20 Ogos 2016

Kenapa perlu pilih lelaki bijak jadi pasangan

Bila bab mencari jodoh ni, selalunya orang cakap dari mata turun ke hati. Maknanya, ramai yang memilih pasangan hanya berdasarkan paras rupa je. Betul tak?

Tapi bagaimana dengan kebijaksanaan mereka? Ramai wanita tidak kisah sama ada pasangan mereka bijak atau tidak.

Khas untuk wanita yang masih single di luar sana, anda perlu tahu kenapa anda perlu memilih lelaki bijak sebagai pasangan.

1. Lelaki bijak tidak suka buat sesuatu yang sia-sia
→ Kebanyakan lelaki bijak tidak akan lakukan sesuatu yang tidak mendatangkan faedah padanya. Maknanya, tak ada sebab untuk mereka cari perempuan lain, kalau dah ada girlfriend/isteri.

2. Lelaki bijak seorang pemimpin yang baik
→ Ketua Negara dipilih berdasarkan kebijaksanaan mereka. Jadi, lelaki bijak pasti mampu menjadi pemimpin yang baik dan mampu menyelesaikan setiap masalah.

3. Lelaki bijak akan sentiasa mendengar & beri pandangan
→ Lelaki bijak sentiasa berfikiran rasional. Jadi, jika anda ada masalah, si dia pasti akan menjadi pendengar yang baik dan berikan pandangan tentang perkara tersebut.

4. Lelaki bijak lebih beradab
→ Orang selalu cakap, lelaki bijak ni perangai pun baik. Lelaki bijak tahu apa yang mereka lakukan dan tidak akan melakukan perkara bukan-bukan.

5. Lelaki bijak lebih menghargai wanita
→ Seorang lelaki bijak mampu mengawal emosi dengan baik, tak kira marah macam-mana sekalipun. Tapi, kalau sampai keluar ‘kata-kata kesat dan makian’, dia bukanlah lelaki bijak.

6. Lelaki bijak ada masa depan yang baik
→ Lelaki bijak selalunya mempunyai masa depan yang baik dan mudah mendapat pekerjaan. Bukan
itu je, mereka juga pandai uruskan kewangan dengan baik.
Yang penting bijak dan perangai elok...setuju tak??


Take note : 
Previous Post
Next Post

post written by:

Kurus dengan mudah dan sihat. 

Agent Sah Medina Desire. 

2 ulasan:

  1. tapi payah nak jumpe yg betul bijak skrg ni...selalunya pretending jd bijak je belum kawen..hahahaha

    BalasPadam