Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Tip membeli handphone | Telefon Bimbit

Assalamualaikum


1. Bijak tawar-menawar

Korang mesti nak handphone dengan harga yang murah kan? So apa salahnya korang buat survey dulu model handphone yang korang nak beli tuu dekat kedai lain. Survey jea banyak-banyak sampai jumpa kedai yang betul-betul murah.

Bila dah jumpa model handphone yang korang nak cari tuu dengan harga yang paling murah, korang cubalah mintak tawar kat jurujual tuu. Tawarlah serendah yang mungkin. Contoh kalau harga handphone tuu RM500, korang tawarlah jadi RM450. Kalau dia tak bagi turun harga, korang cuba acah-acah tak nak beli atau cuba compare dengan kedai lain. Teknik ni paling penting untuk physco si jurujual ni. Selalunya jurujual ni akan cair dengan physco yang korang buat. Percayalah.

2. Jangan terima tawaran masukkan software jika dicaj

Benda ni banyak kali aku perhatikan bila nak beli handphone ni. Korang janganlah tertipu dengan tawaran yang kata masuk software itu masuk software ini dapat murah. Korang tau tak, korang boleh masukkan software tuu sendiri okay!

Serius pandai jurujual handphone ni 'pancing' pelanggan mereka. Ada ke patut kata diorang akan siapkan sekali dengan jailbreak handphone Android (kalau korang beli phone Android) bila korang bayar 'pakej' yang diorang tawarkan. Kononnya korang boleh download software free dengan apps yang diorang masukkan tuu. Apakah?! Jailbreak pada Android?! Ini adalah satu penipuan terang-terangan! Mana ada istilah jailbreak dalam Android? Jailbreak untuk iPhone okay! So korang, hati-hati. Kalau dia rela nak masukkan takpe. Jangan sampai dicaj semata-mata nak masuk software yea. Korang nak kea bagi RM80 kat diorang tuu free-free?

3. Jangan bayar lebih untuk beli memory card

Fuhhh, ini satu lagi 'sindiket' secara halus yang jurujual handphone buat kat pelanggan mereka. Seperti apa yang Arib cakap kat atas ni, memory card yang dijual dekat kedai handphone harga melampau-lampau habis! MicroSD 2GB RM30?! Itu okay lagi. Ada yang sampai memory card 4GB RM45 kata murah? Murah?! Okay, secara eksklusif kat blog ni, korang tengok lah sendiri harga pasaran memory card dekat Malaysia ni.

So korang jangan lah 'ter'bayar lebih kepada si jurujual handphone ni. Rugi jea nanti.

4. Screen protector lebih RM10 say bye bye

Okay, aku kalau beli handphone, aku tak kan terima tawaran nak pasang screen protector ni. Sebab pasang kat kedai jual handphone confirm-confirm harga dia lebih RM10 malah ada yang lebih mahal dari tuu bergantung jenis screen protector yang korang nak pakai. Ada screen protector kalis cap jari, ada yang screen protector privacy.

So apa yang aku sarankan, kalau korang nak pasang, better pergi pasar malam sebab screen protector kat situ harga dalam RM5 sahaja siap pasang. Kat pasar malam lebih murah sebab diorang tak perlu bayar sewa kedai mahal. So kalau korang nak cari aksesori handphone macam cover case kea apa, better beli kat pasar malam jea. Jauh lebih murah. Korang pun dapat save budget korang.

5. Pastikan No. IMEI di handphone dan kotak pakej adalah sama (jika beli baru)

Hehe, yang ni untuk korang yang nak beli handphone baru. Kalau beli handphone second hand tak perlu ikut ehh. Takde kotak pun, huhu. Okay, benda ni simple jea. Korang tengok no. IMEI dekat handphone baru korang tuu pastu compare kan dengan kotak handphone tuu. Pastikan sama. Nanti senang nak claim waranty.

Credit : SINI 

3 ulasan

  1. Cik akak main beli je dik....
    Tak pandai nak buat tawar menawar..kiki

    BalasPadam
  2. nice sharing. lepas ni kene bijak la sebelum terkena

    BalasPadam
  3. Nice tips. Thanks for sharing :)

    BalasPadam