07 Mac 2017

Pengalaman berharga hari ini


Redah hutan dengan kereta. Serius aku kat belakang cuak giler. Risau, takut ereta tersekat dalam lumpur. Fuhhhh.. tawakal je dengan jalan yang giler mencabar. Ahkirnya sampai ke SSU Bukit Bemban. Yeyehhhhh settlekan PM untuk SSU Bukit Bemban


Dalam perjalanan nak ke SSU seterusnya untuk settlekan RM, tetiba lori mati tengah jalan. Takde minyak woiiiii.. Alaa stress.. Hahaaaa dugaan..


Perjalanan balik ke opis. Hujan lebat mengiler. Kereta takde ekon, so terpaksa buka cermin. Hujan membolos masuk dalam kereta. 


Kereta mati tengah jalan. Tadi lori sekarang kereta pulak mati. Dalam tiga empat kali jugak enjin mati sebelum kami sampai opis. Dugaan sungguh !


Sampai opis, perut dah berkeroncong. Lapar! So lepak kedai din. Alhamdulillah, bos bagi duit makan. Rezeki aku dan afif. Kihkihkihhh.. Afif makan meggi sup, aku meggi goreng, gemuk dan irwan makan nasi goreng, faris makan rojak dan syafiq just minum ye.. 


Sebelum balik rumah, singgah giant senawang kejap. Pos detox tea untuk customer. Boleh tahan lama aku menunggu. Dah lah penat, terpaksa menunggu pulak.. sabar lah hati... Dah settle semua kerja terus gerak balik.. Sampai rumah, masuk bilik.. what the fishhh !!! hujan lebat, bumbung bocor.. bilik aku banjir.. hurmmm mop lantai.. keringkan lantai.. mandi.. solat.. basuh baju.. then blogging sambil menunggu baju siap untuk dijemur then tidur ! Serius penat giler hari ni. Dah laa malam tadi tidur jam 4am.. bangun jam 6am.. tapi aku enjoy dengan life aku sekarang.. banyak pengalaman yang aku dapat..



Tiada ulasan:

Catat Ulasan