21 Mei 2015

Jangan curi selipar kami!

Assalamualaikum



Gempak tak aku punya tajuk? Okay, ni bukan kes kecurian selipar di masjid ye. Bukan juga kecurian selipar di surau. Tapi kecurian yang berlaku di asrama. Gempar satu hostel dgn kes kehilangan selipar. Hahahaaa yang hilang pulak sebelah bukannya sepasang. Sakit pulak hati aku! Si pengambil tu mcm nak perli-perli pulak kan.

Krikkk..krikk..krik... rasanya bukan dalam kategori kecurian kowt tapi hukuman. Eh, apa pulak salah aku kali ni sampai dicuri selipar tu? Sedih!

Sebenarnya ceritanya macam gini. Tengah hari semalam aku kalut-kalut nak pergi kelas. Waktu keluar dari bilik, aku dah nampak selipar tu dekat depan muka pintu. Selipar jepun je pun.  Tapi macam malas pulak nak ambil dan simpan atas rak kasut. Hahaa serius memang aku pandang sekali lalu je selipar tu then terus gerak pergi kelas. Tak terlintaslah pulak dalam kepala yang penyelia asrama akan datang sportcheak bilik/block asrama. Hampeh!

Kiranya untuk petang semalam, nasib aku tak berapa baiklah. Hahaa ada ke patut diambilnya sebelah selipar tu dan dibuang. Perhhhh sentap beb! Balik dari kelas, dengan muka tak bersalah aku masuk bilik. Tup.. tup.. time nak pergi toilet, cari punya cari sebelah lagi selipar tu tak jumpa. Aku try tanya budak bilik sebelah, dia pun cakap kehilangan sebelah jugak selipar. Tanya budak bilik depan pun sama jugak. Nampak tak nasib kamu serupa! Terus terbantut hajat nak pergi toilet. Hampa! Selipar hilang sebelah. Dah lah tu aje selipar yang aku ada untuk digunapakai keluar masuk toilet. Sedih! Sedih! menyesal pun ada.

Untuk malam tadi, aku terpaksa pakai selipar kahwin untuk pergi toilet. Hahaaa sebelah biru dan sebelah lagi warna merah. Boleh bayangkan tak? Bila berselisih aje dengan bebudak ni, diaorang duk tanya ayat yang sama je. Naik angin pulak aku nak menjawabnya. Ishhhh frust beb. Selipar dari kedai 2ringgit je pun, takkan tu pun dia nak kebas.

Tapi apapun, aku terima apa yang berlaku ni. Hehee memang salah aku pun. Tak letakkan balik selipar tu dekat atas rak lepas gunakannya. Inilah hukuman yang aku dapat. Pengajaran? Hurmmm... lain kali beringatlah. Kekemasan tu penting. Amalkan selalu amalan 5S. Okbye.


Take Note : Aku punya selipar kaler biru. Yang kaler merah tu, budak bilik depan yang punya. Hahaa dia pun terima nasib yang sama mcm aku. Jadinya, kami kahwinkanlah selipar tu. Apa-apa je lah, janji dapat digunapakai untuk keluar masuk toilet. Pisssttt.. selipar tu hilangnya petang semalam. Tapi petang tadi kami dah dapat balik. Kami pergi jumpa penyelia asrama. Kami tanya dia tentang kehilangan selipar tu. Katanya, dia dah buang selipar-selipar tu dekat belakang asrama perempuan. So, sesiapa yang nak selipar tu pergilah cari dekat sana. Well, aku pun pergilah cari. Nak tak nak tetap juga kena cari. Sebab itu je selipar yang aku ada. janji, lepas ni aku akan lebih perihatin. Hehee tak nak dah pisang berbuah beribu kali. Serik dah beb!

Previous Post
Next Post

post written by:

10 ulasan:

  1. Ala kesiannya. Akak dulu kat rumah sewa ada budak2 nakal curi selipar depan rumah. Buka pintu nangis sebab selipar semua ghaib :)

    BalasPadam
  2. Bila orang tanya cakap ini fesyen..sekali sekala ubah mood..lebih ceriakan..hehe..tak apalah..mesti ada hikmahnya..

    BalasPadam
  3. Dulu masa Zumal belajar pun selalu selipar kena kebas. Asalkan terlupa bawa masuk dalam bilik jer confirm hilang... untung kedai selipar kat situ...

    BalasPadam
  4. kahkah...tak pernah lgi kena buang selipar..hihihi kalau hilang pernah

    BalasPadam
  5. masa akak sekolah dulu..warden dah bagi arahan...slipper siapa ada depan pintu akan dibuang terus ..tapi tak la buang hilang mcm tu..nak kena p cari kat laman bawah...hahaha..tapi laman tu depan dgn aspura..

    BalasPadam