10 Mei 2015

Assalamualaikum

Sebagai manusia, kita tidak mampu lari dari melakukan kesilapan. Tapi sebagai manusia juga, kita mampu belajar dari kesilapan. Seandainya kesilapan yang sama dilakukan secara berulang kali, apakah itu masih boleh dikategorikan sebagai kesilapan? Bukan ke itu secara disengajakan?
Hurmmm...

Manusia, kenapa mesti ada umpatan dalam berbicara. Kenapa mesti mengumpat. Kadang kala aku sendiri naik buntu bila memikirkan hal ni. Apa yang berlalu disekeliling aku menggambarkan situasi ini saat ini. Benci! Hanya itu perkataan yang dapat aku sebutkan. Aku benci dengan situasi macam ni. Aku benci bila aku diumpat. Aku benci bila dengar mereka mengumpat. tapi kenapa mesti aku dengar umpatan- umpatan tersebut dan kenapa mesti aku mengumpat sama dalam sesetengah situasi!! Aku benci dengan semua nie.

Aku memerhatikan persekitaran hidup. Aku mendengar mereka mengumpat. Mereka sebenarnya berkawan tapi kenapa mesti ada umpatan dibelakang? Mereka sebenarnya tinggal didalam satu bilik tapi kenapa mesti ada kutuk mengutuk? Aku mendengar setiap umpatan dan kutukan mereka. Ingin sekali aku menyampuk, ingin aku memberikan nasihat tapi siapakah aku. Layakkah aku ini untuk memberi kata nasihat sedangkan aku sendiri kadang kala terlibat sama dalam umpatan tersebut.

Hati aku meronta. Aku lemas dengan situasi sebegini. Ingin aku larikan diri sejauh yang mampu namun kemampuan yang aku miliki tidak tercapai dek akal fikiran. Aku hanya mampu memerhati dan mendengarnya. Sesekali aku terdengar mereka juga mengumpat aku. Hah! Aku terkena sama dalam umpatan mereka. Aku hanya mampu tersenyum. Mungkin ini harga yang perlu aku bayar. Aku mengumpat mereka dan mereka mengumpat aku kembali. Penat aku memikirkan ragam manusia!

Bagi aku apa yang kita cakap sebenarnya akan berbalik kepada diri sendiri. Seperti kita bercakap dengan cermin. Contohnya, kita benci mereka melakukan sesuatu perkara tapi akhirnya kita sendiri turut melakukan perkara tersebut, Hah! Manusia, bercakap penuh dengan sembang. Sembang kosong dan gebangnya bagai nak rakkkk. Kau menegah dengan cara cacian dan makian tapi akhirnya kau sendiri turut sama melakukan perkara itu.

Aku pening dengan sikap manusia. Cakap tak serupa bikin. Hidup bagaikan tiada prinsip dan pegangan. Hidup bagaikan lalang di padang yang terbentang luas. Bercakap seperti buih dilautan yang luas tak bertepi. Benar kata pepatah, bercakap itu senang. Namun untuk melakukannya memerlukan semangat dan keimanan yang teguh. Kita mampu untuk menasihati orang tapi kadangkala kita juga terbabas dan melakukan juga perkara yang dilarang itu


Take note : Susah nak cari kawan yang sebetul-betulnya kawan. Kawan yang ada kebanyakkannya suka mengata di belakang. Depa kita mereka baik, bagaikan pijak semut tak mati tapi belakang kita segala keburukan dan kekurangan kita dijaja. Segala sikap yang mengaibkan kita diceritakan kepada orang seorang demi seorang. Inikah nilai seorang kawan? Inikah harga yang harus dibayar untuk berkawan? kawan.. Kawan.. Kawan...

Previous Post
Next Post

post written by:

Kurus dengan mudah dan sihat. 

Agent Sah Medina Desire. 

4 ulasan:

  1. TAG http://belongtomee.blogspot.com/2015/05/1st-giveaway-by-blog-princess-mimi.html

    BalasPadam
  2. Budaya mengumpat dalam kalangan kita ni terlalu melarat. Jangan kita jadi sebahagian yang bersama-sama mereka, dah ler :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semoga kita semua dijauhkan dari sikap dan sifat macam nie..

      Padam