Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

PEMBERSIH KEWANITAAN DAUN SIRIH SUMBER AYU DENGAN FORMULASI DIPERTINGKAT & BERWAJAH BAHARU!


- PENJAGAAN SEMULA JADI UNTUK KAWASAN INTIM YANG BERSIH DAN SIHAT -



Sebahagian erti menjadi "dewasa" adalah mampu mengetahui dan memahami keadaan serta keperluan tubuh badan. Kebersihan tubuh badan amat penting terutamanya pada kawasan intim.

Bahagian intim wanita merupakan tempat tinggal jugaan flora dan bakteria yang membolehkan kita menjalani kehidupan seharian tanpa sebarang gangguan dn perasaan tidak selesa pada kawasan tersebut. bakteria yang membentuk sebuag ekosistem semula jadi ini memberikan keseimbangan tahap pH serta melindungi kawasan tersebut daripada sebarang jangkitan dan ancaman bendasing. Bertentangan dengan kepercayaan umum, membersih kawasan intim dengan menggunakan sabun dan air akan mengganggu keseimbangan semula jadi, lantas mendedahkan anda kepada risiko jangkitan.


Lengkapkan ritum penjagaan peribadi anda dengan Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU, diformulasi dengan bahan semula jadi agar kawasan intim wanita sentiasa dalam keadaan sihat dan bersih serta bebas dari bakteria jahat, kegatalan dan juga bau yang kurang menyenangkan. Kawalan pH pada aras pH3.5 merupakan paras ideal agar ekosistem berada dalam keadaan baik.

Bahan utama ekstrak Daun Sirih kini dipertingkat dalam Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU bagi mengekalkan perlindungan tanpa bakteria. Formulasi ini diperhebat dengan wangian semula jadi yang memberikan kesegaran berpanjangan.



Selari dengan peredaran masa, Pembersih Wanita Daun Sirih SUMBER AYU turut hadir dengan wajah baru yang lebih segar. Mengekalkan bentuk botol yang diinspirasi daripada keanggunan lekuk tubuh wanita, pembersih kewanitaan ini tampil dengan rona yang lebih menarik bagi membezakan setiap variasi yang dihias dengan kemasan yang lebih sofistikated. Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU ini juga diperakui Halal oleh JAKIM bagi manfaat para pengguna Muslimah.
Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU merupakan produk ideal bagi semua wanita di setiap peringkat umur dan hadir dalam rangkaian enam wangian yang menari dan pelbagai.
  • Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU Orkid - Haruman segar dari kuntuman orkid, memberikan wangian ringan dan rasa bersih yang kekal sepanjang hari. Amat sesuai buat wanita ayu yang sentiasa mengekalkan keanggunan dalam pelbagai cara

  • Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU Mawar / Rose - Wangian mawar mekar yang manis memberikan aroma yang menenangkan dan rasa bersih sepanjang hari. Pilihan bagi mereka yang berjiwa romantis.
  • Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU Floral - Kombinasi percikan pelbagai bunga memberikan rasa segar sepanjang waktu. Ciptaan ideal bagi wanita yang sentiasa ceria dan bersahaja.
  • Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU Musk - Aroma semula jadi kasturu yang ringan menyuntik kesegaran optimum agar kekal sepanjang hari. Varian ini sesuai dengan wanita yang sentiasa ke hadapan dan meminati haruman patchouli yang terkena dengan nuansa anggun.
  • Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU Gambir - Bauan herba yang harum serta memberikan kesegaran semula jadi. Pilihan terbaik buat wanita klasik yang sofistikated dan menghargai sentuhan alam di dalam kehidupan.
  • Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU Fruity - Aroma manis buah buahan tropika mampu memberikan anda rasa bersih dan segar sepanjang hari. Pilihan terbaik bagi si gadis yang ceria, lincah dan sentiasa bersedia dan yakin dalam apa jua keadaan.


Rangkaian Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU boleh didapati pada harga RM3.60 (90ml) dan RM5.80 (200ml). Rangkaian penjagaan kebersihan berkualiti SUMBER AYU ini dibawakan kepada anda oleh WIPRO UNZA. Produk produk SUMBER AYU kini terdapat di semua pasaraya utama dan farmasi.


Tiada ulasan