08 Mac 2017

Mental Koyak | Stress


Stress.. nak menangis boleh tak? Hurmmm... bila boss gesa kau siapkan kerja dan dalam masa yang sama kau perlu ke site untuk collect data.. apa kau rasa? Agak agak sempat ke dengan masa yang kau ada untuk settlekan kerja?

Stress.. masuk site dari pagi sampai petang.. petang tu masa yang ada sangat terhad.. time tu lah kau nak settlekan kerja yang sedia ada.. time tu jugak kau nak settlekan kerja yang baru ada.. sempat ke..

Stress.. hari hari balik lewat.. okay tak kisah pun sebenarnya balik lewat.. yang terkilannya bila mana kau duduk opis sorang sorang.. kau hadap pc sorang diri.. kau bergelumang bagai dengan kertas dan gambar sorang diri... yang lain ada tapi tak menolong.. setakat singgah melepak.. singgah memerhati.. singgah bersembang lepas tu blahhhh.. balik dari site terus balik rumah.. balik dari site terus tidur.. sedangkan waktu tu masih waktu kerja.. hurmm kau rasa apa yang aku rasa ???

Stress.. aku bukan nak mengungkit.. tapi sila fikir dan hadam untuk seketika.. aku kerja kau pun kerja.. kau ke site.. aku pun ke site.. balik aku mereput sorang diri dalam opis settlekan sisa sisa kerja.. sedangkan kau naik atas buat hal masing masing.. nak ditegur masing masing dah besar.. nak disuruh apa pulak yang dikata nanti.. aku ni intern je pun.. bukannya staf tetap macam korang..

Stress.. aku cuba sehabis mungkin settlekan kerja.. aku cuba secepat mungkin habiskan semua kerja.. tapi bila nak habis... hari hari ada PM.. hari hari ada RM.. nasib baik CC dah habis.. kalau tak mesti lagi parah.. dalam sehari berapa pencawang yang dibuat.. digabungkan PM dan RM agak agak banyak mana borang yang perlu aku check dan print gambar.. hurmmm bukan nak merungut.. cuma terkilan..

Stress.. aku cuba sehabis mungkin settlekan kerja kerja tu.. last sekali nama aku jugak
 yang dipetik.. kau memerintah memanglah best.. arah sana.. arah sini.. asal masuk opis suruh aku settlekan itu ini.. sedangkan kerja yang sedia ada pun tak terhabis lagi.. hurmmm.. aku cuba sehabis baik.. aku cuba jadi manusia sebijak mungkin.. mana yang tak tahu aku cuba explore sendiri.. aku cuba dan terus cuba... tapi bila mana nama aku dipetik.. kau tahu apa yang aku rasa ??? down ! downn !! downnn !!!

Stress.. nak dilauh tak terluah.. kesudahannya jemari menaip airmata mengalir.. hurmmm.. sabarlah hati.. ini baru sebahagian daripada liku kehidupan.. mungkin nanti lagi besar dugaan yang mendatang.. tabahlah hati.. walau selemah mana pun.. cubalah untuk kuat.. bertahanlah hati.. tapi mampu ke aku bertahan..

Coretan,
Internlife


Previous Post
Next Post

post written by:

1 ulasan:

  1. Dear.... sabarlah...kerja construction mmg cenggini...
    Ni baru intern, tunggu bila jadi pekerja sebenar, real life revealed!
    Mrs pip pun dulu kerja construction, turun naik bangunan, check sana check sini, satu hari di site, lepas tu project manager nak urgent report...
    Lagi teruk, time hujan ribut pun kena masuk site, siap berlumpurlah mrs pip...
    Jadi engineer ni, hati kena tough, mental kena seribu kali kuat ...
    Dah lah pigi site pakai safety boot berat sekilo kan, hahaha lagi rasa mcm eh eh kenapa aku jalan lambat sangat ni...

    Apapun dear, bertabahlah ... kerja mmg mcm ni.... yang senior2 tu dah lalui apa yg junior lalui tu pasal ada ja senior suka menyakat... mrs pip pun mula2 mjadi engineer, kena sakat habis2 ...dah lah dalam organisasi yang ada 40 manusia, cuma mrs pip sorang wanita, so mmg suka lah dorg menyakat ...

    Tapi , sabar membawa kejayaan ...goodluck with construction life,
    cheers

    BalasPadam