Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Kita Manusia Kejam. Kenapa?

Allah sayang kita, tapi kita tak solat.
Allah bagi kita kaya, tapi kita tak solat.
Allah bagi kita nyawa, tapi kita tak solat.
Allah bagi kita kawan-kawan, tapi kita tak solat.

Apa lagi yg kita nak Allah bagi?
Semua dah bagi, kita sahaja yang tak bersyukur.


Take Note : Dalam tak sedar, sebenarnya kita ada segalanya dalam hidup. Mungkin ada sedikit kekurangan, tapi disebalik kekurangan ada kelebihan sebenarnya. Mungkin kita yang tidak nampak kelebihan tersebut sebab terlalu taksub dengan kekurangan yang kita miliki. Tak habis habis nak meratapi kekurangan, dalam erti kata lain tak reti nak bersyukur dengan apa yang telah kita miliki!! Hurmmmm...

Manusia, kau nak yang A. Bila dah dapat A, kau akan minta pula yang B. Bila dah dapat B, kau akan minta pula yang C dan begitulah seterusnya. Tak pernah bersyukur. Meminta yang lebih lebih. Adakah aku salah seorang dari manusia itu??

Sedarlah wahai manusia, disebalik kesusahan kamu, ada manusia lain yang lagi susah daripada kau. Belajarlah bersyukur duhai manusia. Syukuri apa yang kau ada. Bagi aku, tak salah kita nak meminta tapi apa yang telah kita ada sila syukuri dan hargai. Ingatlah, Dia sentiasa ada dengan kita. Sejauh mana pun kita dari-Nya, Dia sentiasa dekat dengan kita. Sekejam mana pun kita, Dia sentiasa dekat dengan kita. Siapakah Dia? Fikirlah wahai manusia...

Semoga aku menjadi manusia yang berguna, manusia yang sentiasa mensyukuri apa yang aku miliki, manusia yang dapat membantu manusia lain dikala kesusahan, manusia yang sentiasa menyayangi manusia yang menyayangi aku. Aamin.

Tiada ulasan