Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Jalan yang dipilih

Ya, jalan itu..
Jalan itu yang aku pilih,
Jalan itu yang aku rasa terbaik,
Jalan itu yang ajar aku hidup berdikari,
Jalan itu yang ajar aku erti kekuatan,
Jalan itu yang ajar aku erti semangat,
Jalan itu yang ajar aku erti kehidupan,
Jalan itu yang ajar aku erti persahabatan,
Jalan itu yang ajar aku erti kekeluargaan,
Jalan itu yang ajar aku erti kesusahan,
Jalan itu yang ajar aku erti kesenangan,
Jalan itu yang ajar aku erti rezeki yang berkat,
Jalan itu yang ajar aku erti masa,
Jalan itu yang ajar aku erti sakit,
Jalan itu yang ajar aku erti sihat,
Jalan itu yang ajar aku mane betul mana salah,
Jalan itu yang ajar aku kenal manusia,
Jalan itu yang ajar aku kenal perangai manusia,
Jalan itu yang ajar aku menjadi keras,
Jalan itu yang ajar aku menjadi tegas,
Jalan itu yang ajar aku menjadi dewasa,
Jalan itu yang ajar aku menjadi lebih positif,
Jalan itu yang ajar aku berfikir waras,
Jalan itu yang ajar aku berfikir matang,
Jalan itu yang ajar aku mengawal emosi,
Jalan itu yang ajar aku berubah menjadi baik setiap hari,
Jalan itu yang ajar aku jangan lupa diri,
Jalan itu yang ajar aku kenal situasi,
Jalan itu yang ajar aku belajar buat keputusan terbaik utk diri,
Jalan itu yang ajar aku selami hati diri,
Jalan itu yang ajar aku selami hati org disekeliling,
Jalan itu yang ajar aku duit bukan segala²nya,
Jalan itu yang banyak beri aku memori bahagia,
Jalan itu yang banyak beri aku memori yg juga kurang indah,
Jalan itu juga penuh onak dan duri,
Namun, jalan itu juga yang beri aku banyak rasa yang tak pernah aku rasa sebelum ini,
Jalan itu yang Allah dah tetapkan aku utk melaluinya dan aku bersyukur.
Ya.. Jalan itu..
Aku tak pernah menyesal memilih jalan itu.
Kerana niat aku cuma satu,
Mencari kebaikan dalam setiap perkara yang aku lalui setiap hari.
Mencari kebaikan dalam setiap hati orang yang aku jumpa setiap hari.
Dan percaya pada setiap rezeki yang Allah beri.
Percaya setiap rezeki yang Allah dah tentukan untuk diri ini.
Cume pesan pada diri untuk sentiasa tabah dan kuatkan hati.
Kerana...
Walaupun terkandas suatu saat nnti, aku masih mampu senyum dan berdiri semula dengan sendiri walaupun tanpa sesiapa disisi. 
DAN aku tahu hanya ALLAH akan sentiasa ada di dalam hati dan di sisi dalam apa jua situasi. Hanya DIA tempat kita akan kembali.
Aku bersyukur ya ALLAH utk segalanya..

2 ulasan

  1. Jalan² petang sambil singgah sini...:)

    BalasPadam
  2. jalan tanpa liku kita tidak tahu mana yang terbaik untuk kita kan...
    singgah...

    BalasPadam