31 Ogos 2016

Tips Mengemas Rumah Untuk Wanita Yang Sibuk


Hujung minggu adalah hari mengemas rumah bagi hampir semua wanita terutamanya kepada ibu yang bekerjaya. Kalau nak harapkan hari-hari kerja, memang tak sempatlah. Nak-nak kalau yang jenis sampai rumah dah senja atau yang selalu outstation. Kalau yang jenis ramai anak kecil yang lasak dan aktif, mesti rumah boleh mengalahkan tongkang pecah, hehehe.

Panduan Kemas Rumah Pantas, Mudah & Cepat Ibu Yang Sibuk

  • 1) Dahulukan Keperluan Anak Kecil

Bagi yang ada anak kecil, terutamanya bayi, pastikan kalau time tukar lampin/diapers atau menyusu tu, diselesaikan terlebih dahulu sebelum kita nak mulakan kerja-kerja rumah ni. Jadi, taklah baru jer nak sapu habuk, baby dah meraung.

Kalau baby dah kenyang, biasanya kurang-kurang 1-2 jam baby akan tidur dengan lena. Boleh lah kita nak sapu sampah ke, jemur kain ke, lipat baju ke, kan?

  • 2) Basuh Baju Mengikut Jadual

Sebenarnya tak perlulah rigid sangat. Kalau keluarga kecil, boleh basuh baju 2-3 kali seminggu je. Tapi kalau keluarga besar, mungkin perlu setiap hari, malah mungkin beberapa kali sehari.

Kalau memang selalu ada aktiviti hujung minggu, cuba elakkan membasuh baju pada hari tersebut.

  • 3) Basuh Baju Awal Pagi

Kenapa? Kalau cuaca panas elok, tak sampai tengah hari pakaian dah kering. Ni jika ibu berada di rumah atau pada hujung minggulah. Jadinya, dah boleh lipat awal semua pakaian tadi.

  • 4) Cara Paling Mudah Uruskan Pakaian


Dalam part kain baju ni, dari basuh sehingga disimpan dalam almari, mana yang paling tak best? hehehe

Saya paling suka jemur kain sebenarnya dan paling kurang rajin, lipat pakaian…kiki.

Sebenarnya, kalau nak mudah, jemur pakaian menggunakan hanger terutamanya pakaian yang perlu digosok. Lepas kering, sangkut terus dalam almari. Kaedah ni akan mengurangkan kedutan dan memudahkan kerja menggosok nanti.

Untuk pakaian kita dan anak-anak kat rumah pun boleh juga guna cara ni. Jadi, jimat masa melipat kain baju.

Untuk yang perlu dilipat macam kain batik, kain pelikat atau tuala tu, boleh buat sambil-sambil menonton tv ke, dengar ceramah kat youtube ke, dapat juga menghiburkan hati. Hilang stress 

  • 5) Multitasking

Buat beberapa kerja dalam satu masa. Ibu dan mustitasking ni berpisah tiada, kikiki…Contohnya kalau kita nak basuh kain dan nak sapu sampah. Sebelum menyapu, setkan dulu mesin basuh baju. Lepas tu menyapulah.

Sedang elok baju siap dibasuh, lantai rumah kita pun dah bersih. Lepas tu dah boleh jemur baju. Boleh lagi sambung kerja lain macam nak merebus apa-apa kat dapur. Kan jimat masa lagi tu.

  • 6) Membuat Kerja Secara Sistematik

Ianya ala-ala buat kerja ikut arah jam lah lebih kurang. Caranya dengan menetapkan titik permulaan kerja. Katakan nak kemas rumah. Jadi bermula dari ruang tamu depan, terus ke ruang tengah dan dapur. Maka, semua ruang akan dapat dibersihkan tanpa tertinggal.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan