02 Mei 2015

# Hati # Heartbroke

Sahabat - Pita Hati


video


Bila kucing engkau sayang tersesat di jalanan
Pasti ia akan mencari jalan pulang

Jika sahabat sejati meninggalkan dirimu
Untuk apa kau bersedih kerna ia pasti kembali



Bila air mata menitis
Pasti ia datang dari hati
Kita harus kuat terima kenyataan
Tak usah terus berduka dan menangis semacam bayi




Take Note : Aku merindui sahabatku. Sahabat yang suatu ketika dahulu pernah dan sentiasa bersusah senang bersama aku. Dikala aku jatuh tersungkur, sahabat sentiasa bersedia menghulurkan tangan tanda membantu. Dikala aku bergembira, sahabat sentiasa ada untuk meraikan kegembiraan aku. Sahabat yang sentiasa membuatkan aku selamat dikala aku bersendirian di bumi yang asing.


Hurmmm sahabat.. terlalu banyak suka duka gelak ketawa dan kebahagiaan yang kita kongsikan bersama. Sungguh aku merindui saat itu. Saat yang aku rasakan kini tidak lagi akan dapat kita kecapi. Sahabat, aku tahu jarak kita kini jauh beribu batu. Aku tahu, kita kini ada komitment yang tersendiri. Aku tahu masa untuk kita habiskan bersama kini agak terbatas. Tapi itu bukan alasan untuk kita mengabaikan diantara satu sama lain.

Aku doakan kau sentiasa bahagia, sahabatku. Kau kini telah pun menjadi milik seorang lelaki yang menyayangi kau. Untuk jangka masa tidak lama lagi, kau akan bergelar seorang ibu. Aku tumpang gembira melihat kebahagiaan kau disisi dia. Doa ku semoga kau sentiasa bahagia dan gembira disisinya. Walaupun kita jarang bersua, kita jarang berhubung, kita jarang bertegur sapa kini, namun jauh disudut hati aku kau tak pernah aku lupakan. Kau sahabatku kau teman sejati. Semoga persahabatan yang terbina diantara kita berkekalan hingga ke Syurga. iLOVEu sahabat..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...