12 Mac 2017

Mental Koyak | Disebalik Routine Maintenance (RM)


Okies sebelum ambil gambar keseluruhan SSU, aku menyelit untuk bergambar sekeping. Heheheee sorry mok terpaksa hadap melayan peel yang tak semegah den ni. HAHAHAA!

Macam biasa sebelum memulakan kerja, kami perlu ambil gambar keseluruhan Stesen Suis Utama (SSU) dan gambar signboard. Isi yang terdapat dalam SSU tersebut jugak perlu diambil.

Okies sebelum ambil gambar VCB, aku ambil kesempatan untuk bergambar sekali. Heheee nasib kau lah gemok terpaksa hadap peel tak semegah den ni.. alaaa bukan selalu pun..kan?

Dalam Stesen Suis Utama (SSU) semestinya ada Vacuum Circuit Breaker (VCB). Okay gambar VCB akan diambil secara keseluruahan dan satu persatu. Untuk SSU ni, kalau tak silap aku ada 9 VCB kesemuanya. Segala data yang terdapat pada pintu setiap VCB juga turut diambil gambar. 

selfie lagi.. hahaaa diaorang hanya mampu membebel dengan peel yang tak semegah den ni.. hahaaa relek brooo.. den ambil mood ni sebelum collect data.. kuikuikuiiii..

Transformer.. haippp ni bukan transformer yang macam dalam cerita tu.. yang acah-acah boleh bertukar segala bagai rupa tu tau.. kalau tak silap aku transformer ni 1000KVA.. Okay rate yang agak besar... kalau meletup memang sah aku berkecai lebur.. hahaaa pemikiran giler !

Time ni diaorang beru lepas sapu-sapu habuk dan sawang labah-labah yang ada dalam bilik transformer ni.. berdebu giler bak hang ! sebab tu aku tutup hidung ala ala arabian gituu.. lemas giler wehh terperangkap dalam debu.. biasalah kami nak cepat.. nak kejar masa.. so sorang collect data.. aku lettuw.. sorang ambil gambar.. gemok lettuw.. sorang check air bateri charger.. tu kerja matpih/gemok.. dan yang lain bersih mana yang patut.. irwan/cicak/kojek... 

wefie !!! Hahaa time ni sebenarnya kami dah lewat tau.. lewat giler kowt.. sebabnya mula-mula tu van tak hidup.. takde minyak.. lepas tu pegi tempat bebudak PM hantar barang yang diaorang tertinggal. lepas tu baru gerak pegi RM.. Okay otw pegi RM wefie kejap.. hahaaa saja cari mood pagi..

si topi merah matpih.. si rokok kt mulut gemok.. si sandar sebelah aku tu kojek dan yang over posing kat belakang tu cicak.. hahaa comel giler kan diaorang punya nicknama.. nickname aku? hahaaa diaorang kekdng panggil aku kakyong.. bhahaaa acah acah gengster gitu baiii

Vacuum Circuit Breaker (VCB)

Battery Charger

Check air batteri. Cuci permukaan batteri dengan menggunakan air panas.
Lepas tu keringkan kawasan penempatan bateri tersebut menggunakan blower.
Pastikan penempatan tersebut betul-betul kering.
Ini bertujuan supaya tidak berlaku perkaratan di tempat tersebut.
Lepas tu sapu  vaseline. Vaseline ni bertujuan sebagai penebat. 

Team RM.. Kami tak ramai tapi kami ada.. Kerja kami sentiasa siap walaupun sokmo delay..
Sepanjang aku follow bebudak RM ni.. macam macam benda dah yang kami alami.. hurmmm antaranya.. nak buat kerja pencakar takde.. nak pergi site van tak boleh start.. nak ke ssu seterusnya tetiba lori mati tengah jalan.. nak balik opis, kereta mati tengah jalan.. terkandas dalam limpahan air hujan.. dan macam macam lagi.. hahaaa waktu alami rasa macam sakit hati tapi bila diingat kembali.. itulah pengalaman aku.. pengalaman berharga yang aku dapat kutip disini... sejujurnya aku tak serik dengan semua ni.. sebaliknya aku happy.. aku belajar erti susah dan payahnya dalam kehidupan.. 

selfie !!! hahaaa sampai opis masih dalam mood selfie.. okay sebenarnya time ni aku try kasut si matpih.. tak sangka pulak muat dengan kaki aku..ngam !  kasut cop pdrm tu bro.. hahaaa awesome lah ! kau ado? Kihkihkihhh..

Macam biasa masuk opis kerja aku bermula.. check borang yang ditulis waktu di site tadi.. lepas tu on pc.. transfer gambar.. check gambar then print.. bab check gambar dan print tu aku paling lemah dan malas.. tapi tu lah... lemah.. malas pun tetap perlu settlekan jugakk.. hadapkan je lah.. 


Previous Post
Next Post

post written by:

0 Pengkritik: