Aku belajar. Aku belajar dalam setiap perkara. Kekadang aku terfikir kenapa mesti
aku perlu belajar sedangkang orang lain macam tak belajar pun.Aku belajar diam dari banyaknya bicara. Aku penat menjadi pendiam. mereka kecoh, riuh rendah sedangkan aku mendiamkan diri. mereka lantang bersuara manakala aku diam tak bersuara.
Aku belajar sabar dari sebuah kemarahan. Aku belajar. Aku cuba menahan kemarahan dengan bersabar. kenapa mereka naikkan kemarahan aku. Apa mereka tak belajar ke bagaimana cara untuk meredaan marah aku. Ishhhhh... aku saja ke yang perlu belajar. Penat tau tak!
Aku belajr mengalah dari suatu keegoisan. Ini yang aku paling benci! Aku hapuskan ego aku sebaliknya mereka memijak kepala. Aku mengalah dalam apa juga perkara. Bahkan aku mengalah walaupun bukan aku yang salah. Tapi kenapa tidak mereka hargai? Apa tak bernilai ke pengorbanan aku ni!
Aku belajar menangis dari kebahagiaan. Ya, aku menangis! Aku menangis dengan sikap manusia. Sikap kejam kawan-kawan. Aku menangis memikirkan kekejaman mereka. Mereka ragut kebahagiaan aku namun aku masih tetap mengalah. Ini bermaksud mengalah ataupun aku lemah sebenarnya? Entah, aku buntu!
Aku belajar tegar dari kehilangan. Disebabkan terlalu banyak aku mengalah. Inilah yang aku dapat. Aku kehilangan. kehilangan orang yang aku sayang. Aku kehilangan hak yang sepatutnya aku pertahankan. Aku mendiamkan diri, bukan kerana aku lemah tapi aku belajar untuk menjadi kawan yang baik. Tapi apa yang aku dapat? Ini! Aku kehilangan.
Aku penat hidup dalam kalangan manusia yang malas nak belajar. Aku muak dengan sikap manusia yang tak reti menghargai pengorbanan orang lain. Aku benci semua nie! Aku benci situasi macam gini! Aku penat!
belajar dari pengalaman yg lalu utk dijadikan pelajaran. biarlah mereka dgn perangainya yg masing2. tabahkan hati
BalasPadambertabahlah hati.... Biar org buat kita jgn kita buat org.. ye ke (=
Padamtak rugi kita berubah . pasti ada sesuatu baik yang Allah sembunyikan :)
BalasPadamInsyaAllah, Aamin..
Padaminsyaallah ganjaran dari kesabaran banyak hikmahnya...:)
BalasPadamsinggah petang...
BalasPadambelajar dengan penuh kesabaran :-)
BalasPadam