Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

PENCARIAN BLOG LIST PERTAMA ELLY MATIN




Lipstick kegemaran? Huhuuu.. sebenarnya bab make up ni CikAin agak fail sikit. Mungkin jenis yang tak suka nak melaram kot. Tengok barang barang make up pun macam takde perasaan sangat. Mungkin sebab CikAin ni berjiwa agak lasak. Tapiiiiiiiiiii.. bibir haruslah dijaga gaisssss. Janganlah sampai kering kontang merekah bagaikan!!! Sebab tu CikAin guna vaseline. Vaseline ni ada banyak tau kebaikan. Serius tak tipuuu !!! Korang bacalah sendiri kat bawah ni :)

Antara kebaikan Vaseline termasuklah :


1. BULU MATA
Sapukan sedikit pada bulu mata sebelum masuk tidur. Buat setiap hari sebelum tidur. InsyaAllah panjang bulu mata.

2. KAKI
Nak kaki lembut seperti bayi, sapu setiap hari sebelum tidur dan selepas itu pakai stokin. Esok bila bangun, kaki lembut kalah baby.

3. SIKU
Siku hitam atau kering, sapu benda ini setiap hari dan lama kelamaan hilang hitam dan kulit tak akan kering.

4. KUKU
Nak kuku cantik, sapu Vaseline ini pada cuticles. Sapu tiga kali sehari untuk mendapatkan kelembutan dan kecantikan pada cuticles anda.

5. BIBIR
Nak bibir lembut dan tak kering, sapukan Vaseline ini setiap malam sebelum tidur. Menjadi guys! Nak pakai lipstick pun senang.

6. LIP GLOSS
Tak ada bajet beli lip gloss, guna saja Vaseline ini.

7. MINYAK WANGI TAHAN LAMA
Nak minyak wangi tahan lama, sebelum sembur minyak wangi itu, pakai dulu Vaseline di tangan, leher dan kemudian baru sembur. Tahan lama bau perfume itu nanti.

8. SEBAGAI PELEMBAP JERAWAT
Sapukan Vaseline di jerawat dan nanti boleh kecutkan jerawat.

9. PELEMBAP MUKA
Muka kering, boleh letak Vaseline ini. Jimat duit.

10 LUTUT HITAM
Haa, ada masalah lutut kering atau hitam, boleh juga letak Vaseline ini.

11. SCRUB BADAN
Campur dengan garam laut scrub badan yang 10 tahun tak scrub itu.

12. SAPUKAN PADA GIGI
Boleh letak di gigi supaya gigi tak kering melekat di mulut, nak senyum pun susah. Selain itu elak gincu yang mahal melekat pada gigi.

13. PELINCIR MENGURUT
Haa, nak urut abah ke, mak ke, suami ke, campur Vaseline dengan minyak dan selepas itu urutlah lama mana nak pun.

14. KRIM MALAM
Buat krim malam, panaskan biar cair dan selepas itu pakai di muka sebelum tidur.

15. MAKE UP REMOVER
Bawa Vaseline dan letak dalam beg. Masa nak buang make up, ambil Vaseline ini dan sapu di muka.

16. ELAK KULIT MUKA KERING
Pakai di muka ketika waktu panas, baru tak kering.

17. Blusher
Ambil lipstick dan campur dengan Vaseline dan sapu di pipi jadikan blusher. Jimat duit lagi.

18. MELEMBABKAN RAMBUT
Yang nak rambut lebat tak bercabang boleh sapu di hujung rambut. Boleh juga sapu di rambut baby biar lebat.

19. PADA BAWAH MATA
Sapu bawah eye shadow untuk nampak bersinar-sinar gitu.

20. MERAWAT KULIT SELEPAS BERCUKUR
Selepas cukur segala bulu itu, sapu Vaseline ini baru tak rasa kering kulit itu.

21. MENCANTIKKAN KENING

22. BULU MATA LEBIH BERKILAT DAN KALIS AIR.

23. RAWATAN KUKU

24. MENGHILANGKAN GARIS KULIT KERING

25. MEMUDAHKAN UNTUK MEMAKAI ANTING-ANTING


16 ulasan

  1. Wow, banyak ye kebaikan Vaseline ni, patutla kawan-kawan suka guna.

    BalasPadam
  2. wau banyak sungguh mnfaat vaselin ni rupanya kan... saya pun guna jugak ni... tapi lebih kepada anak-anak punya ruam pampers la..
    Good Luck Ain.. selamat bersegmen

    BalasPadam
  3. Vaseline ni memang sentiasa ada dalam simpanan. Aien jadikan pelembap sebelum calit lipstik. Hehe


    All the best Cik Ain. ^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Samalah kita.
      Selalu sapu jugak kat bibir untuk elak bibir kering

      Padam
  4. Good luck Ain. Saya baru saja beli Vaseline tapi letak di kaki saja. Maybe kena try di bulu mata.

    BalasPadam