Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Maaf bila aku tak sempurna



Maaf bila aku tak sempurna. Aku tahu kau mahukan sesuatu yang sempurna. Sempurna dimata kau dan juga mata mereka. Tapi tidakkah kau tahu, aku tak mampu untuk memenuhi kesempurnaan yang kau harapkan. Bagi aku, kesempurnaan kau telah menutupi segala kekurangan yang aku miliki. Aku mengharapkan kau tidak memandang kekurangan aku. Sebaliknya pandangkah segala sikap positif dan kelebihan yang aku miliki. Cungkillah segala benda yang baik untuk kita berdua.

Kesempurnaan, kenapa mesti kau terlalu mementingkan kesempurnaan. Padahal kau sendiri pun tahu, manusia tiada yang sempurna. Setiap manusia ada kekurangan dan kelebihan tersendiri. Kenapa mesti mengharapkan yang sempurna sedangkan kita sendiri pun tidak sempurna. Tidak adil, bagi aku semua tu tidak adil. Hurmmm... andai sempurna yang kau harapkan, itu bukanlah aku. Andai perfect yang kau dambarkan, itu juga bukan aku. Aku hanyalah insan yang serba kekurangan. Aku masih dalam proses pembelajaran. Selagi mana nama aku manusia, selagi aku masih bernafas, aku akan terus belajar. Belajar memperbaiki segala kesilapan dan keburukan aku. 

Mungkin aku tak mampu jadi yang sempurna tapi insyaAllah, dengan izinNya, aku mampu menjadi yang lebih baik. Aku cuba untuk memperbaiki segala kekurangan yang aku miliki. Aku belajar untuk menjadi insan yang lebih tabah dan sabar dalam melalui kerenah dan ragam manusia. 

KLIK sini dan FOLLOW

KLIK sini dan FOLLOW

KLIK sini dan FOLLOW

14 ulasan

  1. Awat sedih sgt cik keju penyett. Nobody is perfect. Neither me,u, and him. Don't worry be happy :)

    BalasPadam
  2. Awat sedih sgt cik keju penyett. Nobody is perfect. Neither me,u, and him. Don't worry be happy :)

    BalasPadam
  3. teman yg baik tidak akan memaksa kita, dan mengubah kita.
    dia adalah teman yg menerima diri kita seadanya.
    kerana dia tahu, tiada manusia yg sempurna.
    seperti dia juga.
    manusia itu tidak sempurna, tapi membuat yg terbaik itu yg kita mahukan.
    namun tiada yg terbaik melainkan datang dariNya juga.
    jangan memaksa diri.
    renung2kan dan selamat beramal. huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sokong..
      selagi mana kita dipanggil manusia, takkan ada apa yang sempurna. Cuma belajarlah untuk jadi lebih baik dan bertambah baik..

      Padam
  4. Salam Jumaat. Akak datang balas kunjungan dari FAMF Tower

    BalasPadam
  5. Saya maafkan awk. Cewahh. Gurau2. Jangan sedih2 ye. Be happy and smile always :)

    BalasPadam
  6. anda telah di tag

    http://ijenilovelife.blogspot.com/2015/05/simple-rm100-giveaway-byijeni.html

    BalasPadam
  7. selagi mana namanya manusia, mmg xde yg smpurna kan cik keju..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sokong.. manusia tak ada yang sempurna tapi kita mampu untuk menjadi seorng yg lebih baik dan baik.. belajar dan perbaiki kekurangan yang ada.. (=

      Padam