16 Disember 2016

Migrain Bukan Sakit Kepala


Migrain, berbanding dengan sakit kepala, boleh menyebabkan kesakitan yang melemahkan tubuh bagi ramai orang yang menghidapnya, yang boleh berlarutan selama berjam-jam dan adakalanya berhari-hari.

Sakit kepala, sebaliknya, tidaklah teruk atau kronik, tetapi ia juga tidak selesa sebagaimana migrain.

Migrain boleh diiringi oleh beberapa gejala lain termasuk: gangguan penglihatan, rasa loya, muntah, pening, menjadi sangat sensitif pada bunyi, cahaya, sentuhan dan bau, dan rasa menyengat atau kebas pada bahagian muka.

Migrain dianggap sebagai satu sindrom dan selalu digambarkan sebagai “satu koleksi gejala-gejala yang timbul dari satu punca biasa dan diklasifikasikan mengikut kumpulan gejala-gejalanya.

Oleh kerana gejala-gejalanya adalah sangat berbeza, migrain sering tersalah didiagnos.

Ada beberapa jenis kategori sakit kepala dan apa yang anda alami itu tidak semestinya migrain.

Ujian menentukan kategori sakit kepala


Bagi membantu menentukan sakit kepala yang anda alami tergolong sebagai migrain atau tidak lakukan ujian berikut terhadap diri anda:

Adakah ketika anda mengalami sakit kepala, anda juga mengalami sakit hingga ke bahagian perut?

Adakah anda kerap terganggu atau silau dengan cahaya semasa anda sakit kepala?

Adakah sakit kepala yang anda alami membuatkan anda tidak mampu melakukan aktiviti selama satu jam atau lebih dalam tiga bulan kebelakangan ini?

Jika dua dari tiga pertanyaan di atas dijawab 'ya' kemungkinan anda menghidap migrain.

Untuk tindakan selanjutnya, elakkan pengambilan makanan dan minuman yang boleh menjadi punca timbulnya migrain seperti minuman beralkohol, coklat dan keju.

Malangnya, tiada penawar untuk migrain pada ketika ini. Walau bagaimanapun, ubat-ubatan dan rawatan yang boleh membantu untuk mengurangkan beberapa kesakitan dan gejala-gejalanya ada boleh didapati.

Berundinglah dengan doktor anda jika anda menghidap migrain bagi membantu menentukan rawatan terbaik.

siapa pernah sakit migrain ni?
biasa aku petang smpai ke malam tanggung sakit :'(

Previous Post
Next Post

post written by:

Kurus dengan mudah dan sihat. 

Agent Sah Medina Desire. 

0 Pengkritik: