Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Sahabat - Selamat malam Rohingya


Selamat malam Rohingya
Meski lenamu disisi mayat
Jangan menangis sahabat
Ini tuhan mengujimu

Selamat malam Rohingya
Dunia sedang tidur lena
Kami doakan untukmu
Sejahteralah selalu

Selamat malam Rohingya
Esok akan ada matahari
Perbanyakkanlah doa
Jangan kau terlepas taliNya

Rohingya adalah salah satu etnik yang terdapat di Myanmar, rata-rata etnik Rohingya adalah beragama Islam dan berketurunan Benggali. Rohingya memasuki Myanmar ketika era pemerintahan British abad ke 19. Malangnya, selepas kemerdekaan Myanmar, hak etnik Rohingya dianak tirikan oleh pemerintah Myanmar disebabkan oleh pemerintah Myanmar tidak mengiktiraf mereka yang datang ke Myanmar selepas kemerdekaan. Etnik Rohingya dibantai dan dihalau dengan cara yang kasar sehingga ada yang menjadi mangsa pemancungan pemerintahan Myanmar. Isu ini menjadi isu global dan dibawa hingga ke PBB. Etnik Rohingya ini dibenarkan menjadi pelarian di negara asing disebabkan ketidak adilan dan kekejaman yang dilakukan pemerintan Myanmar terhadap mereka. Mereka lari ke serata dunia hingga ke Malaysia. Mereka ini memegang kad pengenalan yang dikeluarkan oleh PBB sebagai orang pelarian yang sah dan perlu mendapat perlindungan dari kerajaan negara yang dipilih mereka

Selamat Malam Rohingya

Take Note : Sebak! Sedih! Sendu aku dengar lagu nie. Airmata hampir menitis. Bila dengar lagu nie, teringat pulak cerita tentang kaum Rohingya yang pernah diceritakan oleh lecture pada beberapa hari yg lepas. Rohingya, saudara seagama kita yang kini sedang ditindah tanpa belas kasihan di Myanmar. Nasib mereka sekarang bagaikan telur di hujung tanduk. Hurmmm.. banyak yang diceritakan olek lecture tu tapi entah.. aku sendiri tak tahu nak huraikan macam mana kat sini. Macam terbayang dimata, bagaimana terseksa dan susahnya mereka saat ni. Apa salah mereka? Apa dosa mereka sampaikan mereka dilayan sebegitu rupa. 

Ya Allah, Engkau permudahkanlah urusan kami. Engkau bantuilah hamba-hambaMu yang tidak terdaya dan tidak berdosa. Semoga mereka terlepas dari sebarang penindasan dan menaniayaan. 
Bertabahlah duhai Rohingya, kami disisimu, kami membantumu. 


6 ulasan

  1. Sedihnya bila baca berita2 pasal Rohingya skrg nie

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semoga mereka tabah dalam menerima dugaan ini.

      Padam
  2. UJIAN ALLAH KPD HAMBA2NYA YG TABAH...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bertabahlah mereka. InsyaAllah ada sinar dipenghujungnya nnt..

      Padam
  3. sedih dan terkesan sgt dgn isu ni...Berpuluh tahun depa hidup dalam ketakutan..tak ada ka negara yang kosong utk dijadikan negara depa sendiri..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semoga mereka tabah dgn dugaan yang menimpa..

      Padam