Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Cabaran 21 Hari Tanpa Gula Tambahan

Gula tanpa sedar adalah dadahyang paling bahaya sekali di dunia tetapi ianya dihalalkan.Pelik!



Kenapa ianya dihalalkan? Kerana gula adalah salah satu penyumbang utama kepada ekonomi dunia. Jika gula diharamkan, banyak perniagaan akan ditutup terutama perniagaan makanan dan minuman dan akan menyebabkan ekonomi dunia akan menjadi lumpuh.

Sebenarnya tanpa sedar, dunia tidak mahu kita hidup sihat, mereka mahukan kita sakit demi ekonomi mereka. Jika banyak orang sihat, hospital, klinik, insuran, business ubatan tidak dapat menghasilkan jualan dan meraih keuntungan. Mereka sebenarnya mahukan kita sentiasa sakit, demi ekonomi mereka, terutama pihak yang kaya raya di atas sana.

Jadi adakah kita mahu tunduk kepada mereka dengan mempercayai mereka?
Fikirkanlah kerana kita seharusnya sayang diri kita, mereka sebenarnya kurang pedulikan kita.

Kenapa dikatakan gula adalah dadah paling bahaya?

Gula tidak seperti dadah lain, tidak perlu dicucuk ke dalam badan, tidak perlu di "smoked", tidak perlu di "snorted" untuk mendapatkan kesan tenang dan bertenaga. Gula hanya boleh ditelan direct ke dalam mulut melalui makanan ataupun minuman. Sebab itu kanak-kanak yang diberi gula kadang-kala menjadi hyper (sugar rush) dan sering ketagih lagi mahukan gula tersebut. Jika tidak dapat, akan menangis berontakkan. Kenapa? Sebab mereka sudah ketagih di awal usia lagi

Bahayanya dadah gula ini akan dikesan dalam jangka masa yang panjang, bukan dalam masa terdekat. Tetapi dalam masa yang pendek, kesan gula ini akan memberikan kanak-kanak atau orang dewasa kegembiraan (ketika mereka makan), melegakan keadaan stress, menghilangkan kesakitan/ kedukaan emosi, memberi fokus kerja dan memberi tenaga sehingga dose gula tersebut habis. Dan apa yang lebih bahaya, mereka yang sudah biasa, akan mahukanya lagi dan lagi. Ketagih!

Penggunaan yang berterusan tanpa sedar akan menyebabkan gejala obesiti (kegemukkan) sebati dengan mereka dan lama kelamaan dari obesiti ini akan menyebabkan mereka mendapat diabetic (kencing manis) seterusnya serangan jantung/sakit jantung dan seterusnya sakit buah pinggang, penyakit 3 serangkai. Penyakit 3 serangkai ini adalah punca utama paling tinggi yang menyebabkan kematian di dalam dunia. Asalnya dari mana? Yes, dari dadah gula yang kita makan dan minum tanpa sedar sejak dari kecil lagi.

Dadah lain (yang diharamkan) tidaklah sebanyak mana menyebabkan kematian jika dibandingkan dengan dadah gula (yang dihalalkan) tetapi tidak bermakna kita boleh menggunakan dadah lain. Disebabkan itulah, gula tanpa sedar adalah dadah yang paling bahaya sekali di dunia.

Credit : KKM



*Adakah kita akan teruskan pengambilan gula? Atau sebaliknya?*


Tiada ulasan