27 Jun 2016

Betul ke anak no 2 macam ni ?


Siapa anak nombor 2? Okay, kita geng!
Jom kita check out fakta anak nombor 2 ni. Betul ke tidak ni, entahlah.

Senang memaafkan orang
**Hakak memang senang nak maafkan orang tapi agak payah nak lupakan kesalahan yang orng pernah lakukan

√ Garang macam harimau tapi hanya pada sesetengah orang 
**Garang ke? Entahlah. Rasanya tak garang kowt cuma tegas je mengikut persekitaran dan semasa

√ Kalau gelak tak ingat dunia 
**Memang pun. Tapi hanya dengan orang yang satu kepala dengan hakak. Yang giler giler, yang kepala masuk air. Terutama bestie kesayangan hakak. Yess, bantai gelak tak sedor diri, tak ingat dunia. Astafirullah'alazim. Huhuu

√ Sensitif, hati lembut
**Sensitif ke? Hakak memang sensitif pun tapi hanya dengan orang yang hakak sayang. Kalau kau kawan hakak, tade maknanya hakak nak sensitif bagai. Buang karen je beb.

√ Ramai peminat 
**Salah! Hakak mana ramai peminat. Peminat pun tade der.

√ Mudah menyanyangi orang lain jika orang tu ambil berat tentang dirinya
**Betul kowt. Buktinya? Hakak pernah kawan dgn sorang mamat tau time study. Kiteorang mmg rapat giler. Memang kamcing habislah. Hakak pun tak sedar bila masa hakak mula sygkan dia tapi dgn dia buat hakak selesa, jadi diri sendiri. Last sekali dia ada makwe. Hakak frust giler. Okay baru sedar rupanya hakak tangkap cintan kat dia.

√ Sukar melupakan orang yang dia sayang
**Memang pun. Dah tiga toun lebih hakak break dengan atok. Tapi sampai sekarang tak pernah dan tak mampu lupakan dia. Even dia kejam tapi hakak tetap ingat kat dia. Kekadang rindu sampai menangis bagai. Ishhh rugi plak rasanya airmata hakak perhabis kat dia.

√ Selalu menjadi tumpuan orang ramai
**Salah. Mana hakak pergi orang lain tak pernah peduli pun. Acah acah macam hakak tak wujud gamaknya. Sedis sedih. Hahaa!

√ Sentiasa mengingati kawan lamanya
**Ya. Hahak sokmo teringat kekawan lama. Tapi yang rapat rapat je lah. Hahaaa terutama yang kepala giler serupa hakak ni. Time study dulu sama sama buat kerja giler. Pukul dua tiga pagi curi curi keluar hostel lepas tu merempit pergi cari burger otai. Oichhh indahnya waktu tu.

√ Romantik & penyayang
** Ye ke? Macam salah je. Rasanya hakak ni kasar orangnya. Ramai yang cakap hakak ni ganas. Hahaaa celah mana ganas, hakak pun tak tahu. Hentamlah labu air.

√ Manja & pemurah
**Aku punya manja kau saja boleh rasa. Oichhh tidakkk! Rasa macam hakak ni tade lah manja sangat tapi kalau pemurah tu ada kwot. Ewahhhh okbye :)

√ Peramah
**Macam idok je. Hakak ni jenis pendiam tau. Bercakap, berceloteh ikut pada mood. Kalau malas nak bukak mulut hakak diam sepanjang hari tapi kalau kena dengan gaya dan cara, hakak memang meleter tak henti henti. Tadahlah telinga kau siap siap.

√ Kepala gila gila gila gila²
**Sokong! Hakak punya giler hanya mereka je yang tahu. Mereka yang sama naik giler nya dengan hakak.

√ Takut gelap
**Yang ni tengok pada keadaaan. Kalau tidur malam sorang sorang dekat hostel memang hakak tak pernah tutup lampu. Bukan takut tapi seram.

√ Suka memasak & bagi orang makan masakannya
**Yang ni macam entahlah. Hakak memag rajin masuk dapur tapi kalau bab masak tu macam mampu kira dengan jari je. Selalunya hakak just tolong mak. Jenis hakak, kalau hakak masak dan hakak jamu dekat orang, memang hakak takkan makan dah makanan tu. Tapi kalau hakak masak dan hakak makan makanan tu, comfrem hakak takkan bagi dekat orang lain dah. Kenapa? Entahlah macam dah jadi tabiat plak dari duluan lagi.

√ Rajin
**Terpulang pada mood. Tapi kalau dekat rumah hakak memang perlu wajib merajinkan diri. Selalunya bahagia ruang tamu dan tingat atas rumah tu memang hakak yang kemas. Mak plak kemas bahagian dapur.

√ Kalau merajuk tu duduk diam je
** Eh macam tau plak erk. Memang pun. Jenis hakak kalau merajuk akan duduk diam dia. Bila merajukkan tetiba kepala rasa macam blur. Duduk diam diam, termenung lepas tu pandang apa yang ada dekat depan tanpa berkelip. lepas tu berderai airmata. Heheee jiwa hakak sensitif giler time merajuk. Jangan ditegur dan jangan dipujuk nanti makin sendu jadinya.

√ Suka menolong orang 
**Terpulang pada situasi. Malas nak explin :)

√ Tak tidur mati 
**Kalau letih sangat memang tidur tak ingat dunia, siap berdengkur irama lagi kowt. Hahaaa



Take note : Hakak anak no 2. Rasanya macam ada sesetengah fakta tu macam boleh digunapakai. Tapi ada yang setengah lagi tu macam out terus. Bagi hakak, semua terpulang pada diri masing masing. Korang nak rajin ke, nak malas ke, nak setia ke, nak curang ke, nak pemurah ke, nak kedekut ke, nak peramah ke, nak pemarah ke, semua tu terpulang pada orang. Korang dah besar panjang kan, dah boleh fikir mana yang baik dan mana yang buruk. 


Previous Post
Next Post

post written by:

Kurus dengan mudah dan sihat. 

Agent Sah Medina Desire. 

1 ulasan: