Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Persiapan kahwin | Part 1

Bila sebut tentang kahwin, naik lemau plak aku rasa. Banyak benda yang nak difikirkan. Tarikh dah dekat tapi persiapan masih lagi terkial-kial. Pening sebenarnya memikirkan kerenah bakal pengantin ni. Nak dikerahkan dah besar. Nak di push push kan bimbang kita plak yang dikatanya over. Tapi itulah, aku ni takde lagi sampai tahap over. Hehee setakat excited tu adalah. Almaklumlah nak dapat kakak ipar kan.

Kekadang bila difikirkan balik rasa macam aku plak yang nak kahwin. Ada dua tiga perkara yang aku kene settlekan bagi pihak pengantin. Tapi takpe, ianya satu pengalaman baru untuk aku.

Baru-baru ni, aku berpeluang ikut abang dan tunang dia ke Era Nona cawangan Kuala Terengganu. Alkisahnya, niat dihati nak pegi cawangan yang besar sekali sesat. Try guna maps tapi sesat jugak. Kesudahannya, terpaksalah pegi ke cawangan area Giant, Terengganu.

Apa yang dibeli? Sebelum tu kami dah list beberapa benda yang nak dibeli. Bila sampai ke Era Nona tetiba rasa mcm blank. Untuk bunga, walaupun tak banyak pilihan tapi masih boleh dipilih. Untuk gabus pulak, hanya ada tiga bentuk je so aku pilih bentuk yang segi empat tepat. Bekas letak cincin tak banyak pilihan jadi bedal je lah apa yang ada. Tapi cantik jugak sebab ala-ala baldu gitu.

Apa lagi yang dibeli? Aku beli sampul untuk balut gabus, beli pistol gam dan ubat, beli daun sirih, beli span hijau untuk cucuk bunga, beli reben, beli album untuk selit duit hantaran, beli bunga dua warna, beli bunga-bunga kecil untuk design album dan beberapa barang lagi.

Untuk hantaran nanti, aku akan gubah sendiri. Tu salah satu sebab kenapa aku ikut abang dan tunang dia pergi Era Nona tu. Kihkihkihhh. Rasanya apa yang kami beli waktu tu banyak jugak. Tapi alhamdulillah tak lari budget.

Aku plan nak buat gubahan DIY. Gubahan yang agak simple tapi nampak mewah. Bila dikira-kira kos pun takde lah besar mana. Ok lettuw, boleh berjimat kan. Untuk kad kahwin pun, aku plan nak buat sendiri. Aku ni kalau diikutkan takde lah kretif mana. Tapi takpe, aku cuba. Mana yang boleh dikurangkan tu kita cuba kurangkan.


2 ulasan

  1. boleh dah jadi wedding planner hehe

    BalasPadam
  2. nanti nak kawin senang je sebab dah tahu serba serbi pasal persiapan hehe

    BalasPadam