Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Apakah Bau Sebenar Vagina?

APAKAH BAU SEBENAR VAGINA?


Vagina ada baunya tersendiri, dan ada beberapa faktor yang menyumbang kepada bau tersebut. Antaranya adalah kadar pH dan cuaca sekitar.

Apa tu bau vagina!

  • BAU MASAM / TAPAI - Bau ini sangat biasa di kalangan vagina. Macam yogurt, sourdough bread, rilek je sebabnya ini adalah tanda-tanda adanya Lactobacilli, maksudnya vagina itu sihat. Vagina yang sihat adalah sedikit acidic, di mana pH nya di antara 3.8 dan 4.5.
  • BAU MACAM COPPER (TEMBAGA) - Selalunya bau ini akan muncul ketika datang haid. Ini kerana darah mempunyai iron/zat besi dan bila darah mengalir keluar, terhasillah bau ini. Bau ini juga ada setelah melakukan seks, kalau dinding vagina terluka sedikit semasa melakukan seks.
  • BAU MANIS MACAM SIRAP - Selalunya perubahan bau berlaku disebabkan oleh perubahan pH. Bau manis ni bukan macam bau biskut Famous Amos tu. Bau ni kuat dan macam ada earthy sikit, gituh! Dan perubahan ini boleh berlaku disebabkan oleh bakteria.

  • BAU KIMIA MACAM BARU LEPAS MOP LANTAI - Haa, bau ni sebenarnya tanda urine atau air kencing yang menghasilkan urea, mengandungi ammonia. Bau ini menunjukkan tanda kurang air dalam badan, dehydration. Ini juga mungkin tanda-tanda di mana anda mungkin terkena jangkitan bakteria.

  • BAU SEPERTI BAU BADAN - Bau badan atau body odor (BO) adalah disebabkan oleh saluran peluh. Apabila badan terasa stress, ia akan mengeluarkan peluh terutama di bahagian ketiak dan kangkang. Dan apabila bersatu dengan bakteria di bahagian vagina, jadilah bau yang begitu...

  • BAU MACAM IKAN - Bau ini walaupun biasa ada, ia boleh menunjukkan tanda-tanda seperti jangkitan bakteria ataupun penyakit jangkitan kelamin (STD).


Apakah bau yang menunjukkan tanda vagina tidak sihat?

Apabila ada simptom lain seperti:
- gatal
- sakit
- sakit ketika melakukan seks
- ada keputihan macam keju kotej
- pendarahan vagina di luar waktu datang haid


PERLU ANDA TAHU YA, BAU VAGINA SENTIASA BERUBAH-UBAH DAN IT'S OKAY! 

Faktor seperti dehydration, pakai seluar dalam yang tak sesuai, menopause, kitaran haid dan banyak lagi yang mempengaruhi semua itu, terutamanya perubahan pH di kawasan vagina.

Kalau rasa macam tak senang dengan bau yang tidak enak yang berterusan, silalah berjumpa dengan pakar sakit puan. Hanya mereka yang boleh memeriksa vagina anda, dan memberikan diagnosis serta ubat dan penawar yang sesuai.

Kalau pasangan korang yang bervagina mempunyai bau-bau yang tak seperti biasanya, tanyakanlah secara baik dan romantik kepada si dia. Janganlah viralkan tanpa segan silu, kerana anda juga menyumbang kepada bau yang tak enak tu. Complaint je, tak mengubah bau tu pun.

Oh, aku lupa. Sebenarnya penggunaan feminine wash atau alat pencuci kelamin yang bau wangi macam ladang lavender tu berbahaya kepada vagina. Ia menyebabkan pH vagina terganggu, membuat ia lebih kering dan mudah kena jangkitan bakteria. 

Cuci vagina dengan air je!

Vagina adalah organ self-cleansing di mana ia sentiasa membersihkan dan mengeluarkan produk tubuh yang tidak sihat. Power kot! Sebab tu vagina mengeluarkan bau yang pelik-pelik. Besar kot pengorbanan vagina ni, kalau korang nak tau.

Akhir kata, jagalah tubuh badan korang, nak pakai lama kot. Tak kisahlah vagina ke, penis ke, tangan ke, kaki ke. Tanggungjawab kebersihan diri DAN pasangan korang, terletak pada diri korang sendiri. Jangan pandai complaint kat media sosial je.

Sumber :Medsos

1 ulasan