh dicegah jika anda berusaha meningkatkan kemampuan dan keyakinan diri untuk menanganinya. Cara termudah mengatasi stress ialah dengan mencari puncanya.
Sekiranya beban kerja merupakan punca, berilah perhatian lebih terhadapnya dan cubalah menyelesaikan setiap masalah yang timbul dengan sebaik mungkin. Ada pelbagai cara untuk mengatasi stress antaranya rehat seketika, melakukan riadah, bercakap dengan seseorang, bercuti dari kerja dan sebagainya.
Semoga bermanfaat (=
Tiada ulasan