05 Mac 2017

Rezeki Ada Di Mana Mana


Tuhan nak ambil atau nak tarik rezeki kita dengan macam2 cara. Tayar motor pancit lah, kereta rosak, duit kena curi lah, kena tipu lah sebab join bisnes itu ini, kena tipu join skim itu ini, dan macam2 lagi. Itu lah hakikatnya.

Kekadang kita berfikir soal rezeki dengan tidak adil, maka kita cemburukan gaji, elaun dan pendapatan tambahan kawan kita yang bekerja ditempat lain atau bekerja lebih masa dengan berniaga dan sebagainya yang dilihat lebih besar dari kita. Kita rasa resah melihat orang lain.

Ingat! Rezeki itu bukan sahaja di slip gaji atau pada jumlah angka duit semata-mata.

*Kekadang kita lupa..*
Dapat bos ditempat kerja yang baik pun rezeki..
Dapat kawan2 tempat kerja yang baik pun rezeki..
Dapat masyarakat sekeliling tempat kerja yang baik pun rezeki..
Kerja tak pressure pun rezeki..
Sambil bekerja tapi banyak masa dengan family pun rezeki..

Banyak sangat rezeki yang Allah bagi kepada kita sebenarnya..

*Jom fikir luasnya rezeki.*

Jangan sempitkan hanya pendapatan yang tercatat atas kertas sahaja sebagai rezeki..

Kekadang..

Ada orang direzekikan cantik & tampan, tapi tak direzekikan cinta.
Ada orang direzekikan harta, tapi tak direzekikan anak-anak.
Ada orang direzekikan anak-anak, tapi tak direzekikan kasih sayang.
Ada orang direzekikan kekayaan, tapi tak direzekikan kebahagiaan.
Ada orang direzekikan makanan yang hebat, tapi tak direzekikan selera.

Demikian Tuhan membahagi kan rezekinya, jangan menyangka kita tidak ada rezeki. Rezeki tu ada dimana mana. Bukan terletak pada manusia, tapi Tuhan.

Bersyukurlah seadaanya..
Semoga murah rezeki kita hari ini dan seterusnya..

2 ulasan:

  1. Yang paling penting kita kena pastikan hidup kita kena dapat berkat dari Allah. Bila dah berkat, walaupun gaji kita kecil, itu pun dah cukup membahagiakan hati kita =)

    BalasPadam
  2. Setuju dengan entri ni
    Kadang Allah bagi rezeki untuk kita . Tapi kita kena ingat rezeki kita lagi berkat kalau kira berkongsi dengan orang orang yang lebih memerlukan . Kadang Allah bagi rezeki pada kita semua bukan dalam bentuk duit.bersyukur lah

    BalasPadam