Wanita dan fesyen memang tidak dapat dipisahkan. Seiring dengan perkembangan fesyen, baik yang berbadan S mahupun XXXL memang tidak mahu ketinggalan untuk memperagakan fesyen terkini.
Bagi yang berbadan kecil 'S', pencarian fesyen terkini memang tidak menjadi masalah. Berlambak fesyan yang berada dipasaran untuk saiz mereka.
Tapi bagaimana pula dengan berbadan comel, chubby, montel, bersaiz XXL? Sedarkah anda akan dilema mereka? Mereka juga ingin berfesyen tapi agak terhad. Rata-rata wanita chubby yang aku kenali merungut, terlalu sukar untuk mendapatkan baju dengan fesyen terkini untuk pemakaian mereka. Menurut mereka, kebanyakan butik dan kedai-kedai pakaian tidak menjual pakaian untuk saiz mereka. Oichhh sedih sungguh!
Kekdang aku terfikir, kenapalah tak ramai yang mendesign pakaian untuk wanita yang berbadan besar? Sedangkan mereka pun ingin bergaya. Salah seorang kawan aku berkata, dia lebih suka membeli blous yang bersaiz besar di instagram. Tapi apapun, agak payah jugak untuk mencari kerana penjualan agak terhak. Tak ramai yang menjual baju-baju untuk saiz besar, katanya.
Jadi, sekiranya ada sesiapa yang tahu dimana boleh dapatkan pakaian yang bersaiz besar sila infom ye. Tak kiralah sama ada penjualan di facebook ke, instagram ke, twitter ke, atau mana- mana je bolehlah tinggalkan maklumat dibawah. Semoga dapat membantu.
Tiada ulasan