Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Kawalan turutan


Apa itu Kawalan Turutan?

Kawalan turutan ialah turutan alat-alat kawalan dan perlindungan yang terdapat pada litar utama pemasangan pengguna, ini termasuklah pengasingan dan penyuisan, perlindungan lebihan arus dan perlindungan kebocorn ke bumi. Susunan alat kawalan dan perlindungan dalam kawalan turutan adalah seperti berikut

1. Fius perkhidmatan dan penghubung neutral
-> Berfungsi sebagai perlindungan arus lebihan dan menghadkan arus pengguna. (Disediakan oleh pihak berkuasa bekalan TNB)

2. Jangka Kilo Watt Jam (Meter KWJ)
-> Berfungsi sebagai mengukur jumlah tenaga yang digunakan bagi menetapkan kadar an bayaran tariff. (Disediakan oleh pihak berkuasa bekalan TNB)

3. Suis Utama (Main Switch)
-> Berfungsi sebagai pengasing atau penyuisan dan perlindungan arus lebihan.

4. Pemutus Litar Bocor Ke Bumi (ELCB)
-> Berfungsi sebagai perlindungan kebocoran ke bumi dan pengasing litar.

5. Papan Agihan
-> Berfungsi sebagai pengagih litar akhir dan perlindungan arus lebihan.



2 ulasan

  1. teringat ms skolah menengah dulu blaja pasal benda ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. huhuuu.. nie salah satu basic dlm dunia electrcal

      Padam